m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 11, 2017

Koas + Anis: Menjamu selera

Bahagian 5

Setelah selesai semua urusan yang wajib seperti akad nikah, dan urusan-urusan sampingan seperti sarung gelang, sarung cincin dan bersalam-salaman, maka acara yang selanjutnya adalah acara makan. Para hadirin bagaikan tak sabar-sabar nak menerpa ke arah makanan yang sedari tadi telah terhidang dengan bauan yang semerbak dan membuka selera. Ustaz lantas menjemput para tetamu makan. Kami pun berasak-asak melepasi pintu utama untuk ke laman luar bagi mendapatkan makanan. Semakin kami menghampiri makanan, semakin perut berasa lapar. Semakin air liur meleleh di bibir.

Safiah, Hani dan Azira antara yang terawal mendapatkan makanan.
Beratur dengan sabar.
Harith di samping ayah dan makciknya.
Pakcik Amin pun nak enter frame bergambar dengan Harith.
Azira dan Umi nya.
Zuan dan Hana.
Ayah dan ibu pengantin.
Operasi makan diteruskan lagi dengan bersungguh-sungguh.
Suraya dan Nana happy selalu.
Beratur panjang untuk mendapatkan nombor giliran.
Mak Long dan Mak Uda.
Syauqi Firdaus baru saja menghabiskan kuih di piringnya.
Sri, Azira, Kak Enon dan Nadia.
Syahmie, setelah menjamu selera.
Bermula dengan makanan ringan kategori sarapan seperti bihun goreng dan kuih-muih yang pelbagai. Kami makan dengan penuh berselera. Nyomp nyamp nyump. Alamak! Terlupa pulak nak baca Bismillah. Kenalah baca Bismillahi awaluhu wa akhiruhu. Dan kami sambung makan. Sampai licin pinggan. Sampai perut kenyang. Kami kena break sekejap. Ambil nafas. Rehat. Sekejap lagi nak sambung makan lunch pulak. Aku nampak pihak caterer pun dah bersiap-siap dengan lauk pauk yang hebat-hebat belaka. Serangan kedua bakal menjelma sebentar saja lagi.

Entah macam mana, tetiba Syahmie terjumpa seseorang yang dikenalinya. Oooohhh... Rupa-rupanya kawan satu batch MRSM Gemencheh. Namanya Haikal. Sama-sama nyanyi nasyid jugak tu. Setelah dikaji, rupa-rupanya, ayah Haikal dan Anis adalah sepupu. Maknanya, Haikal adalah anak saudara sepupu kepada Anis. Kalau kira pangkat, Syahmie dah kira macam bapak saudara kepada Haikal lah. Keh keh keh. Tak sangka ya? Small world indeed. Itulah yang selalu orang sebut kalau terjadi benda-benda macam gini. Oh! Selanjutnya adalah kisah makan tengah hari pulaklah kot.

Bersambung...

Syahmie dan kawan sekolahnya, Haikal.
Shakirah makan sambil tutup mulut.
Kenapa Shakirah tutup mulut dengan tangan? Sebab kalau bukak mulut, nanti makanan terkeluar dari mulut.
Sepupu - Amin dan Nana.
Shakirah terkejut melihatkan Syura buat magic show.
Eida pun baru lepas makan jugak.
Huda dan Mama Sophie.
Abby dan Ali (yang baru sembuh dari chicken pox).
Aksi-aksi comel dari teruna bertiga. Keh keh keh...
Falique dengan ibu dan pakciknya.
Geng tiga serangkai ni memang bagai tak boleh dipisahkan.
Tumpang main handphone.
Kak Esah membaca mesej dari President Obama.
Ibu saudara dan bapa saudara Koas sedang menjamu selera.

No comments:

Post a Comment