m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 10, 2020

Hari Terbuka SK Ampang 2019

15 September 2019 - Tahun lepas, sekolah Sabriena ada membuat Karnival Hari Terbuka dengan kolaborasi beberapa badan dalam kerajaan. Sudah tentulah Sabriena berasa teruja untuk ke sana. Jumpa kawan-kawan. Main bermacam-macam game. Makan bermacam-macam makanan. Lalu aku ajak Sabriena, serta Syahmie, dan Amier untuk ke sekolah Sabriena. Kami pergi dah agak lewat juga. Tapi aktiviti masih lagi rancak berlangsung. Aku terus mendaftarkan nama kami. Setelah berdaftar, kami berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Tunggu dan lihatlah saja nanti.

Pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia.
Ada kolam renang bersaiz Olimpik. Tetapi Sabriena tak bawa baju renang.
Try jadi Tiger Woods sekejap. Jom main golf.
Sesampainya di sini, aku nampak pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia sedang berlangsung. Ramai anak-anak comel mengambil bahagian. Sabriena pun sebenarnya ada juga pakaian benderanya. Tapi pada petang itu Sabriena tidak mengenakan pakaian itu. Kami tak tahu pun ada pertandingan pakaian beragam sebenarnya.

Aku tanya Sabriena, "Nak main game apa?" Sabriena masih keliru dan rambang mata. Semua permainan kelihatannya seperti sangat menarik. Aku ajak Sabriena main mini golf dulu. Aku jadi coach sebelum membenarkan Sabriena membuat pukulan sendiri. Malangnya, kesemua pukulan yang dibuat Sabriena tidak menepati sasaran lubang. Kami tidak layak menerima apa-apa hadiah, melainkan gula-gula dari dalam balang sahaja.

Sabriena geram nak mencuba mesingan dari jenis M-16.
Pertama kali Sabriena mencuba menggunakan senjata api.
Permainan yang selanjutnya ialah menembak sasaran menggunakan mesingan, dengan peluru plastik. Aku ajar Sabriena cara-cara nak menembak. Akhirnya kesemua tin yang disusun di atas meja telah berjaya dijatuhkan oleh Sabriena. Sabriena bagai tak puas main. Sabriena main satu round lagi. Dapat hadiah belon.

Dari sini, kami beralih pula ke permainan lain - main tiup buih sabun. Sabirena main sorang-sorang sampai bosan. Macam-macam bentuk bubbles yang Sabriena buat. Ada yang kecil, dan ada juga yang besar. Sabriena berhenti bermain sebelum habis pun air sabun di dalam besen.

Memberikan fokus yang tinggi.
Sasaran dikenal pasti. Dan kaboom! Tembakan tepat ke sasaran.
Bermain dengan buih sabun pula.
Celup dalam air sabun dalam besen.
Kemudian angkat...
Dan gerakkan ke udara.
Terhasillah buih-buih sabun dari pelbagai saiz dan rupa.
Dibuat berulang-ulang kali.
Mencuba beberapa gerakan baru.
Buih terhasil dengan banyaknya.
Ada buih kecil.
Dan ada buih yang sangat besaaarrr...
Tak lama setelah itu, aku mendengar pengacara majlis memanggil pemilik beberapa nombor bertuah untuk mengambil hadiah. Aku tunggu seketika, mengharapkan nombor aku dipanggil. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, tak juga nombor kami dipanggil. Macam tak ada harapan nak kena aje. Lalu aku mencari makanan dan minuman untuk santapan kami. Oh ya! Sebelum aku dan Sabriena pergi main game, aku telah terlebih dahulu memberi sedikit duit buat Syahmie dan Amier untuk mereka gunakan bagi membeli makanan dan minuman kegemaran yang banyak terjual di situ. Setelah membeli-belah, aku ajak anak-anak balik. Aku turut membeli beberapa jenis juadah untuk dimakan di rumah nanti.

Sebeluim pulang, sempat juga kami bergambar di pagar masuk sekolah, dengan latar belakang sepanduk karnival hari terbuka SK Ampang. Lepas tu kami pun beredarlah dengan bangganya.

Pengacara memanggil pemilik nombor bertuah.
WWW 8040! Sila alihkan kenderaan anda dari bilik darjah di tingkat 2.
Nampak gayanya tak ada yang nak mengaku kenderaan itu miliknya.
Di pagar sekolah sebelum pulang.
Tiga beradik. Wanie duduk di rumah dengan Mama.
Sepanduk karnival digantung.


No comments:

Post a Comment