m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, November 5, 2016

Rusydi + Atika: Persandingan marathon

Bahagian 7

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekelian, sekarang kita kembali ke kisah pernikahan Rusydi dan Atika. Taraaaaa.....!!!

Selepas selesai majlis khatam Al Quran, Rusydi dan Ika kembali duduk di atas pelamin. Oops! Tetapi sebelum sempat tuan punya pelamin menduduki takhta kerajaan kecilnya, para pakcik makcik sempat jugak menyelitkan diri di atas pelamin demi mengingati zaman persandingan dulu-dulu. Abang Zai dan Kak Long, Abang Hj Khalid dan Kak Shidah bergaya dengan berlatar belakangkan pelamin yang tak henti-henti melip-lap lampu-lampunya. Klik klik klik! Okay. Settle! Sekarang pengantin nak balik pelamin mereka.

Pak Long dan Mak Long tawan takhta pelamin sekejap.
Mengenang kembali saat-saat manis puluhan tahun dahulu.
Masih bagai pinang dibelah dua.
Masih lagi romantika diamor.
Pengantin senior dua sejoli.
Abang Hj Khalid dan Kak Shida.
Satu lagi pasangan pengantin senior dua sejoli menaiki takhta pelamin.
Oleh kerana malam tu tak ada emcee, tak ada DJ atau pengacara yang membacakan acara selanjutnya, maka kedua-dua Rusydi dan Ika sekadar duduk ajelah kat atas pelamin dalam tempoh yang agak lama. Duduk diam-diam. Tak buat apa-apa. Senyap aje. Krik krik krik (kata sang cengkerik). Malah para tetamu pun agak kebingungan. Tidak diaturkan gerak-geri dan pergerakan mereka. Maka sesiapa yang bawak gadjet, layan gadjet ajelah. Dekat tiga hari jugaklah pengantin dan para tetamu melanguk di ruang dewan tak tau mau bikin apa.

Ibuku, Yaya dan tetamu dari Jepun duduk buat hal masing-masing.
Menanti apakah acara selanjutnya selepas ini.
Isteriku memberikan arahan tertentu.
Rusydi ditegur seorang peminat cilik.
Ceria sepasang pengantin baru.
Mengamati cincin pemberian pasangan.
Genggam tangan biar tak terlepaskan.
Menghayati moment di atas pelamin.
Syahmie dan Yana.
Akhirnya, atas inisiatif isteriku, merangkap Mak Usu terpaksa bertindak ad hoc. "Pengantin duduk aje kat atas pelamin. Nanti kita sorang-sorang boleh pergi merenjis pengantin sampai lencun kuyup kedua-duanya", kata isteriku. Dan seluruh warga hadirin hadirat setuju dengan cadangan itu nampak gayanya. Dan acara selanjutnya adalah merenjis dan menepung tawar.

Bersambung...

Ibu kepada Rusydi adalah orang pertama yang menepung tawar.
Menanti tetamu selanjutnya untuk menepung tawar.
Brader Muhammad Al Yamani melakukan tepung tawar untuk kali pertama dalam hidup beliau.
Merenjis dengan kicap manis ABC untuk menambah perisa.
Brader Muhammad Al Yamani mendapat sekuntum bunga telur kerana menepung tawar.
Dua orang Al Aradia Al Yamani Al Menengok Al Pengantin Al Sambil Al Tersenyum-senyum.
Okay, siapa lagi nak menepung tawar? Kami dah ready dengan tangan terbuka.

No comments:

Post a Comment