m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, November 12, 2016

Rusydi + Atika: Sandiwara pelamin

Bahagian 10

Kedua-dua pengantin telah disajikan dengan persembahan joget Arab. Dan Ika akhirnya bertemu dengan putera hatinya, Rusydi setelah sekian lama duduk bersendirian di atas pelamin. Rusydi masih dengan pakaian yang sama. Tak dapat nak salin pakaian lain pasal kedai jahit tak sempat nak menyiapkan baju pengantin yang telah ditempah tempoh hari. Tak kisahlah tu. Yang penting kini Rusydi kembali dengan suri hatinya, Ika di atas singgahsana diraja.

Berbincang mengenai perbelanjaan rumah.
Rusydi: "Kekanda nak beli lampu yang ada lip lap macam hari raya tu".
Ika: "Tetapi adinda suka lampu yang macam fun fair tu".
Rusydi: "Kita beli lampu yang macam kat atas ni pun okay jugak, kan?"
Ika: "Kalau macam gitu, adinda setuju."
Bagai filem Melayu zaman 70an.
Dialog dia biasanya: "Biarlah bulan dan bintang yang menjadi saksi".
"Kalau adinda jadi bunga, kekandalah jadi kumbangnya."
"Kalau kekanda jadi planet Musytari, adindalah yang jadi planet Uranus".
"What ever lah....."
Okay. Filem drama Melayu dah selesai.
Di atas pelamin, Ika dan Rusydi terus bersandiwara. Pengarahnya - adalah semua yang menonton sandiwara ini. Rusydi dan Ika ikutkan sahaja kehendak para penonton. Disuruh berlakon cerita Hindustan, maka Hindustanlah lagak mereka. Kalau cerita Arab, maka Arablah jadinya. Kadang-kadang bak tele-novela. Dan pada ketika yang lain bak sinetron Indonesia. Layan ajelah.

Isteriku touch up Ika sekejap sebelum penggambaran babak seterusnya.
Tuan Director Mak Teh sedang memberikan arahan kepada pengantin.
Gaya mesra.
Mesra dan bertentangan mata.
Rusydi tergelak besar pasal ada orang buat lawak bak Maharaja Lawak Mega.
Kembali berada dalam gerak santun.
"Pia del hae main phraid chikan mirch massaledaar banaana khana pasand".
Menghulurkan sejambak bunga.
Sama-sama memegang bunga.
Formasi rama-rama.
Formasi burung terbang.
Formasi kupu-kupu.
Memperagakan cincin emas batu berlian dengan cincin perak batu kecubung.
Setelah puas Rusydi dan Ika bersandiwara di pentas pelamin, kini aku dan isteri pulak yang ambil tempat di centre stage. Duduk bersanding sekejap sementara pengantin baru menyiapkan diri untuk agenda yang selanjutnya. Dan agenda yang selanjutnya ialah nyanyian karaoke oleh salah seorang ahli keluarga Rusydi. Dipersilakan.

Bersambung...

Giliran aku dan isteri pulak untuk conquer centre stage.
Berpeluang bersanding di pelamin.
With my lovely wife.
Piece you allz.
Dan dendangan lagu pertama pada malam ini.

No comments:

Post a Comment