24 Julai 2016 - Kali ni kami beraya di rumah anak saudara kami - Zuan dan Sri. (Ini cerita tahun lepas, ya?) Kalau kat rumah Zuan-Sri ni menu utamanya mestilah aneka rasa juadah Terengganu. Dan biasanya kami akan makan bertambah-tambah pasal keenakannya yang luar biasa. Macam selalu, bila sampai aje kat rumah, kami terus menerpa ke arah makanan yang telah terhidang cantik di atas meja. Bermula dengan nasi dagang. Lepas tu ketupat daun palas. Lepas tu samosa. Lepas tu macam-macam lagilah. Aku pun dah tak ingat. Maklumlah, cerita tahun lepas.
|
Dua beradik mengenang nasib - tak tau nak pilih makanan apa untuk dimakan. |
|
Sambil makan, sambil bergambar. |
|
Kak Uda, Kak Enon dan Baby Husna. |
|
Tuan rumah, Sri sedang memastikan makanan mencukupi untuk para tetamu. |
|
Syafiq dan Hairi duduk di lift lobby. |
|
Syafiq, Hairi dan Emi di lobi lif. |
|
Bergambar dengan juadah. |
|
Antara menu yang dihidangkan. |
|
Nampak gayanya masih banyak lagi makanan dalam mangkuk. |
|
Bersama Kak Enon. |
|
Kak Enon, Kak Uda dan Nadia. |
|
Wanie sedang berbincang masalah bolasepak negara. Siapakah penjaga gol yang paling hebat di alaf ini. |
|
Semua dah sudah makan. Duduk-duduk aje. |
|
Duduk-duduk sambil makan lagi. |
|
Di televisyen siaran Muppet Show Raya. |
|
Amier - super close up. |
Aku memang tak ingat apa yang berlaku kat rumah Zuan-Sri. Yang aku ingat hanyalah, aku makan memang banyak. Tukar-tukar menu. Semua aku rasa. Bila dah bosan duduk lama-lama kat situ, aku ambillah gambar orang-orang di sekeliling. Lepas tu makan lagi. Ambil gambar lagi. Makan lagi. Senang cerita, nengok ajelah gambar-gambar ni.
"Kami, keluarga Adisarah, mengucapkan, selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Yeeeeaaaayyy!!!!!"
|
Wefie dengan Baby Husna. |
|
Baby Husna selesa dengan Granny Su. |
|
Wanie akan happy kalau dah cukup makan. |
|
Amier melayan anak-anak buahnya. |
|
Tiba-tiba Sabriena nak posing pulak. |
|
Dan tiba-tiba pulak, Zuan bersemangat 1 Malaysia. |
|
Hairi mendukung Amanda. |
|
Baby dengan Pakcik Amier. |
|
Pakcik Amier tengah babysit Baby Husna. |
|
Amier tergelak besar melihat wajahnya menjadi kartun. |
|
Masih melayan application Snow dalam handphone. |
|
Wanie dah bosan balik. |
|
Baby Husna dengan Mak Su Azira. |
|
Kawan Zuan yang juga kawan badminton kami - Azmi. |