22 Oktober 2016 - Bertolak dari Gemencheh, setelah menghadiri
Majlis Graduasi Syahmie, kami menyinggah di Bandar Sri Putera - tampat abang iparku, Abang Hj Khalid. Beliau agak uzur. Nak bergerak pun susah. Kami datang menziarahi Abang Khalid nak tanya khabar. Tolong-tolong apa yang termampu. Mendoakan agar Abang Hj Khalid kembali sihat walafiat. Amin. Setelah solat maghrib, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Malam ni kawan-kawan sekolahku berkumpul di sebuah restoran di Kg Baru. Aku rasa aku nak join. Bukan mudah untuk mengumpulkan teman-teman sekolah dalam jumlah yang ramai. Peluang ini aku tak nak lepaskan.
|
Inilah Restoran Sri Cemara milik adik kepada Chud di Kg Baru. |
|
Muzmi sedang membincangkan sesuatu yang misteri dengan Sahak. |
|
Perkara yang misteri itu benar-benar membingungkan fikiran Muzmi. |
|
Yeoh - reference person untuk Add Math. King Pau - pembekal kuih pau tersohor: pau kacang, kaya, kari ayam, etc. |
|
Bond, Rafi dan Nuar. Tetiba Bond keluar tanduk. |
|
Pengetua Abu Zack bersama pelakon terkenal Hong Kong - Jackie Chan. |
|
Jackie Chan: "Haiyyyyaaaagh!! Satu kungfu kasi mariiii!!!" |
|
"All good", kata Izam dan Dato' Kuchai. |
|
Dato' Kuchai masih lagi dalam good mood. Tapi kenapa ya? |
|
Dua dan tiga adalah nombor keramat bagi Dato' Kuchai dan Zabo. |
|
Wak Kang dan Kay di suatu penjuru meja. |
Pada asalnya aku plan nak balik rumah dulu. Lepas tu barulah ke tempat perkumpulan di Kg Baru. Tapi memandangkan waktu pun dah agak lewat, maka aku putuskan untuk terus menghala ke restoran tempat teman-temanku berkumpul. Tapi aku ada satu masalah. Aku tak ingat apakah nama restoran tersebut. Yang aku tau kat Kg Baru. Nama restoran tu ialah Sri K..... Mungkin Sri Kenanga. Mungkin Sri Kemboja. Mungkin jugak Sri Kota. Masa tu handphone aku pulak habis bateri. Memang aku tak dapat nak refer kat siapa-siapa. Last-last wife aku suggest untuk try contact kawanku itu melalui facebook. Menggunakan handphone wife akulah. Akhirnya aku berjaya contact Hashudeen dan mendapatkan lokasi yang tepat tempat kami akan berkumpul.
|
Sekumpulan Wattopers sedang santai di meja makan. |
|
Sekelompok Wattoppers sedang gembira berkumpul bersama. Walaupun tak berbuat apa-apa. |
|
Abu (tengah) - bekas model makanan kucing Whiskas & Friskies. |
|
Mus Boboq dan Jenal tetiba berasa kelakar yang bukan kepalang. |
Kami tiba di lokasi kira-kira jam 9 malam lebih, Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah selesai makan malam. Cuma beberapa orang saja yang tiba agak lewat. Aku dan isteri terus join makan bersama mereka yang sama-sama tiba lewat. Makan malam kali ni kawan kami Nik Hashudeen a.k.a. Chud yang belanja. Restoran tempat kami berkumpul tu namanya ialah Restoran Sri Cemara, milik adik kepada Chud. Terletak kat Jalan Raja Abdullah. Menghampiri Jalan Dang Wangi. Malam tu Chud saja nak belanja kawan-kawan makan sambil berkumpul dan bersembang panjang. Chud pun baru dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Malaysia. Setelah habis makan malam, barulah aku bertegur sapa serta mengambil gambar kawan-kawanku yang hadir pada malam itu. Aku anggarkan yang hadir kira-kira 40 orang kesemuanya. Ramai tu! Meh aku senaraikan kehadiran pada malam tu:
1-Adi 2-Chud 3-Zabo 4-Yeoh 5-Mus Boboq 6-Zakimi 7-Wen 8-Jeli Hashim 9-Elias 10-Aznir 11-Jenal Fikri 12-Rafi 13-Abu 14-Jai 15-Bond 16-Dato' Kuchai 17-Kay 18-KD 19-Nuar 20-Pau 21-Wak Kang 22-Izam 23-Zaki 24-Muzmi 25-Sahak 26-JJ 27-JY 28-Botoq 29-Kapok 30-Hisham 31-Pok Khor 32-Nyok 33-Oth 34-Mat Spring 35-Pok Hair 36-Mat Zain 37-Oden 38-Che Hab Tu aje kot? Kurang dua orang nak jadi 40 semuanya.
|
Zabo, Chud, Yeoh dan Mus Boboq. Soalannya: kepala siapakah yang enter frame? |
|
Tokseh Zakimi, Wen dan Jeli duduk berbincang saat-saat manis ketika di MRSM KB. |
|
Elias melambai kat Aznir. Tetapi Aznir buat donno. |
|
JJ dan Botok. Kenapa Botok pejam mata? |
|
Botok pejam mata sebab silau melihat kilauan pada kepala JJ. |
|
Hero bola (JY) bertembung dengan hero hoki (Zakimi). |
|
Kapok dan Hisham. Maintain cool. |
|
Oth, KD dan Nyok. |
Kawan-kawanku ini memang selalu ada aje modal untuk disembangkan. Dari hal kerja, ke soal keluarga, soal politik, soal business, soal sukan, dan ke soal perkara-perkara yang out of this planet macam pasal galaxy cakerawala, bima sakti, black hole, milky way, dan segala macam tajuk boleh dijadikan modal untuk berbual. Pasal tu kawan-kawanku ini boleh duduk berkumpul dalam jangka masa yang tersangaaaaaaat lama. Paling lama pernah direkodkan dalam Guiness Book of World Record ialah kira-kira 15 tahun 9 bulan 14 hari 11 jam 40 minit 21 saat. Dari licin sampai berjanggut. Dari hitam sampai beruban. Dari lebat sampai botak.
|
Pok Khor sedang menunjukkan kad business import export-nya kepada teman-teman. |
|
Pok Hair, Mat Spring dan Mat Zain. Lama sungguh tiga orang ni berdiri sambil besembang panjang. |
|
Chud the host dan Che Hab. |
|
Muzmi dan Sahak heppi sebab dah kenyang. |
|
Restaurant owner - adik kepada Chud. |
|
Aku dengan teman-teman: KD, Chud, Che Hab dan Oden. |
|
Kami dah selesai makan malam. |
|
Tetiba kami lapar balik. So, kami makanlah lagi. |
Mungkin aku agak kepenatan pada malam tu. Maklumlah, baru sampai dari Gemencheh. Maka aku pun memendekkanlah tempoh keberadaanku kat sana bersama teman-teman Wattop. Bersyukur aku dapat berjumpa mereka semuanya. Makan tu dah jadi secondary. Selepas bergambar beramai-ramai, aku mohon diri untuk bergerak pulang. Ada jugak beberapa orang teman yang lain mengambil langkah yang sama untuk turut pulang ke rumah. Terima kasih dan tahniah Chud. Semoga murah rezeki dah hidup sentiasa diberkati Allah. Lain waktu kita jumpa lagi. Adios!!!
|
Bergambar ramai-ramai dengan semangat Malaysia. |
|
Everyone says cheeeeeeseee!!! |
|
Control macho. |
|
Aku pun masuk dalam gambar kali ni. |
|
Free style satu! |
|
One last shot before we split. |
Thanks Adi for a complete summary of the evening
ReplyDeleteYou're welcome, Chud.
Delete