m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 28, 2017

4 Syawal 2016: Ke rumah Kang Sutris

9 Julai 2016 - Setiap kali raya, kami memang selalu singgah ke rumah Kang Sutris dan Mbak Mira. Dari rumah mereka yang lama, sampailah ke rumah mereka yang baru yang terletak di Assam Jawa. Setelah beraya di rumah Allahyarham Wak Ros, kami ke rumah Kang Sutris. Bersama keluarga kami, turut berkonvoi adalah keluarga Pakcik Tahar dan keluarga Pakcik Rizali. Dan tuan rumah nampak gayanya ada, bagaikan sedang menunggu kami untuk bertandang.

Sabriena sedang bergurau senda dengan kucing yang sangat redha dengan cara ia dilayan.
Wanie dengan Makcik Fazura.
Yana dengan Makcik Wati.
Kami terus masuk ke dalam rumah, tempat yang lebih sejuk dan ada kipas dan makanan. Manakala ibu serta pakcik-pakcikku duduk di bahagian anjung luar yang lebih cerah dan berangin. Sabriena terus pergi mendapatkan seekor kucing yang agak jinak dan sangat redha dengan sesiapa saja yang mendukung atau bermain dengannya. Kami jamah kuih raya satu per satu sampai habis. Macam lapar sangat. Padahal kami baru aje makan beraya kat rumah-rumah lain.

Bersantai dan bersembang di anjung rumah.
Kang Sutris dan Pakcik Rizali sedang berbincang pasal kejatuhan matawang Brazil.
Kini sedang berbincang pasal kejatuhan matawang Bolivia pulak.
Yang paling menyedihkan adalah pasal kejatuhan matawang Somalia.
Dua orang sepupu, Taufiq dan Pa pula lebih merisaukan soal kejatuhan mutu bolasepak pasukan negara Perancis.
Ibuku mendengar segala perbualan dari semua pihak.
Di sinilah diskusi hangat berlangsung.
Sepupuku Hasyimi, sangat pandai memasak. Mewarisi bakat Allahyarhamah ibunya.
Persidangan masih belum tamat.
Syahmie basuh tangan, basuh cawan, basuh pinggan mangkuk, basuh kain baju, dan basuh kereta kat sinki ini.
Kami biarkan geng-geng veteran bersidang lama. Berkisah dan bercerita tentang segala hal, baik di dalam, mahupun di luar negara. Dan kami generasi 'muda' (keh keh keh) sibuk melayan makanan di ruang tamu dalam rumah. Nyomp nyomp nyomp. Itu sajalah bicara kami pada petang aidilfitri itu. Sebelum pulang, Kak Mira menghadiahkan kepada kami buar sayur peria yang segar dari ladang. Lepas tu kami pun baliklah. Malam nanti ada kawan kami nak datang rumah. Kena bersiap-siap sikitlah.

Bersama dua biji peria ntuk dimasak.
Ini adalah kebun sayuran jiran rumah sebelah.
Buah peria yang ini masih kecil lagi.

Friday, May 26, 2017

4 Syawal 2016: Beraya di rumah Allahyarham Wak Ros

Salam sejahtera buat semua. Mohon pembaca yang budiman membaca surah Al Fatihah, serta memanjatkan doa buat pakcikku - Allahyarham Idrus Bin Abdul Wahab yang telah pulang ke Rahmatullah. Semoga roh beliau digolongkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh, para syuhada dan mukhlisin. Dan sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah, dan ditempatkan di Jannatul Firdaus. Amin.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

9 Julai 2016 - Setelah beraya di Rumah Terbuka Keluarga TOISU di Stadium Tertutup Kuala Selangor, kami menjengah pulak ke rumah pakcikku, Allahyarham Wak Ros yang terletak di Assam Jawa. Allahyarham kelihatan agak uzur pada waktu itu, namun tetap mempamerkan keceriaan pada wajahnya. 

Amier pulak sibuk menjadi wartawan. Menyoal selidik asal-usul, susur galur keluarga Toiman (keluarga Allahyarham datukku). Pakcik Tahar sabar melayan kehendak Amier. Segala soalan yang diajukan Amier, dijawab dengan terperinci agar mudah untuk dicatatkan. Amier memang bercita-cita untuk membuat satu koleksi sejarah keturunan keluarga kami. Semoga Amier bersungguh-sungguh dalam menyiapkan nota sejarahnya ini.

Setelah beraya di rumah Allahyarham Wak Ros, kami pun beredar pergi.

THE END

Amier menemuramah Pakcik Tahar.
Pakcik Tahar tidak keberatan melayan kehendak Amier.
Allahyarham Wak Ros sedang uzur. Cerah bersih wajahnya.

4 Syawal 2016: Toi-toi yang bersidang

9 Julai 2016 - Apa khabar pembaca semua? Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga kita semua lulus dalam ibadah kali ini. Bulan depan dah nak raya lagi kan? Tapi aku masih ada lagi kisah raya tahun lalu yang masih belum aku kisahkan. Jadi aku nak jugak bagi cerita sikit kat sekelian pembaca yang budiman. Walaupu aku tahu, cerita pasal raya ni ada kalanya agak membosankan. Apa kata aku bagi fiksyen sikit untuk menambah selera pembaca. Nak-nak tengah lapar di pagi Ramadhan ni, kan??? Okay. Begini ceirtanya...

Pada hari ke-4 Syawal tahun lepas, kami sekeluarga bergi bersiar-siar di Kuala Selangor. Kami masuk satu shopping kompleks yang sangat besar dan baru aje siap dibina dan dirasmikan. Shopping kompleks tu tersangatlah besar. Lagi besar dai Pavilion. Lagi besar dari Suria-KLCC. Lagi besar dari Mid-Valley. Tapi kecil sedikit dari kedai 7-Eleven kat pekan Ampang. Sedang kami berjalan-jalan tu, kami ternampaklah sebuah kedai mainan. Sabriena menjerit-jerit kerana teruja, "Toy! Toy! Toy!" Bila aku terdengar jeritan Sabriena itu - Toy, terus aku teringat pasal keluarga Allahyarham Datuk aku yang merupakan dari keturunan yang kami gelar TOI. Lalu kami singgahlah ke Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk menghadiri sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Keluarga TOISU.

Baru sampai di hadapan Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Di samping Dr Seri Suniza, doktor pakar yang menyambut kelahiran Sabriena di Prince Court.
Masih dengan Dr Seri.
Ibu dan adikku sedang berbicara dengan seorang saudara.
Masih bersembang.
Tema baju untuk perjumpaan itu adalah berpakaian warna hijau. Untuk menghormati majlis, kami pun carilah daun-daun dari pepohonan di sekitar stadium, dan menampalkan ke pakaian kami agar kelihatan hijau dan natural. Kami sampai agak lewat sebenarnya. Masa tu pinggan mangkuk semua dan dibasuh. Makanan lebih telah pun dibagi kepada ayam dan itik. Tapi kami tak kisah. Kami tangkap ayam dan itik yang makan nasi lebihan tadi, kami sembelih, dan goreng buat dijadikan lauk.

Tiga orang sepupuku - Anis, Fazura dan Hakim.
Masih bertiga.
Bergambar anak-beranak.
Pakcik Jamil sentiasa ceria walaupun ada kalanya beliau kurang sihat.
Sempatlah jugak kami bertemu dengan orang kuat yang mengendalikan majlis ini - Wak Yan. Berbual-bual ringkas dengan saudara-mara yang masih belum pulang. Bergambar kenangan. Segala ucapan dari pelbagai pihak telah berlangsung sebelum kami tiba. Kebanyakan aturcara telah pun selesai sebenarnya. Sesudah bersua muka dengan saudara-mara dari keturunan Toi, kami pun minta dirilah untuk beredar. Lepas ni nak beraya di rumah saudara-mara yang lain pulak, yang terletak di Kuala Selangor. 

Sekian, terima kasih. Itulah fiksyen aku pada kali ini.

Wak Yan - orang kuat perhimpunan ini.
Amier - setelah menjamu selera.
Bergambar bersama Wak Yan.
Amier dan idolanya.
Banner majlis open house.
Ibuku mendapat sedikit sumbangan dari sepupunya.

Friday, May 19, 2017

Tennis TTC vs PDRM: Penguasa undang-undang lawan penjenayah tanpa kolar

Bahagian 2 (Akhir)

Pertembungan TTC menentang PDRM berlangsung dengan sangat sengit, senget, sengat dan sungut. Bagaikan perompak bertempur dengan polis. Bagaikan samseng berperang dengan inspektor sahab. Hayunan reket bertalu-talu menghentam bola yang bulat bak bumi. Wajah-wajah bengis ditampilkan. Gerakan-gerakan kilas disuakan ke batang hidung lawan. Bertali arus. Tanpa ada henti. Kami yang menyaksikan, berasakan degup jantung yang semakin melaju mengikut rentak hayunan reket.

Gandingan Faiz dan Amy diharapkan menyerlah.
Amy selalu in character, fokus yang sangat tinggi.
Fauzi - pemain yang tenang dan sangat bijak.
Pok Amin menyapu losyen pelembut kulit agar kulit sentiasa kelihatan segar.
Lengchai telah berikrar untuk menjulang pingat emas pada kejohanan kali ini.
Menjadi penonton sebelum bertarung.
Gandingan Pok Amin dan Lengchai menentang team senior PDRM.
Plan asal, Pok Amin nak digandingkan dengan aku. Tak taulah macam mana kesudahannya kalau gandingan itu berlaku.
Antara gandingan pemain TTC termasuklah Faiz dan Amy, Pok Amin dan Lengchai, Asyraf dan Fauzi, Halim dan Aril, Sogol dan Faizal, Farid dan Ikrami, Bobby dan Izad, aku dan Husin. Dan ada lagi beberapa gandingan lain yang diformulasikan bagi menentang keutuhan Team PDRM yang ternyata sangat mantap prestasi mereka. Sementara para players dari kedua-dua team bertungkus lumus berjuang di medan laga, Inspektor Azizul Sahab pulak berlagak demam di satu pojok gelanggang. Siap berstokin tebal, berselimut dan tuala lembab di kepala. Azizul sebenarnya dalam situasi dilema. Nak wakil TTC, takut big boss marah. Nak wakil PDRM, takut kengkawan TTC kecil hati. Last-last, Azizul pilih untuk mendemamkan dirinya agak tak terpilih untuk mewakili mana-mana team. Case closed!

Inspektor Azizul Sahab buat-buat demam pulak pada hari yang bersejarah ini...
Bagaikan berjumpa teman sepermainan sejak kecil yang telah terpisah lama.
Seronoknya Aker dan Raja kerana telah memenangi perlawanan ini.
Team PDRM sedikit kecewa pada pusingan ini.
Padanan dua orang pemain taktikal dari TTC - Fauzi dan Asyraf.
Fauzi dengan wajah keceriaan. Bagai sudah menghidu kemenangan.
Aril dipadankan dengan Halim.
Padanan Aril dan Halim ini memang dijangka sangat unik.
Asyraf dan Fauzi mempamerkan kecerian pada wajah setelah memenangi set ini.
"See you later losers"' kata Asyraf????
Dalam banyak-banyak gandingan TTC, nampaknya padanan Faiz dan Amy merupakan yang paling menyerlah sekali. Gandingan yang lain terpaksa bertungkus-lumus sebelum menang ataupun kalah di tangan lawan masing-masing. Setiap pemain PDRM bukan calang-calang kekuatan dan kemahiran yang mereka miliki. Menggugat tahap konfiden Team TTC. Setiap kali Team TTC hampir menang, Team PDRM akan mengeluarkan pistol Beretta, Browning atau Glock yang terselit di seluar mereka. Lantas Team TTC akan mula memperlahankan rentak permainan mereka kerana takut atau gentar. Dan pada kala inilah Team PDRM akan bertindak mengejar mata demi mata hinggalah kemenangan dikecapi. Hanya pemain TTC yang hati kering saja yang mampu melepasi cabaran ini dengan kemenangan sebagai penyudahnya.

Faizal dan Sogol menentang Big Boss PDRM.
Tak mudah menentang mereka ini.
Back hand Big Boss PDRM ini sangat Power Rangers! Menakjubkan!
Padanan Farid dan Ikrami.
Permainan yang agak seimbang.
Aku dan Husin sedang bersiap-siap untuk berlawan.
Akhirnya tibalah giliran aku pula untuk beraksi mewakili Team TTC. Aku digandingkan dengan Husin. Senior dan junior. Pengalaman dan ketangkasan. Kesabaran dan agresif. Ini adalah padanan yang sempurna. Sepatutnyalah, kan??? Tetapi apa yang berlaku adalah berlainan dari apa yang dijangkakan. Sebenarnya kami bermain dengan agak baik pada permulaannya. Tidak terlalu agresif. Play safe saja. Tetapi itu sudah memadai untuk mengekalkan momentum kami. Pihak lawan pula banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah. Kami mendahului dalam pungutan mata awal. Entah di mana silapnya, ketika Husin semakin mantap dalam permainannya, aku pulak yang tiba-tiba choked! Maklumlah, mental pertarungan aku memang tak berapa stabil. Jarang-jarang masuk tournament. Itulah akibatnya. Ketika aku mula membuat error demi error tanpa tekanan, pihak lawan pula semakin memantapkan persembahan mereka. Hinggalah akhirnya kami kalah 5-8. Aku berasa agak bersalah kerana gagal menyelaraskan rentak permainanku dengan Husin yang telah beraksi baik. Tak apalah. Next time cuba lagi.

Cuba korang nengok, tak athletic sungguh penampilan aku, kan?
Masa ni aku tengah gemuruh. Dah nak terkucil dibuatnya.
The big boys - Bobby dan Izad.
Keputusan yang dicatat oleh Asyraf.
Secara menyeluruh, Team TTC tewas kepada Team PDRM. Mata keseluruhan, aku pun tak tahu. Tetapi apa yang tercatat pada board adalah seperti berikut:

1.  Abang Mohd Nor & Cikgu Azhar tewas 4-8.
2.  Aker & Raja menang 8-5.
3.  Faiz & Amy menang 8-1.
4.  Lengchai & Pok Amin kalah 7-8.
5.  Asyraf & Fauzi menang 8-6.
6.  Aril & Halim kalah 1-8.
7.  Ikrami & Farid kalah 3-8.
8.  Faizal & Sogol kalah 4-8.
9.  Adi & Husin kalah 5-8.
10. Bob & Izad kalah ?-?.
11. Aker & Raja kalah 6-8.
12. Fauzi & Faizal (result unknown).
13. Pok Amin & Ikrami (result unknown).

Special mentions:

1.  Most double faults - Ikrami.
2.  Top ace - Sogol.
3.  Best overhead - Bobby.

(Catatan oleh Asyraf a.k.a Ron).

Oleh kerana kami dah kalah, maka kami telah didakwa dan disaman atas kesalahan-kesalahan berikut:

a) Foot fault - denda RM100.
b) Double fault - denda RM150.
c) False call - penjara 2 tahun.
d) Pukul home run - denda RM200.
e) Speeding pukul bola laju sangat - denda RM300.
f) Deceiving shots - lokap 1 bulan.
g) Mengalahkan pegawai PDRM - penjara seumur hidup.

So, begitulah kesudahannya. Aku rasa TTC kena repeat lawan balik Team PDRM ni. Member-member baru TTC nampaknya sangat energetic dan power rangers. Mungkin gandingan baru ini boleh membuahkan hasil yang lebih memberansangkan. Jom kita celen lagi!

T A M A T

Sebahagian dari players - setelah tamat perlawanan persahabatan ini.