24 Ogos 2019 - Kami tak pernah tau akan wujudnya suatu tempat yang cantik dan menarik bak taman, di Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor, sehinggalah kami ke sini atas jemputan Pakcik Bardan yang mengahwinkan anaknya. Majlis resepsi perkahwinan telah diadakan di A-Park, satu kawasan peranginan resort yang agak terpencil dari hiruk-pikuk kota. Parit-paritnya dipenuhi air, dan kujangka dihuni haruan, keli dan puyu. Mungkin juga tempat bernaung sang anjing laut, penguin dan penyu belimbing.
|
Pemandangan kolam ikan yang cantik. |
|
Wanie membaca doa makan dan doa selamat sebelum menjamah makanan. |
|
Entah kenapa, mood Sabriena tak berapa baik hari tu. Makan pun dia tak nak. |
|
Wanie makan penuh berselera. |
|
Sabriena lebih minat melayan ikan-ikan di air. |
Kami memarkir kereta kira-kira 50 meter dari tempat majlis diadakan. Kemudian menanti buggy datang menjemput kami. Membawa kami ke lokasi majlis resepsi yang sebenarnya tidaklah sejauh mana pun. Ruang majlis sangat besar. Walaupun tetamu sangat ramai membanjiri ruang, namun masih ada banyak lagi tempat kosong yang boleh kami penuhkan. Kami memilih tempat di sebelah kolam ikan. Sambil makan, boleh melihat ikan yang berenang-renang di tepi tebing.
|
Sesudah makan. Masih berehat di tepi kolam. |
|
Macam sedang berkelah. |
|
Syahmie dah selesai makan. |
|
Nampak kepuasan pada wajah. |
Kami terus mendapatkan makanan. Menjamahnya. Emmmm... sangat enak. Dan sangat pelbagai juadahnya. Para tetamu yang lain juga kelihatannya sangat berpuas hati. Sambil makan sambil mendengar lagu yang dialunkan oleh pemuzik buskers yang menyanyikan lagu-lagu ever green seperti Green Hulk, My Sweet Green Tea, Green House in New Orlean, dan Green Lantern Heroes. Setelah selesai makan nasi, kami menjamah dessert dan manisan pula.
|
Ramai sungguh tetamu yang hadir. |
|
Mengambil gambar ikan-ikan di air. |
|
Ikan-ikan rohu mula menampakkan diri. |
|
Tetamu sedang beratur mendapatkan makanan. |
Untuk makluman semua, Pakcik Bardan dapat menantu orang Filipina. Tetamu dari Filipina pun nampaknya ada yang hadir pada majlis ini. Kami pastikan perut kami kenyang sebelum pergi berlegar-legar mengitari ruang majlis yang luas dan meriah itu.
Kami mengambil peluang memberi ikan makan ketika berada di sebelah kolam. Pada mulanya aku hanya terlihat ikan tilapia berenang-renang di permukaan air. Kemudian kuhulurkan cebisan kuih-muih yang disajikan buat tetamu. Lalu ternampaklah kelibat ikan-ikan rohu yang bersaiz agak gadang kelihatan sangat lapar. Aku berfikir sejenak. Apakah ada ikan-ikan jenis lain yang menghuni kolam indah ini? Yang lebih besar dan buas. Untuk memastikan kebenaran tekaanku itu, aku telah melemparkan pula cebisan daging ayam masak merah ke dalam kolam. Terlihat riak-riak kecil terbentuk di permukaan air. Kemudian bertukar menjadi buakan besar. Namun kelibat ikan besar masih tidak kelihatan. Aku terus melemparkan beberapa ketul daging ayam dan daging lembu masak rendang. Sejurus ianya mencecah air, ternampaklah beberapa ekor buaya tembaga melompat-lompat dan berebut-rebut untuk mendapatkan makanan yang dihulurkan. Wow! Ini memang sangat-sangat awesome!!!!
|
Bergambar dengan Pakcik Bardan dan Makcik Linda. |
|
Bergambar di atas jambatan pula. |
|
Masih di jambatan. |
|
Di gerbang masuk bersama isteriku. |
|
Sabriena bersembunyi di belakangku. |
Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan Pakcik Bardan dan Makcik Linda. Kemudian bergambar pula di sekitar kawasan taman yang cantik dan meriah. Sesudah itu barulah kami beredar dengan perasaan yang sangat teruja. Kalau ada saudara-mara atau teman-teman yang mengajak kami untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka di sini lagi, akan kubawa joran dan umpan bagi memancing ikan-ikan yang menghuni kolam dan parit di kawasan ini.
|
Poster pengantin yang diraikan. |
|
Rumah-rumah di A-Park. |
|
Hampir pulang. |
|
Kami di atas buggy. |
|
Menghala ke tempat parkir kereta. |
|
Inilah buggy yang kami naik. |
|
Makcik Mini dan cucunya. |
|
Masa ni kami sedang menikmati juadah. |
|
Syahmie dah selesai makan. |
|
Sabriena yang agak kebosanan. |
No comments:
Post a Comment