m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 28, 2017

4 Syawal 2016: Ke rumah Kang Sutris

9 Julai 2016 - Setiap kali raya, kami memang selalu singgah ke rumah Kang Sutris dan Mbak Mira. Dari rumah mereka yang lama, sampailah ke rumah mereka yang baru yang terletak di Assam Jawa. Setelah beraya di rumah Allahyarham Wak Ros, kami ke rumah Kang Sutris. Bersama keluarga kami, turut berkonvoi adalah keluarga Pakcik Tahar dan keluarga Pakcik Rizali. Dan tuan rumah nampak gayanya ada, bagaikan sedang menunggu kami untuk bertandang.

Sabriena sedang bergurau senda dengan kucing yang sangat redha dengan cara ia dilayan.
Wanie dengan Makcik Fazura.
Yana dengan Makcik Wati.
Kami terus masuk ke dalam rumah, tempat yang lebih sejuk dan ada kipas dan makanan. Manakala ibu serta pakcik-pakcikku duduk di bahagian anjung luar yang lebih cerah dan berangin. Sabriena terus pergi mendapatkan seekor kucing yang agak jinak dan sangat redha dengan sesiapa saja yang mendukung atau bermain dengannya. Kami jamah kuih raya satu per satu sampai habis. Macam lapar sangat. Padahal kami baru aje makan beraya kat rumah-rumah lain.

Bersantai dan bersembang di anjung rumah.
Kang Sutris dan Pakcik Rizali sedang berbincang pasal kejatuhan matawang Brazil.
Kini sedang berbincang pasal kejatuhan matawang Bolivia pulak.
Yang paling menyedihkan adalah pasal kejatuhan matawang Somalia.
Dua orang sepupu, Taufiq dan Pa pula lebih merisaukan soal kejatuhan mutu bolasepak pasukan negara Perancis.
Ibuku mendengar segala perbualan dari semua pihak.
Di sinilah diskusi hangat berlangsung.
Sepupuku Hasyimi, sangat pandai memasak. Mewarisi bakat Allahyarhamah ibunya.
Persidangan masih belum tamat.
Syahmie basuh tangan, basuh cawan, basuh pinggan mangkuk, basuh kain baju, dan basuh kereta kat sinki ini.
Kami biarkan geng-geng veteran bersidang lama. Berkisah dan bercerita tentang segala hal, baik di dalam, mahupun di luar negara. Dan kami generasi 'muda' (keh keh keh) sibuk melayan makanan di ruang tamu dalam rumah. Nyomp nyomp nyomp. Itu sajalah bicara kami pada petang aidilfitri itu. Sebelum pulang, Kak Mira menghadiahkan kepada kami buar sayur peria yang segar dari ladang. Lepas tu kami pun baliklah. Malam nanti ada kawan kami nak datang rumah. Kena bersiap-siap sikitlah.

Bersama dua biji peria ntuk dimasak.
Ini adalah kebun sayuran jiran rumah sebelah.
Buah peria yang ini masih kecil lagi.

No comments:

Post a Comment