29 Jun 2019 - Biasanya majlis orang bernikah dibuat di masjid, di surau atau di rumah. Sesekali ada juga yang mengendalikannya di dewan-dewan atau ruang-ruang yang eksklusif dan berhias cantik. Lepas tu, majlis resepsinya pula dibuat di dewan besar, atau di laman rumah yang lapang, supaya ramai tetamu yang boleh hadir meraikan pengantin. Tapi dalam kes kali ini, majlis resepsinya dibuat di dalam hutan. Bertemankan badak sumbu, gajah, harimau, siamang dan tenuk. Barulah unik! Hehehe... Sebenarnya majlis yang kami pergi ni bukannya duduk kat tengah-tengah hutan belantara yang tebal. Cuma di pinggir hutan aje. Dalam kawasan jajahan FRIM di Kepong. Dan sudah tentulah majlis dibuat di dalam dewan jugak. Tak kanlah nak makan atas tanah berlapik daun ketapang. Hahaha... Intro mestilah gempaq.
|
Sabriena makan dengan sangat berselera sekali. |
|
Wanie pula makan dengan penuh konsentrasi. |
|
Kak Uda juga sedang asyik menikmati juadah. Wafi tengah main hand phone gamaknya. |
|
Minum air hilangkan dahaga dulu. |
|
Dah minum barulah tengok nasi pulak. |
|
Makan buah sebelum makan nasi. |
Kami datang ke jemputan perkahwinan ini berenam. Aku, isteriku, Wanie, Amier, Sabriena, Kak Uda dan Wafi. Bila sampai aje, kami terus makan. Duduk betul-betul kat sebelah pintu masuk utama. Macam jaga. Siap pegang tombak lagi. Tapi selepas makan, kami tak terus balik. Pasal lepas tu menyusul pula saudara-mara yang lain. Jadi kami luangkan masa lebih lama dan bersembang-bual dengan mereka. Maklumlah, jarang-jarang jumpa. Eh! Lupa pulak nak bagi tau. Majlis ni merupakan majlis perkahwinan dua orang anak Abang Saudin dan Kak Fidah. Kira majlis meraikan dua orang cucu saudara Abang Zai. Abang Zai tu pulak ialah abang biras aku. Fuh! Mesti berbelit otak korang nak fahamkan susur-galur pertalian di antara kami dan pengantin kan? Diringkaskan cerita, orang jemput, kami hadir ajelah.
|
Kak Uda nak menyuapkan cucunya. |
|
Okay. Semua orang dah habis makan. |
|
Abang Karim siap bagi 10 bintang untuk masakan pada tengah hari itu. |
|
"Orang pun tumbuk buah durian tu sampai terkupas kulit dia", cerita Kak Uda serius. |
|
Kak Long menceritakan pengalamannya ketika di zaman Portugis dulu. |
|
Cerita apakah yang menyebabkan kedua-duanya bagai terpaku? |
|
Azi dan new born baby-nya. |
|
Ardi dan Zila sedang makan nasi. |
|
Begitu juga dengan Fatih dan Zarith. |
|
Zarith makan yang paling bersemangat sekali. |
|
Boleh tak kalau pakai kedua-dua belah tangan? |
|
Masih mengunyah nasi. |
|
Dan terus memuat naik makanan ke dalam perut, |
|
Faridz pakai cermin mata hitam bukan untuk bergaya. |
|
Tetapi sebab terkena jangkitan penyakit mata, |
|
Ardi dan Zarith. |
|
Masih ada sedikit makanan lagi di dalam pinggan Abang Zai. |
|
Kejap lagi baru nak makan. |
Lama jugak kami hang out kat situ. Nasib baiklah meja dan kerusi masih banyak. Jadi tak menjadi masalahlah kalau kami duduk melepak lama-lama. Kalau nak ikutkan hati, kami nak stay overnight sampai seminggu, Tapi akhirnya kami sekadar berada di dewan majlis tiga hari dua malam aje. Kalau tak kerana kami kena menghadiri majlis jemputan yang lain, pada petang tu, sudah pastilah kami akan membuat rumah setinggan kat dalam dewan tu untuk kami menetap beramai-ramai.
Kepada kedua pasang pengantin, kami mengucapkan tahniah. Selamat pengantin baru. Kepada ayah dan ibu pengantin, kami mengucapkan selamat menerima menantu. Semoga segalanya berjalan baik. Penuh barokah dan rahmah dari Allah. Dan terima kasih kerana telah menjemput kami untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis ini. Tahniah sekali lagi!
|
Siapakah gerangannya yang menyorok di balik tangan sendiri? |
|
Bergaya dengan cermin mata merah. |
|
Dah sudah makan, hati pun senang. |
|
Ika dan Adam. |
|
Thaqif rnasih memikirkan masalah dunia pada hari ini. |
|
Dan sesekali bersedih mengenangkan nasib rakyat Palestin di bumi sendiri. |
|
Shahira sedang beratur untuk mengambil makanan. |
|
Kak Long baru nak mula makan. |
|
Selera terganggu dengan apa yang sedang berlaku di depan mata. |
|
Adik-beradik pengantin. |
|
Ayah pengantin. |
|
Berpakaian segak menyambut semua tetamu yang hadir. |
|
Ayah dan ibu pengantin. |
|
Sebahagian daripada keluarga pengantin. |
|
Tiba-tiba terjumpa teman main tenis - Abang Ibrahim. |
No comments:
Post a Comment