m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 15, 2020

Berkahwin di samudera: Mabuk laut

Bahagian 1

14 April 2019 - Lagi kisah teman sekolah menengahku, Muhammad Abdul Wahab a.k.a. Che' Ab mengahwinkan anak. Inilah lokasi majlis yang paling unik dan mencabar. Di tengah-tengah lautan luas. Antara Pasifik dan Antartika. Meredah Bermuda Triangle. Sering dilambung ombak. Menghayun dan menghempas. Sampai seluruh tetamu berasa sangat cuak dan cemas. Takut dan risau.  Mual dan mabuk. Kerana majlis ini telah diadakan di Bora Ombak... Krik-krik-krik... Bora Ombak aje. Bukan ombak laut yang bergelora tu! Jangan Salah faham. Intro mesti gempaq! Hehehe...

Mael minum air laut yang berwarna biru.
Elias dah mula mual dilambung ombak laut.
Elias menceritakan pengalaman ngerinya ketika berlayar di Lautan Antartik selama lima bulan dulu.
Mael turut terkenang peristiwa pelayarannya di Bermuda Triangle mencari king crab.
Zamri dan Nasa berpelukan di belakang. Elias pula dah semakin mabuk dan hampir termuntah.
Bersyukur teman-teman Wattop yang telah selamat pulang dari pelayaran jauh.
Din Sakun, JJ dan Wan Zul turut hadir.
Sebenarnya aku pun tak pasti ini anak Che' Ab yang ke berapa. Mungkin yang sulung kot? Tetapi anak perempuanlah. Ketika aku dan isteri sampai di lokasi, Bora Ombak Putrajaya, ada beberapa orang teman telah mula beredar dari majlis untuk pulang. Kami sampai taklah lewat sangat. Memang time orang makan tengah hari. Dalam dewan kami duduk semeja dengan Elias, dan Mael. Setting tempat majlis memang sangat cantik. Kami terus ambil makanan dan memulakan makan. Elias dan Mael dah setel bab-bab makan ni lebih awal. Sekadar melepak, makan dessert sambil menanti kawan-kawan lain tiba. Aku menyegerakan proses menyuap, mengunyah dan menelan makananku. Lepas ni aku nak berlegar-legar di dewan majlis berjumpa dengan teman-teman yang lain, serta mengambil gambar mereka. 

Singgah sebentar bertanya khabar.
Wan Zul: "Aku terpaksa bertarung dengan great white shark ketika di Great Reef Barrier dulu."
Wan Zul: "Nasib baik aku menang. Great white shark tu aku jadikan lauk makan malam di atas kapal."  
"Hebat kau, Wan Zul", kata Mael. Elias semakin mabuk laut. Bakal muntah sekejap lagi.
Shahlan tiba dan berkata, "Korang nak dengar kisah aku belayar ke Madagascar pakai sampan?"
JJ bersalaman dengan Shahlan dalam kekaguman.
Wan Zul mendekati, untuk mendengar kisah Shahlan.
"Sebenarnya aku tak belayar ke Madagascar pun. Aku naik sampan kat lombong belakang rumah aje. Ngeh ngeh ngeh.." kata Shahlan bergurau.
"Aduh! Potong stim betullah. Aku baru nak start terkagum..." kata Mael.

Setelah habis makan nasi. Aku capai dessert pula. Sambil tu mengambil gambar kawan-kawan yang menyinggah di meja kami. Ramai juga yang hadir pada majlis tu. Bila tiba waktunya, pengantin dua mempelai pun masuk ke dewan majlis. Sangat cantik dan bergaya. Mereka duduk di atas pelamin dan diraikan oleh semua yang hadir.  Setelah itu, bapa pengantin, Che' Ab dan isteri pun naiklah ke atas pentas untuk memberikan kata-kata aluan dan nasihat buat pengantin dan para tetamu. Dari penceritaan Che' Ab, barulah kami tahu yang pengantin lelaki dan perempuan ni sebenarnya berjiran. Besan duduk sebelah rumah aje rupanya. Memang unik pertemuan dan jodoh yang sedemikian. Panjang juga Che' Ab berucap. Dekat tiga jam lamanya. Berkobar-kobar. Berapi-api. Sampai terpaksa panggil Bomba. Namun kami mendengar dengan penuh minat kerana penceritaannya yang sangat menarik. Selesai berucap, kami kembali bersembang dan berlegar-legar di dewan majlis.

Bersambung...

"Testing, testing, cobaan, cobaan, satu, dua, tiga, empat........... lima ribu, lima ribu satu, lima ribu dua....."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fan Club dan peminat-peminat saya..."
"Tanpa anda siapalah saya dalam industri ini..."
"Sebagai penghargaan, saya ingin menyanyikan sebuah lagu berjudul Sesumpah."
Tetamu istimewa - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tinggal di kejiranan Che' Ab turut hadir.
Pasangan pengantin di atas pelamin.
Pelamin juga cantik. Tetapi lighting kamera aku fail.
Keceriaan terserlah di wajah pengantin.


3 comments:

  1. Hahaha.... kat belakang rumah aku memang banyak lombong... kecik kecik main sampan

    ReplyDelete
  2. Next time kalau gambar aku tak ada lagi, aku dah tak nak baca lagi adi punya berkisah ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Nanti aku photoshop paste-kan ya, DKW?

      Delete