13 Disember 2015 - Dari awal tahun lepas kami dah plan nak khatankan Amier. Umur Amier masa ni dah lebih 9 tahun. Badan Amier pun besar, macam budak darjah 6. Amier memang kena khatan cepat-cepat. Kalau dah semakin besar semakin complicated. Aku personally memang sangat risau pasal Amier. Amier tak macam Syahmie, tak tahan sakit. Banyak kali jugak aku dan wife ingatkan Amier pasal hari berkhatan tu. Mula-mula memang nampak macam dia resah, dan selalu cakap "No!!!" Tapi setelah dijelaskan oleh kami, dan jugak oleh abang sepupunya, Saleh, maka dia nampaknya semakin tenang dan nampak macam dah bersedia.
Hari yang dinanti akhirnya tiba jugak. Kami tiba di klinik sebelum jam 11 pagi. Tak lama menanti, akhirnya nama Amier dipanggil nurse. Amier masuk ke dalam kamar operasi. Aku menemani. Mula-mula doktor nak injek Amier. Amier macam cemas. Kakinya bergerak-gerak, menyukarkan doktor menjalankan tugasnya. Aku suruh Amier fokus pada i-phone yang dipegangnya. Aku kata kalau rasa sakit, selawatlah banyak-banyak. Paling tidak, sebut aje Allah, Allah. Amier masih meronta-ronta ketika doktor nak mula injek ubat pelali. Akhirnya, doktor bagi isyarat kepada dua orang pembantunya, "Tangkap dan pegang kakinya kuat-kuat!" Kedua-dua orang pembantu tadi mematuhi arahan doktor. Aku memegang badan Amier. Dan doktor pun mulalah menyuntik ubat bius. Amier berasa sakit. Tetapi Amier tidak berselawat. Amier juga tidak menyebut Allah. Sebaliknya Amier menjerit, "Aduuuuuuuhhh!!!!! Aduuuuuhhh!!!!!" Selesai jugak doktor menyuntik akhirnya.
Bila dah dibius, dengan mudah doktor mengkhatankan Amier. Malah Amier langsung tak bising atau mengaduh lagi. Sampailah selesai semua prosedur berkhatan. Amier terus happy. Aku lagilah lega sebab kesemuanya berjalan dengan lancar. Kami tanya Amier, dia nak hadiah apa sebagai imbuhan. Amier kata dia nak drawing block. Okay. Kami belikan Amier 2 buah drawing block. Akhirnya, Amier is now a grown up man!
Amier is proud of himself. |
No comments:
Post a Comment