m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, February 21, 2016

TTC vs UTM lagi 2016: Permulaan yang panas

Bahagian 1

14 Februari 2016 - Berlangsung di gelanggang tenis Taman Tasik Titiwangsa, satu perlawanan tenis persahabatan telah diadakan dengan Team Ex-UTM (katanya). Tapi of course-lah, kekadang kita akan import sorang dua pemain bagi memeriahkan lagi suasana pada hari itu. Bila kata Team Ex-UTM, sebenarnya aku, Ashraf, Bobby, Sogol dan Hashim pun kira ex-UTMers jugak. Malah Hashim siap wakil universiti lagi tu. Lalu kami berlima pun dalam keadaan dilema lah. Tak tau nak main untuk TTC atau Ex-UTM. Lalu kami pun buatlah mesyuarat agung tergempar, a.k.a. ad hoc meeting. Dekat tiga jam jugaklah kami meeting untuk menentukan which side kami akan wakil. Last-last sekali, Inche' Presiden kata, "Toss a coin. Kalau head wakil TTC. Kalau tail wakil Ex-UTM". Kami semua setuju. Setelah di-toss duit 50 sen, akhirnya kelima-lima kami muktamad mewakili TTC pasal kesemua toss berkesudahan dengan head.

Ashraf selaku pengendali sedang memastikan semua acara berjalan lancar.
Annuar dan Dr Fattah menanti nama mereka dipanggil untuk mewakili Team TTC.
Ashraf dan Bobby - kedua-duanya merupakan ex-UTMers.
Ikrami nak buat isyarat LOVE, tapi versi terbalik.
Napi, Amir dan Hashim sedang memanaskan mental masing-masing.
Atok baru lepas minum jus Pamoga, lantas memberikan isyarat 'good'.
Penonton yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, keturunan, bangsa dan latar belakang.
Antara pemain-pemain Team Ex-UTM. Solihin (kanan) pernah join TTC suatu ketika dulu.
Pagi-pagi lagi semua players telah berkumpul, berkhemah dan siap buat sarapan pagi lagi pakai unggun api, dan menangkap ikan-ikan di dalam Tasik Titiwangsa. Tepat jam 8.30, match pertama diadakan. Team TTC diwakili oleh Azril dan Madi. Kekuatan players dari Team Ex-UTM memang kami tidak ketahui. Players TTC sekadar berbekalkan semangat dari kampung halaman dan pesanan dari rakan-rakan kelab yang lain, serta sebatang reket usang di dalam tangan. Sedangkan Team Ex-UTM berbekalkan reket tercanggih dari model terbaru alaf ini, sebungkus nasi beriyani gam lauk kambing, sebotol tonik Pamoga setiap seorang dan sorakan padu dari penyokong-penyokong tegar dari seluruh negara, termasuk penyokong-penyokong dari overseas jugak.

Azril dan Madi sedang bersiap sedia untuk bertarung.
Azril sedang bersedia untuk membuat volley.
Madi sedang mengambil momentum untuk membuat servis halilintar membelah bumi.
Menyedut udara segar dari taman sebelum membuat servis.
Yeah! Itu dia satu aksi Usin Bolt untuk peminat-peminat tersayang.
Azril happy setelah penat bermain selama dua jam.
Pasangan Team TTC sedang bersiap siaga.
Permainan bermula sengit. Pemain TTC memberi bola kepada Team Ex-UTM. Tetapi players Exs-UTM tak nak bola tadi. Lalu dibaginya pulak kepada players Team TTC. Macam tu ajelah pattern dia tak sudah-sudah. Setelah bertarung dekat kira-kira empat jam setengah, akhirnya kemenangan berpihak kepada Team TTC dengan kiraan mata 6-1. Tahniah kepada Azril dan Madi.

Bersambung...

Ini adalah satu lagi match yang melibatkan kedua-dua team TTC dan Ex-UTM.
Madi sedang fokus.
Pemain Ex-UTM juga sedang fokus.
Madi sedang di jaring.
Tetiba ada lalat sekor datang mengganggu.
Lalu Madi memukul lalat itu - ketepek, ketempung, keceper...
Giliran Azril pulak nak membuat servis tsunami dari negara matahari terbit.
Azril menggunakan teknik tangan kiri bagi mengelirukan pihak lawan.
Menanti bola turun dari langit yang terbentang luas.
Dan pukulan pun dibuat. Catatan kelajuan adalah 874 km/jam.
Madi masih di jaring. Mencari sisa-sisa lalat yang masih berterbangan.
Nampaknya tiada lagi lalat yang sudi menghampiri.
Team TTC bersedia.
Menanti sebarang kemungkinan.
Tetiba Madi berasa terharu bila mengenangkan kampung halaman. Tak dapat menahan  sebak di dada.
Azril cuba mententeramkan Madi yang masih mengesat linangan air mata di pipi.
Setelah Azril membuat satu lawak antarabangsa, barulah Madi berasa lega dan sedia untuk meneruskan perjuangan.

1 comment: