m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 28, 2018

Neuformation di Avillion PD: Jerangkap samar, air dan sawang lelabah

Bahagian 3

Kini kami berada di lapangan Tough Nation Team Building. Setiap team diiringi oleh seorang Marshall yang akan mencatat masa setiap aktiviti disempurnakan oleh peserta Team Building. Tugasan pertama ialah merentasi padang luas yang dipenuhi dengan jerangkap samar. Kalau setakat jalan hati-hati aje taklah menjadi masalah sangat. Tetapi yang membuatkan tugasan ini sangat mencabar ialah mata setiap peserta perlu ditutup. Dan arahan perlu diberikan oleh rakan-rakan disekeliling. Ada beberapa peserta yang terpaksa mengulangi tugasan ini beberapa kali kerana sering saja terpijak jerangkap samar yang sangat berbahaya itu. Bila tiba giliran aku, aku terpaksa menggunakan muslihat yang telah kupelajari sekian lama dari generasi ke generasi. Aku bukak lubang kecil pada penutup mataku. Maka nampak jugaklah aku akan jalan yang perlu aku lalui, walaupun tidak begitu jelas. Aku berjaya mengharungi laluan mencabar ini dengan sangat-sangat mudah.

Tron dan isteri melalui halangan pertama - padang jerangkap samar.
Mata perlu ditutup rapi.
Penglihatan jadi gelap.
Kalau terpijak jerangkap samar, tugasan perlu diulangi semula.
Kali ketiga mencuba, barulah berjaya.
Berjaya melepasi halangan berbahaya ini.
Satu lagi tugasan yang jugak tak kurang dahsyatnya ialah mengisikan air sehingga penuh ke dalam silinder yang mempunyai banyak lubang. Susah aku nak explain secara tepat. Tetapi matlamatnya ialah untuk mengeluarkan dua biji bola ping pong yang ada di dalam silinder itu tanpa menggunakan tangan. Tugasan ini boleh dikatakan agak memenatkan jugaklah. Dan kalau salah strategi, boleh mengambil masa sehingga kira-kira lima hari untuk disempurnakan.

Berebut-rebut air di pili bomba.
Bekerjasama menutup lubang-lubang pada silinder.
Anakku Amier sangat teruja dengan permainan ini.
Semua peserta basah baju masing-masing.
Tugasan sudah hampir selesai.
Seluar Amier habis lencun.
Team Warriors sedang mencuba nasib di padang jerangkap samar.
Ramai yang telah terkorban dalam acara ini.
Giliran Amier pulak untuk mencuba.
Amier terperangkap di tengah-tengah medan berbahaya ini.
Perlu mengulangi halangan ini.
Amier memberikan fokus yang tinggi sebelum berjaya melepasi halangan ini.
Ketua Team Warriors - Ar Firdaus dengan mudah melepasi halangan ini.
Aktiviti nak mengikat lembu korban di tiang ini.
Satu lagi tugasan yang menusuk kalbu adalah acara melepasi sawang labah-labah tanpa menyentuh sawang itu. Kenapa tak boleh sentuh sawang itu? Sebab kalau tersentuh sawang, nanti akan melekat. Dan kalau dah melekat, nanti tak boleh escape. Kalau tak boleh escape, nanti akan menjadi habuan labah-labah tarantula gergasi yang akan menyengat sehingga pengsan peserta itu, lalu akan dijadikan juadah makan malam bagi tarantula itu. Eeeeeeeeeiii...... This is indeed very-very-very scary!

Bersambung...

Sarang tarantula gergasi.
Siapa yang gagal akan menjadi habuan tarantula gergasi.


No comments:

Post a Comment