m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 28, 2019

Bila badak mengahwinkan anak

6 April 2019 - Kawan-kawan sekolah menengahku, MRSM Pengkalan Chepa, yang kami gelar WATTOP, seorang demi seorang mengahwinkan anak. Malah ada yang dah dapat cucu beberapa orang. Kali ini kami menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak kepada seorang kawan sekolahku - Haji Fauzi Ismail, atau kami di sekolah memanggilnya 'Poji Badak'. Kenapa Badak? Aku pun tak tau. Teman-teman satu dorm saja yang barangkali tahu sejarahnya. Tapi kalau ikut teori dan intepretasi aku, mungkin sebabnya begini:

Fauzi ni kalau main bola selalu duduk pada posisi full back, defender. Kalau pihak lawan datang menyerang, Fauzi tanpa berasa gentar akan terus 'charge' ke arah pemain itu dan menyepak bola sekuat hati seperti Roberto Carlos (legenda pemain bola sepak Brazil). Bola tu disepak sebegitu kuat sehingga pergi jauh sampai ke padang sekolah Vokasional - jiran kami. Ikut pemerhatian aku, cara Fauzi 'charge' tu macam ala-ala badak sumbu sikit. Mungkin itulah sebabnya kot? Hehehe...

Bunting perkahwinan Firdaus dan Najwa di muka pintu dewan majlis.
Tiba-tiba Fauzi mencapai mikrofon untuk menyanyikan sebuah lagu balada.
Tak jadi nyanyi lagu balada. Nyanyi lagu jogetlah.
Lagu joget pun tak jadi. Buat stand up comedy lah.
Sampai-sampai aje kami kat dewan majlis, kami terus mengambil makanan dan memakannya dengan hati yang sangat gumbira. Masa tu orang tak ramai sangat. Jadi kami bolehlah duduk bersantai-santai di meja makan. Juadah yang disediakan jugak sangat pelbagai. Selain nasi minyak, ada juga laksanya, cendol, kuih-muih, jajan untuk anak-anak, lamb chop, steak wagyu, dolphin masak tiga rasa, blue whale bersalut tepung, dan macam-macam lagi makanan delicacy yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran yang waras.

Tak lama setelah kami di meja makan, pengacara majlis menjemput bapa pengantin, Fauzi untuk memberikan ucapan buat hadirin dan hadirat yang sudi datang ke majlis itu. Aku tak ingat sangat apa yang diucapkan, tapi yang sempat aku catit adalah seperti berikut:

"Saya sebagai tuan rumah turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat saya, terutamanya dari Fan Club saya, The Fauziannerz, kerana telah memberi support yang mendalam sepanjang career saya ini. Tanpa anda, siapalah saya... Fauziannerz, this trophy is for you!!!" Macam tulah lebih kurang ucapannya.

Isteriku dan Sabriena menghabiskan makanan di pinggan.
Wanie melayan kuih traditional.
Meja ini telah di-booking oleh geng WATTOP.
Jeli Hashim dan Elias bersembang pasal business import export.
Jeli Hashim, Elias dan Rosli Bachok - tiga lelaki yang masih hensem pada era ini.
Nik Husaini sedang melayan tapai dari rumah panjang di pedalaman Sarawak.
Mahzan, Mat Zain, Chud dan Madi - orang-orang hebat dalam kelompok WATTOP.
Mahzan terlalu lapar. Dia tak kisah pasal bergambar buat masa ni.
Che Ab terpaksa meminta diri dulu pasal nak pergi mesyuarat di Parlimen sebentar lagi.
Tetiba Zaidi Kapok berasa bersalah dan memohon maaf kepada Madi.
Zaidi Kapok dengan wajah sayu turut memohon maaf dari Chud.
Seterusnya memohon maaf dari Mahzan juga.
Che Ab bersama Chaan dan Hadi.
Para hadirin dan hadirat telah dihiburkan dengan selingan, lagu-lagu nasyid dan selawat yang telah disampaikan oleh kumpulan marhaban/berzanji dari surau taman berkenaan. Ahli kumpulannya terdiri dari orang-rang lama kebanyakannya. Namun taranum dan lentok suara dan alunan muzik mereka masih mantap dan sangat hebt. Para hadirin berasa terpesona.

Kumpulan marhaban dan berzanji.
Kebanyakan ahli kumpulan ini terdiri dari warga yang telah berusia. 
Alunan suara mereka tetap hebat.
Petikan gambus juga mempesonakan. 
Peralatan genderang dipalu dengan berharmoni.
Pelamin pengantin.
Pengantin dua sejoli.
Tetamu kehormat di meja makan beradab.
Aku sempat berlegar-legar mencari teman-teman sekolah yang dah lama tak bersua. Walaupun tak bersembang lama, namun ada jugak kami bertegur sapa, menanya khabar, bercerita tentang kisah-kisah lama, dari zaman dinosaur sehinggalah ke alaf baru ini. Kemudian kami bergambar kenangan bersama-sama. 

Kepada Haji Fauzi Ismail dan isteri, kami mengucapkan banyak terima kasih kerana telah mengundang kami. Dan setinggi tahniah kerana telah menerima orang baru dalam keluarga besar kalian. Semoga dengan ikatan perkahwinan anak dan menantu ini akan membanyakkan lagi zuriat dari keturunan orang-orang yang soleh dan beriman, yang akan sentiasa menaburkan bakti di atas muka bumi Allah ini.

Sabriena peluk Papa.
Aku dan Zambri jealous aje tengok kepala Rosli Bachok masih banyak rambut.
Bersama Din Sakun dan Madi. Madi ialah batch kami yang paling tinggi. Kalau berjalan di corridor, kaki jejak lantai, kepala cecah siling.
Bersama Tok Seh Zakimi.
Dengan Mahzan, Mat Zain dan Chud.
Masih dengan Mat Zain dan Chud.
Bersama Chaan dan Hadi Kechik. Ada yang panggil Hadi Kechik pasal tak nak confuse dengan nama aku.
Sabriena happy aje kat dewan tu.
Laksa utara menanti untuk dimakan.
Cendol juga mengharapkan ada yang sudi mengambilnya. 
Kami bergambar dengan bapa pengantin.
Sebelum pulang, sempat bergambar di muka pintu.


Tuesday, June 25, 2019

Bila sang monyet datang bertandang

25 Mei 2019 - Okay! Kita beralih sebentar dari kisah Syawal, walaupun Syawal masih berbaki seminggu. Ini kisah masa bulan puasa baru lalu. Sedang kami anak-beranak duduk belepak-lepak di dalam bilik sambil bersembang dan menonton tv, tiba-tiba terdengar bunyi hiruk-pikuk di luar jendela. Isteri aku bagai telah tahu angkara siapakah itu. Lantas menyuruhku menyelak kain langsir di jendela. Dan bagai telah dijangka, terlihat oleh kami kelibat seekor monyet Afrika dari dataran Safari sedang berlegar-legar dengan penuh menumpu dan minat di luar kamar kami.

Bagaikan marah atau teruja dengan refleksi bayang-bayangannya sendiri di kaca jendela, monyet itu bersikap sangat agresif menghentak-hentak kaca jendela berkali-kali. Nasib baiklah kaca jendela kami itu dari jenis "bullet proof" (kononnya lah). Tak puas dengan itu, monyet tadi siap bergayut pada wayar kabel pendingin hawa yang berada di luar. Wayar elektrik itu siap ditarik-tarik. Bergayut lagi di situ. Dan yang paling mengerikan, monyet itu siap menggigit-gigit lagi wayar itu. Berkali-kali juga aku menasihati sang monyet untuk tidak menggigit wayar itu. Khuatir monyet itu akan terkena karan yang boleh mengundang maut kepada dirinya sendiri.

Setelah puas aku memujuk dan merayu, barulah monyet itu beredar, dan bergayut pada dahan-dahan pohon berdekatan. Aku berasa hairan kenapa monyet itu sungguh-sungguh mahu menngganyang wayar air-cond bilikku. Lalu aku mengambil keputusan untuk mencuba menggigit wayar itu agar aku dapat mengalami sendiri apa yang dialami oleh monyet tadi. Tatkala aku menggigit wayar elektrik itu dengan gigitan yang pertama, terasa olehku sedikit renjatan elektrik di lidah dan gusiku. Renjatan yang kuat ini kemudiannya bertukar menjadi suatu perasa yang sangat istimewa - perasa pisang dari benua Tropikana. Oooohhh... patutlah monyet tu suka! Rupanya wayar elektrik tu ada perasa pisang yang sangat sedap!!!

Mengikut kata isteriku, monyet yang sama ini memang selalu berkunjung ke jendela bilik kami, dan melakukan aksi yang sama sejak dulu lagi. Cuma inilah kali pertama aku dapat menyaksikannya sendiri dengan mata kepala aku. Sungguh mengujakan!

Sang monyet hadir dan sedang mengganyang wayar elektrik.
Berlegar-legar di atas kompresor air-cond.
Berpaut pada wayar.
Bermain dengan wayar elektrik lagi.
Apalah sedap sangat wayar tu sampai digigitnya berulang kali?
Buat apa lagi tu?
Merenung ke kaca jendela. Memerhatikan wajah sendiri.
Reaksi yang mengerikan. Mungkin marah pada diri sendiri.


1 Syawal 2019: Memohon dan memberi kemaafan

Bahagian 3

Adegan bersalaman dan bermaafan ini biasanya memang akan mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi bila anggota keluarga bertambah banyak. Tahun ini kami tak tergesa-gesa untuk ke mana-mana. Tidak ke Istana Negara. Tidak ke kediaman Perdana Menteri. Cuma beraya di rumah sepupu kami di Kampung Baru sebelum berkumpul di rumah Kak Long isteriku. 

Koleksi gambar adalah seperti berikut. Saksikanlah.

Bersambung...

Bersalaman dan bemaafan suami isteri.
Cium tangan.
Cium tangan lama sikit pasal tangan aku ada bau rendang ayam yang enak.
"Abang pun minta maaf di atas segala kesalahan dan kekurangan."
Posing berdua.
Bersalaman dengan adik tunggalku.
Sama-sama memohon maaf.
Big hug sikit.
Cium sayang abang untuk adik.
Selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Kami tinggal berdua beradik.
Jarak umur kami cuma kira-kira setahun saja.
Berpelukan isteri dan adikku.
Adik ipar dan kakak ipar.
Selamat hari lebaran.
Farid bersalaman dengan ku.
Peluk anak saudara sulungku.
Aku dan Farid.
Farid dan Pamannya.
Farid menghadap isteriku.
Salam kemaafan dihulurkan.
Farid dengan makciknya.
Farid dan adikku.
Farid dan Cik Lis.