Setelah puas berlari-lari, acara yang selanjutnya adalah untuk pelajar putera yang perkasa. Bak Badang. Bak Hercules. Ini adalah acara yang kami semua nanti-nantikan. Ini jugalah acaranya yang Amier sertai. Amier merupakan satu-satunya pelajar tingkatan satu yang terlibat dalam sukan ini kerana tubuhnya yang agak besar. Amier mewakili Rumah Biru. Masa peringkat saringan, Amier telah dipilih oleh kapten untuk turut beradu. Tetapi pada pusingan final, kapten telah memilih peserta yang lebih senior dan berpengalaman. Amier terpaksa duduk di bangku reserve sahaja. Tak apalah. Mungkin tahun depan boleh beradu kekuatan lagi. Lawan Rumah Biru adalah Rumah Hijau. Rumah The Incredible Hulk!
Pasukan Rumah Biru sedang menyiapkan diri masing-masing. |
Menanti arahan dari pengadil. |
Tali masih belum boleh diangkat. |
Tali pun diangkat. Bersedia untuk ditarik. |
Masing-masing sudah bersedia. |
Satu pasukan ada sepuluh penarik tali yang gagah perkasa. Aku duduk di sebelah Team Rumah Biru. Sejurus hon dibunyikan, para penarik tali pun menariklah tali kapal sebesar batang kelapa dengan sekuat hati. Tug of war ini berlangsung dalam tempoh yang sangat lama. Keringat jantan bercucuran dari tubuh-tubuh sasa. Membasahi padang rumput hingga menjadi sawah bendang yang sarat menampung air. Tali beranjak seinci demi seinci. Dan akhirnya memihak ke pasukan Rumah Hijau. Pusingan pertama, Rumah Hijaulah yang telah merangkul kemenangan. Ada satu pusingan lagi. Pasukan Rumah Biru masih ada lagi harapan. Tetapi kali ini mereka perlu lebih gigih berusaha, bertahan dan menarik secara strategik. Kalau mahu menang.
Masing-masing sudah mula menarik tali. |
Badan menyendeng, menambah beban buat pasukan lawan. |
"Bertahan!!!" |
Argh! Bagai tak mampu memberikan tentangan. |
Guru pasukan Rumah Biru memberikan dorongan dan semangat. |
Anchor sudah tergolek kecundang. |
Bangkit kembali dan terus bertarung. |
Hampir tewas. |
Kali ini aku duduk di sebelah pasukan Rumah Hijau. Mereka kelihatan lebih konfiden. Sebelah kaki sudah melangkah ke gerbang kemenangan. Hanya lagi selangkah untuk memuktamadkan kemenangan itu. Pasukan Rumah Biru pula masih belum mahu mengalah. Kapten pasukan menyusun kembali ahlinya. Kuda-kuda dipasang kemas. Jejak ditancap padu ke bumi. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Hon dibunyikan lagi. Pengendali pasukan masing-masing berteriak keras. "Tarikkk!! Tahannnn!! Tarrriiikkk!!! Tahhhaaannn!!!" Terserlah keperkasaan pasukan Rumah Hijau. Sedikit demi sedikit mereka menarik pasukan lawan hingga melepasi garisan kemenangan. Dan hon dibunyikan lagi tanda pertandingan telah pun tamat. Dan pasukan Rumah Hijau kini sah bergelar juara pertandingan tarik tali pada tahun ini.
Bersambung...
Pasukan Rumah Hijau berdiri penuh yakin. |
Tali diangkat secara cermat. |
Dan tali pun ditarik beramai-ramai. |
Bergerak ke belakang sedikit demi sedikit. |
Semakin hampir mengecapi kemenangan. |
Tubuh semakin direndahkan. |
Usaha berpasukan. |
Lagi satu milimeter untuk menang. |
Ah! Liat pulak pasukan Rumah Biru ni! |
Satu lagi henjutan sebelum mengecapi kejuaraan. |