m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 28, 2017

12 Syawal 2016: Rumah terbuka di rumah lagi

Bahagian 1

17 Julai 2016 - Salam semua. Oleh kerana sekarang musim raya, maka aku nak cerita pasal rayalah. Tapi korang jangan terkeliru pulak. Ini bukan kisah raya tahun ni. Ini kisah raya tahun lalu. Tahun 2016. Tapi raya tahun apa-apa pun lebih kurang sama aje kan? Kali ni kisah beraya di rumah kami di Ampang.

Kami ada buat makan-makan sikit. Ala-ala open house-lah jugak. Tapi skala yang lebih kecil. Sesudah bertungkus lumus mengemas rumah dan menyiapkan juadah, kami pun tunggulah kat depan pintu pagar. Menanti untuk menyambut tetamu yang bakal hadir memeriahkan Syawal kami. Tunggu punya tunggu, lalu datanglah tetamu yang dinanti. Keluarga anak saudara kami, Huda-Hafez, Hairi-Nadia, dan Zuan-Sri antara yang terawal tiba. Tanpa membuang banyak masa. Mereka kami jemput ke ruang makan untuk makan. Dan minum. Dan makan lagi. Dan minum lagi. Makan lagi. Minum lagi. Makan. Minum. (Berapa kali makan minum daaaaaa.....).

Hani sedang menikmati sate buah yang dicelup dengan cokelat.
Huda pun nampak gayanya tertarik dengan sate chocolate fountain.
Zuan dan Hafez yang sangat ekspresif ketika menikmati juadah.
Menikmati sate landak raya yang diperolehi khas dari perhutanan Bentong.
Husna dipangku oleh neneknya.
Huda dan Hani.
Tahun ni kami keluarkan peralatan chocolate fountain. Ini adalah satu hidangan yang menjadi kegilaan remaja dan kanak-kanak seluruh dunia - celup buah-buahan dalam cokelat cair. Bila masuk ke dalam mulut, ia bagaikan memakan cokelat berperisa buah-buahan segar dari serata pelusuk benua antarabangsa. Itulah yang sebenarnya mengancam jiwa kerana keesedapan dan keenakannya yang sangat luar biasa.

Qalif sangat-sangat tertarik dengan chocolate fountain ini kerana kecantikan rupanya.
Pasangan Zuan dan Sri.
Qalif sedang menikmati juadah pilihannya.
Husna jugak sedang makan sesuatu.
Haikal dengan satu pos istimewa.
Amier dengan sate ayam belanda yang diimport khas dari Holland-Netherland.
Satu agenda istimewa yang kami adakan pada open house kali ini adalah sessi menjawab kertas soalan SPM tahun 2016 bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Terkial-kial jugak para tetamu nak menjawabnya. Pasal soalan ni punyalah susah tahap University Oxford. Keh keh keh. Sebenarnya kertas soalan kaji selidiklah. Wanie punya untuk tugasan sekolahnya. 

Hafez sedang menjawab kertas soalan Biologi tahap PhD University Harvard.
Hairi pulak menjawab kertas soalan Kimia dan Fizik tahap UPSR.
Amanda dengan pakciknya, Emi.
Tiga beranak - Nadia, Azira dan Kak Enon.
Pasangan Hairi dan Nadia serta Amanda Natrah.
Semasa orang-orang tua bersembang pasal hal-hal serius seperti cerita sawah padi, kelapa sawit, politik benua Amerika Selatan, cukai pendapatan, dan lain-lain lagi, anak-anak kecil sibuk bermain, berlari-lari di ruang tamu, ruang makan, ruang tidur, dan segala ruang yang wujud kat rumah kami. Riuh-rendah jugak rumah kami dibuatnya. Tapi sangat meriah. Sangat happening! Dan para tetamu meneruskanlah aktiviti mengikut kehendak masing-masing.

Bersambung...

Anak-anak bermain kejar-kejar di ruang rumah.
Huda mendapat duit raya dari Mak Usu.
Hafez pun dapat duit raya jugak.
Masing-masing menunjukkan duit raya masing-masing.
Qalif sangat gembira bila mendapati duit raya yang diperolehi bernilai RM 100.50
Hani turut dapat duit raya dari Granny Su.
Nadia pun dapat duit raya jugak.
Seronok memberi dan menerima.
Adrian menerima duit raya dari Granny Su.
Zuan memohon keampunan terhadap segala salah silap yang pernah dilakukan sejak zaman dinosaur hinggalah sekarang.
Zuan dan Sri dengan duit raya masing-masing.
Hana nak dua angpau duit raya.
Haikal memperagakan duit rayanya.
Emi mendapat duit raya dari Mak Usu.
Azira bersalaman dan bermaafan dengan Mak Usu.
Ardy menikmati juadah dengan sangat konsentrasi.
Char kuetiau di mangkuk perlu segera dihabiskan sebelum dikebas orang.
Faiisal dan Emi - dua orang sepupu dan bujangan ohsem.

No comments:

Post a Comment