m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, July 12, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Sah suami isteri

Bahagian 4

Persediaan akad nikah telah dilakukan oleh Pa. Tangan Pa dan tangan bakal ayah mentuanya masih berpaut kemas dan kedap. Mereka sedang menantikan arahan dari Tok Kadi akan langkah-langkah selanjutnya yang perlu diambil oleh kedua insan itu. Ayah Wani akan menikahkan bakal menantunya. Dan Pa memang sudah dari tadi bersedia untuk melaksanakan tugasnya menyambut lafaz nikah.

Tok Kadi memberikan peringatan terakhir sebelum memulakan upacara akad nikah.
Ayah Wani memulakan bicara, "Aku nikahkan dikau dengan puteriku..."
Pa menjawab, "Aku terima nikah..." Saksi meneliti dengan terperinci setiap bait-bait kata yang diucapkan oleh Pa.
Dah berjuta kali Pa berlatih menuturkan kata-kata terima nikah Wani. Sebutannya dah jadi perfect kerana latihan yang bertubi-tubi itu. Nada suara, intonasi, projection, phasing, voice tone, ekspresi raut wajah, fokus, semuanya telah perfect. Maklumlah, dah berlatih berjuta-juta kali. Memang sesetengah pengantin sangat particular untuk dapat lafaz nikah sekali sebut aje. Maknanya cinta sejati. Kata oranglah. Apa pun kata orang, pokok pangkalnya Pa memang telah cukup bersedia mengharungi detik ini.

Tok Kadi mengumumkan keputusan pernikahan tadi setelah merujuk kertas kerja para saksi.
Salah seorang saksi sedang menjelaskan isi kandungan kertas kerja.
"Nampak gayanya macam okay aje", kata Tok Kadi.
"Okaylah. Kira sah ajelah!" kata Tok Kadi lagi.
"Saya nak nyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang boleh tak?"
Dan bila ayah Wani mengucapkan, "Aku nikah akan dikau........" Pa pun menjawab, "Aku terima nikah Wani...." secara perfect 10 dan cuma sekali sebut saja. Dua orang saksi yang telah dilantik khas memberikan sepenuh tumpuan kepada lafaz dari mulut Pa. Bila Tok Kadi bertanya, "Macam mana saksi? Sah ke?" Kedua saksi lantas meminta kebenaran dari Tok Kadi untuk keluar dari ruang nikah sebentar untuk berbincang. Setelah berbincang selama hampir tiga jam, kedua saksi datang semula ke ruang nikah sambil membawa kertas kerja yang berkajang-kajang tebalnya. Mereka membentangkan kertas kerja yang dibawa di hadapan Tok Kadi. Pembentangan dibuat dengan begitu terperinci sekali dengan mengambil kira kesemua aspek yang terlibat. Dan setelah Tok Kadi berpuas hati dengan pembentangan dan detail dari kertas kerja itu, barulah Tok Kadi memperlihatkan sedikit senyuman di bibirnya. Lantas beliau berkata, "Hadirin dan hadirat sekelian. Setelah meneliti kertas kerja dari kedua orang saksi ini, saya berasa sangat puas hati. Dan dengan ini saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa, pernikahan Pa dan Wani adalah sah! Tahniah untuk keduanya!"

Para hadirin menarik lafaz lega bila mendengarkan pengumuman Tok Kadi itu. "Yes!" kata Pa dengan penuh kepuasan. "Dah kata dah tadi, memang sekali lafaz punyalah. Orang dah practise banyak kali, memanglah okay!" kata Pa di dalam hatinya.

Pakcik Rizali menantikan keputusan Tok Kadi.
Andi gembira semuanya berjalan lancar.
Pa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya telah berlangsung dengan selamat.
Sebahagian keluarga pihak Wani.
Terserlah wajah kegembiraan.
Berdoa untuk kesejahteraan keluarga yang baru dibina.
Penuh khusyuk.
Sayu dan sebak bermain-main di fikiran.
Malah Wani juga inginkan kebahagiaan yang berpanjangan.
Ayah Wani turut berasa gembira dan mendoakan keberkatan dalam rumah tangga.
Mohon yang terbaik untuk mereka berdua.
Pakcik Rizali berdoa dengan penuh khusyuk.
Kami yang di sekeliling Pa berasa sangat gembira. Tahniah buat Pa dan Wani. Dan lantas doa selamat dibacakan oleh Tok Kadi. Hadirin dan hadirat mengaminkan doa. Kami berdoa dengan penuh khusyuk agar doa dimakbulkan Tuhan Azzawajalla. Doa dibaca agak panjang, merangkumi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan sudah tentu kami ahli keluarga mahukan permulaan yang baik serta akhiran yang baik untuk kedua-dua pengantin baru ini.

Pa menandatangani kontrak rakaman album.
Banyak betul helaian kertas yang perlu ditandatangani.
Hadirat setelah siap berdoa.
Wani di sebelah kakak iparnya.
Wani di sebelah kakak iparnya dan ibu mentuanya.
Setelah sah Pa dan Wani bergelar suami isteri, Pa dan Wani perlu menandatangani kotrak rakaman album terbaru bersama syarikat rakaman yang dimiliki oleh Tok Kadi sendiri. Sambil tu, Tok Kadi turut menghuraikan isi kontrak agar Pa dan Wani faham dalam-dalam akan maksud yang zahir dan maksud yang tersirat sebelum bergelar recording artist.

Kami bersalam-salaman serta mengucapkan tahniah kepada mempelai. Pakcik Rizali dan besannya turut bersalaman dan berpelukan sambil saling melafazkan ucapan tahniah kerana beroleh anak menantu yang baru. Dan sesudah majlis ini selesai, kesemua jemaah terus bersiap sedia untuk menunaikan solat asar berjemaah, sebelum jamuan disajikan.

Bersambung...

Tok Kadi turut mengucapkan tahniah kepada Pa.
"Sekarang saya rasa dah boleh menyanyi kot?"
"Sesiapa yang tahu lirik bolehlah join saya nyanyi, okay?"
"Tak apalah Tok Kadi. Saya jadi pendengar ajelah", kata Pakcik Rizali.
Dua orang besan saling berpelukan.
"Tahniah untuk awak dan saya".


No comments:

Post a Comment