10 Julai 2016 - Sebentar tadi kat tv dah pun announce tarikh hari raya, which is besok! Tapi kisah raya tahun lepas aku tak settle-settle lagi. Tumpang kisah raya tahun lepas sikit ya. Bagi settle kali ni.
Ada satu hari tu, kat rumah aku buat makan-makan sikit sempena hari raya. Yang hadir pada hari tu cuma saudara-mara aje. Macam biasa, kalau yang jadi early birds sudah pastilah keluarga kakak sepupuku - Kak Ana. Ramai rombongan Kak Ana termasuk anak menantu dan cucu-cucu. Lama jugak Kak Ana anak-beranak bertandang ke rumah kami. Kak Ana memang sangat rapat dengan mak aku. Macam-macamlah mereka bersembang, sebab jarang-jarang bertemu.
|
Kak Ana bersama ibuku. |
|
Sebahagian ahli keluarga Kak Ana - anak, menantu dan cucu. |
|
Ibuku bersama cucu saudaranya. |
|
Syafiq pun ada. |
|
Menikmati soto istimewa resipi ibuku. |
|
Isteriku bersama Kak Ana. |
|
Biras a.k.a. menantu-menantu Kak Ana. |
Turut hadir termasuklah adik kepada Kak Ana - Abang Wira, bersama isterinya dan seorang teman mereka dari Indonesia. Selain itu, turut hadir adalah Makcik Mini, serta anaknya Hisham yang jugak merupakan sepupuku. Makcik mini ialah adik kepada mak aku dan jugak sangat rapat mereka berdua ni. Hisham turut membawa kesemua ahli keluarganya.
|
Abang Wira sedang menikmati brownies. |
|
Yana bergambar dengan ibu saudaranya. |
|
Tak puas bergambar. Nak bergambar lagi. |
|
Masih tak puas bergambar. Apa kata satu shot lagi sebelum Makcik Ana balik. |
|
Oops! Jangan balik dulu. Yana masih nak bergambar satu round lagi. |
|
Abang Wira bersama isteri dan teman mereka dari Indonesia. Isteri aku pun ada bergambar sama. |
|
Satu lagi shot yang sama. |
|
Makcik Mini sedang menikmati char kuetiaw. |
|
Sepupuku Hisham dan isteri. |
|
Pakcik Rizali bersama kakaknya - a.k.a. ibuku. |
|
Anak-anak Hisham. |
|
Sama style mak dan anak. |
|
Dua orang sepupuku - Hisham dan Wati. |
|
Hisham nak pekena soto. |
|
Sedang menikmati juadah yang hebat. |
|
Sepupuku, Pa bersama anak dan isteri. |
|
Adik dan kakak dengan urusan masing-masing. |
|
Hisham dengan anak sulungnya. |
Turut hadir sama adalah Pakcik Rizali serta anaknya, Pa yang membawa isteri dan anaknya. Yang paling last datang adalah dua orang anak Abang Wira, kira pangkat anak saudara akulah. Majlis makan-makan a.k.a. open house tu kira sangat simple pasal tak ramai yang datang. Jadi mak aku sempatlah nak entertain setiap tetamu yang hadir tanpa berasa kelam kabut.
Oh, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada setiap ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai taulan, dan umumnya kepada seluruh warga dunia yang Muslim". Wassalam.
|
Pakcik Rizali dengan ibuku. |
|
Isteriku bersama Wati. |
|
Sedang berbual dengan Hani. |
|
Makcik mini sedang mengeluarkan angpau. |
|
Pa dan baby. |
|
Yusuf - anak Abang Wira. |
|
Anak perempuan Abang Wira sedang menikmati juadah. |
|
Sedapnya soto ni. |
|
Sedang bergurau senda. |
|
Sabriena sedang menolak kerusi roda neneknya |
|
Adik beradik yang sangat pintar. |
No comments:
Post a Comment