29 Mac 2019 - Dah lama rasanya kami tak ke panggung. Kebetulan pula pada masa tu tengah hangat dengan tayangan filem animasi Upin Ipin. Dan Sabriena pun ada menyebut-nyebut tentang filem tu berkali-kali. Jadi kami putuskan untuk pergi menontonnya di panggung, sementara anak-anak masih bercuti sekolah.
|
Sabriena di luar panggung. |
|
Tak sabar rasanya nak masuk ke dalam. |
|
Bergaya dengan gajah dululah. |
|
Dumbo - the flying elephant. |
Aku cari pangung wayang yang paling hampir dengan rumah. Ada sesetengah panggung tidak menayangkan filem itu pada lewat malam. Aku terus melayar internet. Akhirnya terjumpa sebuah panggung wayang yang terletak di Taman Melawati. Melawati Mall. Itulah first time kami nak ke sana. Sebuah bangunan shopping complex yang sangat besar. Dah macam gunung rupa dia. Masa kami sampai kat tempat parkir tu, nampak lengang aje. Maklumlah, dah dekat pukul 10 malam. Kedai-kedai semua dah tutup. Cuma panggung wayang dan pusat karaoke aje yang masih buka untuk menerima pengunjung.
|
Amier dan Wanie dah bersiap dengan makanan dan minuman. |
|
Masing-masing bawa jeket. Takut sejuk. |
|
Amier pula yang bergambar dengan gajah terbang. |
|
Gajah terbang kat background pun siap posing for the camera. |
Sebelum masuk ke dalam panggung, kami beli pop corn dan minuman dulu. Kalau tak ada pop corn, tak rasa macam tengok wayanglah pulak. Panggung yang kami masuk tu agak ramai jugak penontonnya, walaupun tak full house. Dan tak lama kami di situ, tayangan pun bermula.
|
Masing-masing dah bersiap nak masuk ke dalam panggung. |
|
Sabriena yang paling tak sabar sekali. |
|
Mama pun nak ambil gambar dengan gajah terbang jugak. |
|
Gajah ni jinak. Tak kejar orang. |
Animasi Upin dan Ipin, kisah Keris Siamang Tunggal sangat hebat pembuatannya. Aksi pantas. Muzik meriah. Banyak warna warninya. Dan jalan cerita pun menarik. Diterapkan pula dengan cerita-cerita rakyat Melayu lama. Semuanya diadunkan dengan baik. Semua yang menonton sangat terhibur dalam kekaguman. Dari yang sekecil-kecil bayi, sampailah kepada yang setua-tua warga. Bila keluar panggung, semua berasa sangat puas hati. Jalan pun terkengkang-kengkang, kerana bangga menonton filem animasi Malaysia yang sudah setanding dengan filem animasi antarabangsa. Dan terngiang-ngiang di telinga penonton lagu "Buai Laju-laju" nyanyian Ernie Zakri yang sangat merdu. Kami pulang ke rumah setelah lewat jam 12.00 malam.
|
Wanie pulak kena paksa bergambar dengan gajah. |
|
Aku dah penat. Kena duduk kejap. |
No comments:
Post a Comment