m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 5, 2020

Happy Birthday Boss!

11 Oktober 2019 - Kira-kira 56  tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah seorang bayi comel di sebuah pekan di Melaka. Bayi itu menjadi sumber kegembiraan pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi. Bayi itu telah diberi nama Jalid. Kini bayi itu telah dewasa. Telah menjadi seorang arkitek yang berjaya. Dan telah membuka sebuah firma arkitek bersama rakan kongsinya.

Hebat tak intro aku? Hahaha... Sehari sebelum tarikh hari jadi bossku, En Jalid, kami ada satu perbincangan kecil di bilik mesyuarat di pejabat kami. Bossku yang seorang lagi, Puan Amna juga ada di situ. Selepas habis berbincang, tiba-tiba Puan Amna membawa masuk sebiji kek hari jadi dan disuakan kepada En Jalid. Macam satu kejutan jugalah buat birthday boy. Setelah mengucapkan terima kasih, kek terus dipotong halus. Dan kami memakan kek itu dengan gembiranya. Sedap jugak rasanya. Puan Amna juga telah menghadiahi En Jalid dua buah buku bertajuk Tamadun Melayu dan Tamadun Islam.

En Jalid merenung kek hari jadi dengan penuh pertanyaan.
Pertanyaannya adalah: "Patutkah aku makan sendiri, atau berkongsi dengan yang lain?"
En Jalid meminta pandangan yang lain.
Puan Amna mencuba mencari jawapannya dalam buku.
"Jawapannya ada di muka surat 36," kata Puan Amna.
En Jalid menyelak muka surat 36.
En Jalid berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Lantas kek terus dipotong.
Dan diagih-agihkan kepada semua yang hadir.
Kek red velvet diletakkan di dalam piring kecil.
Berhati-hati.
En Jalid kini sedang cuba mengutarakan soalan yang kedua: "Patutkan aku bawa balik baki kek ini atau kutinggalkan saja di ofis?"

Pada hari berikutnya, En Jalid pula yang telah bermurah hati membelanja kami makan pizza dan ayam KFC bersama staf ofis yang lain. Kek hari jadi telah dibeli oleh salah seorang staf untuk meraikan En Jalid. Kami beramai-ramai menyanyikan ladu Happy Birthday buat En Jalid. Nyanyian kami telah diiringi oleh orkestra muzik yang dipimpin oleh Datuk Ramli MS, serta suara latar oleh Kumpulan Koir Nasional. Sangat meriah nyanyian itu, dan sangat merdu. En Jalid tidak berucap apa-apa selain menjemput kami semua untuk makan sampai puas dan kenyang. Oleh kerana kami semua merupakan staf yang sangat patuh kepada pemimpin,  dan komited kepada kerja, maka kami pun terus berasak-asak mendapatkan makanan dan melunaskan segala arahan dari En Jalid dengan hati dan mulut terbuka. Buuuurrrrppppp!!!! Ahhhhhh..... Alhamdulillah... Begitulah kisahnya.

En Jalid sedang memastikan semuanya in order.
Berdebar-debar menanti saat untuk memotong kek.
Kegembiraan terpancar di wajah.
Seronok dapat meraikan majlis hari jadi bersama staf-staf yang disayangi.
Bergambar bersama staf. Ada sebahagian tidak ada di sini.
Semua staf dah tak sabar-sabar nak menjamah makanan.
Muhaimin yang berbaju hijau memuji organiser majlis ini.
Munif, Gina dan Dora masuk dalam frame gambar.
Sebingkis gaya bebas sebelum memulakan jamuan.


No comments:

Post a Comment