m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 27, 2017

Syahmie dan SPM: Menjengah kembali ke sekolah

Bahagian 1

16 Mac 2017 - Tarikh ini macam tak bagi makna apa-apa kepada kebanyakan orang. Betul kan? Sebab memang kebanyakan orang tak ada kena mengena langsung dengan tarikh ni. Tapi tarikh ini adalah sangat-sangat penting dan keramat kepada sebahagian orang. Khususnya buat calon-calon yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 lalu. Hari ini merupakan hari keluarnya keputusan SPM yang dinanti-nantikan oleh semua yang bersangkutan. Dan hari yang sangat mendebarkan kepada calon-calon SPM 2016 dan ibu bapa mereka. Kami tidak terkecuali.

Dewan tempat keputusan SPM 2016 akan diumumkan.
Para pelajar perlu beratur di sini untuk mendapatkan keputusan mengikut kelas masing-masing.
Dari kiri: Syahmie, Akmal dan Aiman.
Di kafeteria, anak-anak berebut-rebut mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat.
Sambil minum, sambil tengok handphone.
Anak-anak mendapatkan tempat duduk yang paling strategik untuk memulakan makan.
Tak silap aku ini nasi ayam.
Berselera sungguh mereka makan. Aku tumpang seronok.
Dari tahun 2011 aku dah target nak memancing kat sini. Kalau Ustaz Muslim masih di sini, aku nak mintak tolong dia bagi pass kebenaran untuk memancing.
Kami diberi tahu keputusan akan keluar sekitar jam 10 pagi. Maka kami telah bertolak dari Kuala Lumpur sekitar pukul 7.15 pagi, setelah solat subuh. Kami ingin menjadi di antara yang terawal sampai ke sekolah. Nak ambil mood dulu. Biar tak terkejut bila menerima keputusan periksa nanti. Sarapan pun tak sempat. Memang kami sangat tergesa-gesa. Aku pandu kereta pun sangat laju, sampaikan terlajak kereta kami ke Singapura. Terpaksa aku patah balik dari Singapura ke Gemencheh. Kali ni bawak slow sikit. Takut terlajak kali kedua sampai membawak ke Perlis pulak. Akhirnya kami sampai jugak dengan selamat kira-kira jam 9.30 pagi. Syukur.

Pentas masih kosong.
Antara yang terawal masuk ke dalam dewan.
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 - Lutfi dan Umar sebagai pengacara bersama.
Seronok dapat berjumpa kembali setelah sekian lama.
Seronok di luar, tapi gementar di dalam.
Para petugas sedang berbincang cara bagaimana untuk melaksanakan tanggung jawab secara efisien.
Para staf MRSM sedang menjalankan tugas masing-masing.
Aidil telah mengetahui keputusannya lebih awal melalui on-line SMS. Rakan-rakan memberikan ucapan tahniah di atas pencapaian cemerlangnya.
Sekelompok yang lain masih meneka-neka keputusan masing-masing.
Melakukan aktiviti sampingan bagi menghilangkan gemuruh.
Masa tu dewan masih lengang. Tak ramai orang yang ada kat kawasan sekolah. Cuma ada beberapa buah kereta aje. Dan beberapa orang pelajar yang berlegar-legar mencari teman. Syahmie terserempak dengan kawan-kawannya yang sampai awal. Kami biarkan Syahmie bersembang dengan kawan-kawan yang ada kat situ. Sementara aku dan isteri yang sedang kelaparan dan kehausan pergi mencari kafeteria yang letaknya bersebelahan dengan surau. Kami pekena air panas, dan duduk berehat sambil melihat tingkah anak-anak bersemangat makan nasi ayam yang dijual di kafeteria. Mereka makan dengan sangat berselera.

Bersambung...

Umar masih menjadi pengacara majlis sambil mendendangkan lagu-lagu Melayu asli serta ghazal..
Syahmie bersama Syakir dan Akram.
Masih bersama Syakir dan Akram. Tak salah aku, Syakir datang dari Pahang.
Zul yang berbaju merah join sekaki.
Masih duduk bersama berempat.
Imran yang berbaju hijau pun nak enter frame.
YDP Muafakat Ir Zahairi dan Pengetua Tuan Hj Ghazi.
Berdoa beramai-ramai untuk kebaikan bersama.
Syahmie bersama Syakir, Adib dan Zul

Saturday, March 18, 2017

Koas + Anis: Santapan Diraja

Bahagian 9 (Akhir)

Setelah jenuh Koas dan Anis bergambar dengan para peminat, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan - acara makan tengah hari bak Sultan dan Sultanah Shah Bandar. Koas dan Anis sangat teruja, gembira dan seronok tidak terkata. Tanpa dijemput, kedua-dua mempelai itu bergegas ke kerusi pengantin. Mencedok sendiri makanan yang terhidang tanpa perlu menunggu bantuan dari penanggah. Tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri, Koas dan Anis terus saja menyuap makanan ke dalam mulut masing-masing. Turut menemani Koas dan Anis di meja hidang adalah ayah dan ibu Koas serta aku dan isteri selaku Pak Usu dan Mak Usu kepada Koas.

Koas dan Anis telah mengambil tempat masing-masing. Menanti ketibaan nasi untuk dimakan.
Ibu pengantin serta isteriku turut di meja hidang.
Nasi masih belum sampai.
"We want nasi. We want nasi."
Oh! Masih ada lagi peminat yang nak bergambar dengan artis.
Koas terpaksa mengukir senyuman di wajahnya, walau pun dalam keterpaksaan.
Peminat tegar ini masih belum mahu beredar nampak gayanya.
Koas dan Anis gembira pasal nasi telah ada dalam pinggan.
Masa untuk makan telah tiba.
Tiba-tiba Koas dan Anis haus serentak. Minum juga serentak. Sampai tangan mereka terbelit-belit.

Walaupun telah dicuba berkali-kali, namun belitan tangan mereka sukar dileraikan.
Biar ajelah, Air sirap dalam gelas diminum sampai habis.
Antara hidangan istimewa pada siang itu - udang harimau kumbang masak goreng kunyit hidup dan siakap dari Australia masak 7 rasa: rasa masam, rasa manis, rasa pedas, rasa masin, rasa terharu, rasa teruja & rasa kenyang.
Penghormatan diberikan kepada pengantin lelaki untuk membaca doa. Koas lantas mengangkat tangan, menadah ke langit dan berdoa. Bermula dengan doa makan. Diikuti dengan doa selamat. Doa tahlil. Doa baca Al Quran. Doa masuk rumah. Doa masuk bilik air. Doa masuk masjid. Doa qunut. Doa hujan. Doa tolak bala. Doa untuk rakyat Islam di Palestin, di Syria, di Mesir, di Myanmar, di Yaman, di Iraq, di Afghanistan, di Malaysia dan di serata dunia. Turut dibaca doa taubat nasuha yang sangat panjang dan bersungguh-sungguh. Kami yang di meja hidang serentak mengaminkan doa sambil menangis teresak-esak. Tak taulah kerana doa dan muhasabah diri, atau kerana perut sudah terlalu lapar?

Bacaan doa sebelum makan.
Koas yang membaca doa.
Panjang sungguh doa yang dibacakan Koas.
Mula-mula Koas suapkan Anis.
Anis kata nak lagi. Koas suapkan lagi ke mulut Anis.
Anis masih jugak lapar. Lalu Koas suapkan lagi.
Anis kata last. Okay. Koas suapkan nasi sekali lagi ke mulut Anis.
Sekarang giliran Anis pulak menyuapkan nasi ke mulut Koas.
Koas kata tadi dia suapkan Anis 4 kali. Lalu Koas nak disuapkan lagi. Anis tak membantah.
Okay last. Lepas ni Koas suap sendiri.
Zuan turut join kami makan kat meja hidang.
Harith di samping makcik-makciknya.
Zuan heppi dapat makan spesel.
Zuan habiskan kesemua udang dalam pinggan. Termasuk yang disimpan kat dapur.
Dekat lima puluh ekor udang yang Zuan makan kesemuanya.
Sesudah pengantin makan bersama tetamu kehormat, sampai kenyang dan tersandar, barulah kami semua mula mengatur langkah untuk beredar. Kami bersalam-salaman dengan Ustaz, dengan pengantin dan lain-lain ahli keluarga yang telah menjadi tuan rumah yang sangat baik kepada kami. Kami sangat selesa berada lama di situ. Kalau tak memikirkan soal tetamu-tetamu dan jemputan-jemputn lain yang akan meramaikan majlis ini, sudah pasti kami akan duduk lebih lama lagi di situ. Malah kami sebenarnya telah bercadang untuk berkhemah di halaman rumah Ustaz. Kami dah siap bawak sleeping bag dan tong gas ke situ. Dah stand-by untuk bermalam kat rumah Ustaz. Stay 3 hari 2 malam macam holiday. Tapi apa kan daya, rancangan itu terpaksa kami batalkan bagi memberi peluang kepada tetamu-tetamu lain bertandang di rumah Ustaz. Walau apa pun, kami mengucapkan berjuta-juta ucapan terima kasih kepada keluarga Ustaz. Dan tahniah kepada Koas dan Anis. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, hidup penuh keberkatan, di dunia dan akhirat. Ameen.

TAMAT.

Amin terasa sangat gembira. Kenapa Amin gembira sangat.
Sebab Amin ada syarikat catering.
Usahawan muda sedang beraksi.
Walaupun dah habis makan, peminat tegar masih ramai yang nak bergambar dengan pengantin.
Lepas ni mintak autograf okay?