3 Januari 2016 - Anak-anak mula sekolah pada hari Isnin 4 Januari 2016. Maka sehari sebelum tarikh itu, kami kenalah hantar Syahmie dan Wanie balik ke asrama di Gemencheh dan Kajang. Mula-mula hantar Syahmie dulu. Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke Negeri Sembilan, merentas Melaka, Johor, Pahang, Perlis dan Kelantan. Kami tiba di Gemencheh pada kira-kira jam 12 tengah hari. Terus angkut segala barang masuk ke dalam bilik. Pelajar Form 5 dapat bilik aras bawah. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Jadi, tak payahlah bersusah payah nak pikul barang yang berpuluh-puluh kilo beratnya naik tangga.
|
Mama tolong Syahmie unpack barang-barang. |
|
Syahmie simpan semua pakaian dalam almari. |
|
Kemas katil pulak. |
|
Masih mengemas dengan tekun. |
|
Okay, dah settle! Katil pun dah cantik. |
Syahmie kemas barang memang sangat cepat. Semua barang dalam beg dia dah tahu mana nak letak. Dalam masa beberapa saat dah siap tersimpan rapi segala barang dalam almari. Dari kain baju, buku-buku, alatan sukan, perkakas mandian, mesin basuh baju, batu giling, dan periuk-belanga. Semua tersusun kemas. Lepas kemas barang, kami keluar sekejap untuk makan tengah hari. Lepas makan barulah kami hantar Syahmie balik asrama. Dan terus kami tinggalkan pekan Gemencheh menghala ke Kajang pulak.
|
Syahmie dan ruang lingkungannya. |
|
Syahmie dan mama. |
|
Syahmie dan papa. |
|
Bergambar di luar asrama. |
|
Masa ni ramai lagi ibubapa hantar anak-anak mereka pulang ke asrama. |
|
"Papa tinggalkan Syahmie kat sini dulu. Belajar dengan tekun. Jaga amal ibadah". |
|
Mama memberikan Syahmie sedikit nasihat. |
Kami tiba di Kajang kira-kira jam 4.30 petang. Terus kami daftarkan Wanie kat asrama. Dan buat beberapa pembayaran kat kaunter. Lepas baut bayaran, kami pun angkut barang naik ke tingkat dua asrama. Kami gotong royong kemaskan tempat Wanie. Tahun ni Wanie dapat almari besar sikit dari tahun-tahun sudah.
|
Tolong Wanie kemas tilam. |
|
Cadar tilam sekolah Wanie ada dua layer. |
|
Cadar baru warna merah. |
|
Wanie tengah kemas pakaian dalam almari. |
|
Amier sedang bosan. |
|
Wanie masih mengemas. |
|
Wanie di koridor. |
|
Masih di koridor. |
|
Di koridor bersama mama. |
|
Kami mahu bergerak pulang. |
Selepas kemas barang, dan bagi sedikit kata-kata nasihat, perangsang dan semangat, kami pun tinggalkanlah Wanie di asrama bersama rakan-rakan sebiliknya. Minggu depan mungkin Wanie akan balik cuti. Dan kami akan datang lagi ke sekolah untuk menjemput Wanie.
|
Wanie mendengar mama memberi nasihat. |
|
"Ringan-ringankan mulut menegur kawan-kawan", pesan mama kepada Wanie. |
No comments:
Post a Comment