Bahagian 2
Setelah berehat seketika di kamar hotel
Avillion Admiral Cove, kami bergegas ke laman Team Building yang terletak di bahagian hadapan hotel. Kalau tak silap aku tempat tu dipanggil Tough Nation. Maksudnya warganegara yang kental. Jadi, kami datang ke sini untuk menjalani satu latihan dan misi mengentalkan diri masing-masing. Nanti kalau kena sembur dengan Client ke, atau kena sembur dengan Project Management Consultant ke, jiwa tetap kental dan tak mudah layu. Itulah matlamatnya.
|
Brader ni memberikan kata alu-aluan dan briefing pasal game team building ni. |
|
Semua mendengar dengan tekun. |
|
Team aku diketuai oleh Afiq. |
Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan ada lebih kurang sembilan orang. Campur besar kecil, tua muda, lelaki perempuan, gemuk kurus, bujang berkahwin. Aku satu group dengan anak sulung aku, Syahmie. Satu group jugak dengan Afiq, Muhaimin, Tron dan Wenq. Anak aku yang lagi sorang, Amier duduk dengan group lain. Nama group kami sangat panjang - "You Never Walk Alone". Afiq yang bagi nama. Sempena sokongan padu kepada team bola sepak EPL Liverpool. Group satu lagi namanya "All Black". Macam nama team ragbi New Zealand. Dan yang ketiga diberi nama "Warriors". Tapi tak dapat dipastikan sama ada Red Warriors atau Green Warriors atau Pink Warriors.
|
Team All Black sedang memikirkan presentation untuk memperkenalkan team. |
|
Team kami pulak sedang berbincang. |
|
Wenq menutup telinga kerana terlalu confuse mendengarkan idea yang terlalu banyak dihamburkan. |
|
Team Warriors pulak membuat perundingan. |
|
Berkumpul kembali. |
|
Brader membuat ucapan lagi. Kali ni mengenai subsidi baja pulak. |
Lepas setiap kumpulan dah ada nama, kena pulak buat introduction untuk memperkenalkan identiti kumpulan masing-masing. Bermula dengan team All Black. Presentation team All Black sebijik macam team ragbi New Zealand tu. Dipimpin oleh Salam, mereka mengetengahkan aksi war dance haka yang sangat menggerunkan pihak lawan. Aku sendiri menengoknya pun hampir nak terkucil dibuatnya. Hampir-hampir aku nak tarik diri dari game team building ni pasal gerun dengan corak penampilan team All Black. Kemudian team kami pulak yang tampil ke depan. Team kami punya presentation paling sempoi, paling manja, paling mesra alam, paling jiwang, paling softy. Tag line dia: "Hip Hip...... Horey" sambil tunjuk isyarat peace. Tu aje. Dan yang terakhir sekali ialah team Warriors. Aku menjangkakan satu presentation ala-ala kepahlawanan seperti - "Cissss! Bedebah kau!!!" atau "Yaaaaarghhhh!!!! Serrrraaaannnnggggg!!!!!!" Tapi yang keluar macam ni rupanya: "Wow wow wow wow... WOW Shop!" Hahahaha... Bukan WOW Shop daaaa. Tapi "Wow wow wow wow... Wow-riors!" Okay-lah tu. Kira menyeramkanlah jugak macam movie Chucky!
|
Berlatih untuk aksi Haka war dance. |
|
Salam sedang memimpin tarian Haka war dance. |
|
Presentation team kami - "Hip hip..... horreyyy..." |
|
Team Warriors pulak buat presentation. |
|
Dipimpin oleh Ar Firdaus (paling kiri). |
|
Kena sign attendance sheet. |
|
Tiga orang kuat team You Never Walk Alone - Afiq, Muhaimin dan Tron. |
|
Team All Black. |
|
Brader nak ajak jalan-jalan kat padang pulak. |
Kami diberi taklimat oleh pengendali Team Building ni. Lepas taklimat barulah kami ke padang sukan untuk beradu kekuatan, beradu kecekapan dan beradu mental. Ada lima jenis game yang perlu dilalui oleh setiap team. Semua memerlukan team work yang padu dan bersekutu. Namanya pun Team Building. Bukannya Individual Building. Dan latihan ini memang sangat sesuai untuk kami yang bekerja dalam industri Building. "Team Building" - "Building". Got it? Ha ha.
Bersambung...
|
Berarak beramai-ramai menuju padang juang. |
|
Team Warriors kena main air dulu. |
|
Brader kata, "Korang bau busuk. Pergi mandi dulu." |
|
Shamyl dah tak sabar-sabar nak main air. |
|
Tetiba hotel tak ada air. Kena beratur kat pili bomba untuik dapatkan air. |
No comments:
Post a Comment