m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, November 5, 2016

Rusydi + Atika: Merenjis, menyiram, menuang

Bahagian 8

Setelah puas bersantun-santun di atas pelamin, maka kini tibalah saat untuk merenjis dan menepung tawar kedua-dua pengantin!!! Hooorrreeeyyyy!!!!! 

Sedikit kisah sebelum acara menepung tawar dan merenjis dilangsungkan. Ramuan tepung tawar telah disiapkan oleh keluarga pihak Ika. Oleh makcik-makcik dan sepupu-sepupu perempuan. Berkilo-kilo tepung gandum diadun dengan tepung beras, tepung jagung dan tepung ubi, bagi menghasilkan tepung tawar yang berkualiti tinggi. Setinggi Gunung Kinabalu. Ramuan perlu tepat dan menepati citarasa segala chef yang tersohor di dunia, termasuklah Chef Wan, Chef Ismail, Chef Zam dan Chef Ramsey.

Bagi merenjis pulak, tak kurang dari 20 tong tangki air telah dibekalkan oleh pihak SYABAS untuk tujuan ini. Kami menjangkakan pihak tetamu akan bersungguh-sungguh merenjis pengantin dalam acara ini. Mungkin ada yang akan menggunakan gayung cebok atau gelung getah. Jumlah air yang bakal menakung ruang pelamin dijangka akan membanjiri seluruh bangunan Kidz Cabin. Untuk memastikan renjisan air ini berbau wangi, turut dicampurkan air mawar dan minyak wangi atar sebagai adunan. Sabun dan syampu turut disediakan sekiranya pengantin nak terus mandi nanti.

Mama menepung tawar puteri dan menantunya. Syafiyah terpaksa censored muka Ika yang tengah comot kena tepung.
Kak Esah dah selesai menepung tawar.
Giliran Pak Long Zai pulak.
Terima kasih Pak Long.
Mak Long yang sedari tadi menanti giliran, telah mendapat peluangnya untuk menepung tawar.
Lantas Mak Long membuat satu jurus tepung tawar yang paling brutal sekali di dunia. Rusydi menanti dalam suspen.
Mak Long: "Kalau awak nak belajar jurus macam tu, datanglah ke rumah Mak Long".
Mak Uda pulak mengambil tempat.
Mak Uda membaca doa makan pasal lepas ni nak pergi makan kat kedai mamak berdekatan.
Mak Uda: "Mak Uda mintak diri dulu ya? Lepas makan nanti, Mak Uda datang balik".
Mama Sophie membuat tepung tawar paling simple.
Oleh kerana nak jimatkan air, Mama Sophie sekadar pakai debu tanah aje - macam tayammum.
Pak Ngah menuang air limau lemonade. Tetapi terlupa nak bawak gelas.
Pak Ngah: "Saya nak pergi ambil gelas sekejap. Hauslah".
Para pakcik dan makcik bergilir-gilir mengambil tempat dan nombor giliran untuk menepung tawar dan merenjis. Ramai jugak yang tampil ke hadapan untuk melaksanakan tugas yang jarang-jarang dapat dilakukan ini. Bermula dengan pakcik makcik dan keluarga pihak Rusydi. Disambung pulak dengan pakcik makcik dan keluarga pihak Ika. Tak cukup dengan itu. Pakcik makcik dan ahli keluarga dari jiran-jiran sebelah rumah, kawan-kawan kepada jiran-jiran sebelah rumah, serta orang-orang kampung dan keluarga mereka dari seluruh tanah air turut mengambil peluang dan kesempatan ini untuk merenjis dan menepung tawar. Pengantin Rusydi dan Ika sampai basah kuyup dan bersalut-salutan tubuh mereka dengan tepung tawar. Dah macam pengantin bersalut tepung jadinya. Lepas ni boleh buat cingkodog a.k.a. cengkodok a.k.a cekodok a.k.a. cikuduk (istilah bahasa halus dan sopan).

Bersambung...

Giliran Pak Usu pulak. He he he...
Pak Usu: "Bagi budu sikit biar cukup masin".
Okay, dah cukup rasa. Pak Usu nak mintak diri.
Ika mendapat kucupan.
Ibuku turut menepung tawar.
Memeluk ibuku.
Mak Usu pulak tampil ke hadapan untuk menepung tawar.
Merenjis dengan perasaan gembira.
Peluk cium dari Mak Usu.
Gembira melihat anak buah tersayang selamat diijab kabul.
Teacher Adila pulak nak merenjis.
Teman sekerja.
Mengucapkan tahniah buat teman.
Keluarga pihak Rusydi pulak.
Selamat pengantin baru to my brader.
Nadia pun nak merenjis sepupunya jugak.
Congratulations, my dear cousin.
Yaya merenjis dan menepung tawar kakaknya.
"Kakak doakan lepas ni giliran adik pulak, okay".
Tetamu dari Jepun ini turut mencuba untuk menepung tawar.
Dan penepung tawar yang terakhir pada malam itu.

No comments:

Post a Comment