Bahagian 8
Setelah perut pengantin dan perut para hadirin dipenuhi dengan makanan berkhasiat yang telah disajikan oleh pihak tuan rumah, makan tibalah masa dan saatnya untuk membuat ucapan bak ketua kampung. Ucapan bermula dengan menjemput ayah kepada pengantin perempuan. Ayah dan ibu Eida pun tampillah ke hadapan. Senaskhah kertas dikeluarkan dari saku baju Melayu yang tertulis kata-kata pesanan dan nasihat untuk diucapkan kepada khalayak. Ucapannya ringkas, tetapi sarat dan padat dengan peringatan, kepada khususnya anakanda-anakanda mereka yang dikasihi.
|
Encik Azhar menjemput tuan rumah memberikan ucapan. |
|
Encik cameraman pun nak berucap jugak. Tapi tak kesampaian. |
|
Dan berucaplah ayahanda kepada pengantin perempuan. |
|
Penuh pesanan, penuh nasihat yang berguna. |
|
"Pengantin, ada nak jualkan pantun kepada ayahandanya?" tanya tuan pengerusi. |
Seterusnya tuan pengerusi majlis menjemput pula ibu dan ayah pengantin lelaki - Abang Azman dan Kak Esah. Dan kedua-dua ibu dan bapa Kois pun tampillah ke hadapan. Abang Azman sempat berbisik kepada anaknya, "Papa nak cakap apa, Kois?" Jawab Kois, "Apa-apa ajelah. Tapi pasal kehenseman Kois, Papa cakaplah lebih-lebih sikit". Dan secara sepontan, Abang Azman pun berucap. Berterima kasih kepada semua saudara mara yang jauh dan dekat, yang dah lama tak bersua muka, kerana sudi meraikan hari besar dan bersejarah ini. Aku nampak Abang Azman agak sebak ketika berucap. Begitu jugak dengan Kak Esah. Ucapan mereka juga ringkas, tetapi penuh bermakna.
|
"Papa nak cakap apa ni?" tanya Abang Azman kepada Kois. |
|
Abang Azman berucap secara sepontan. Apa saja yang terlintas di fikiran. |
|
Ucapan Abang Azman penuh beremosi. |
|
Kak Esah menenangkan Abang Azman yang agak sebak. |
|
Masih berucap. |
|
"Terima kasih buat semua", ujar Abang Azman. |
|
Giliran Kak Esah pulak nak berucap. |
|
Ucapan Kak Esah sangat ringkas. |
|
Disudahi dengan ucapan terima kasih. |
Setelah selesai ibu dan bapa pengantin berucap, kini tibalah detiknya untuk pengantin pulak yang berucap. Lalu Kois mengambil mikrofon dari pengacara majlis. Berdehem dua tiga kali untuk test tahap kemerduan suara sebelum diperdengarkan kepada umum. Ya, suara dalaman dan bass sangat macho bila ke udara. Kois memulakan bicara dengan meminta seluruh hadirin untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatehah kepada Allahyarham Atuk Atan dan Allahyarhamah Atuk Pon. Sesuatu yang jarang-jarang dilakukan orang ketika majlis perkahwinan. Tetapi betapa akrabnya cucu-cucu dengan Allahyarham datuk dan neneknya memang tak dapat dinafikan lagi. Lebih-lebih lagi pada saat-saat akhir sebelum kedua-dua Allahyarham pergi, keluarga Kak Esahlah yang telah menjaga dan merawat mereka. Sebak seketika para ahli keluarga yang ada kat situ.
|
Kois gembira pasal dia dah dapat kontrol mikrofon sekarang. |
|
"Cubaan satu dua tiga..." |
|
"Testing one two three..." |
|
"Test suara kejap. Aaaaaaaa.... eeerrrrr..... oooooo....... Okay". |
Sesudah itu, Kois pun berucaplah, isi kandungan ucapannya aku pun dah tak ingat langsung. Pasal dah lama sangat gamaknya. Tapi kalau tak salah, mungkin Kois berkata, "Tanpa anda, siapalah saya". Eh, bukan. Itu macam cakap artis aje. Okay, mungkin Kois cakap macam ni, "Apa khabar Putrajaya!!! Are you enjoy?!!" Ini pun bukan, kot. Macam nak buat konsertlah pulak. Atau mungkin jugak Kois bercakap macam ni, "Saya akan mendendangkan sebuah lagu bertajuk Ombak Rindu. Dan nyanyian ini akan saya muat naikkan di dalam Youtube tak berapa lama lagi". Ish! Tak mungkin Kois nak buat macam tu pulak. Tak apalah. Tak kiralah Kois nak cakap apa pun pada hari tu. Yang penting aku macam ada terdengar Kois menyebut, "Pak Usu, you look gorgeous today!"
Bersambung...
|
"Kita semua jerit Satu Malaysia!!!" |
|
"Ada apa-apa soalan dari audience?" |
|
"Ya, kamu kat hujung sana. Apakah soalan yang hendak diajukan?" |
|
"Soalan tu terlalu peribadi. Jawapan saya hanyalah No comment". |
|
"Sekianlah tadi ucapan semangat dari YB kita!" kata tuan pengerusi majlis. |
|
"Hendaklah kita hapuskan semua gejala sosial dan penyalah gunaan dadah," kata pengerusi majlis. |
|
"Saya akhiri majlis ini dengan lagu Ombak Rindu jugak..." |