m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, April 16, 2015

Perkahwinan di bangunan Telekom

21 Februari 2015 - Dari majlis pertunangan Ika dan Rusydi, kami beredar sebentar untuk ke majlis perkahwinan anak kawan sepejabat - Radzi. Majlis tu diadakan di dewan dekat dengan Menara TM di Bangsar. Tentunya yang paling excited nak ke situ adalah Amier. Amier memang dari sehari ke sehari menyatakan keterujaannya terhadap Menara TM. Sayangnya majlis ni tak dibuat di bahagian menara. Sekadar di dalam dewan yang terletak di sebelah Menara TM.

Iklan perkahwinan anak Radzi.
Syahmie sedang menghabiskan lauk di pinggan.
Wanie dah kenyang. Dia tak makan banyak.
Sabriena sangat bersemangat makan nasi dengan papadom.
Sedapnya makanan ini, macam burger.
Makan dessert pulak.
Sedapnya dessert ni.
Masa kami ke sana, perut aku dah agak kenyang. Maklumlah baru lepas makan di rumah Kak Long sempena hari bertunang Ika. Cuma isteriku mungkin lapar sedikit pasal dia tak sempat menjamah makanan sewaktu di rumah Kak Long tadi. Oleh kerana aku memang dah kenyang, aku sekadar makan sikit aje buat syarat menjamah makanan. Dan makan dessert apa yang ada. Selain tu layan Sabriena makan dan berlegar-legar kat dalam dewan majlis.

Pengantin di meja santapan.
Sama lawa pengantin dua sejoli.
Makan-makan bersama ahli keluarga.
Sedapnya makanan untuk pengantin.
Semua orang dah selesai makan, melainkan Sabriena.
Sabriena masih meneruskan makan.
Cantik pelaminnya dihias.
Red carpet untuk para artis superstar melintas.
Penutupnya adalah segelas teh tarik power.
"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Semua dah menyorok? Adik cari sekarang ya?!"
"Adik tak nak main nyorok-nyoroklah. Adik nak main makan-makan."
Dewan majlis tu agak besar jugak. Dan dihias sangat cantik. Tapi kami tak lama pun duduk kat situ, pasal nak kembali ke rumah Kak Long. Lepas jumpa ayah dan ibu pengantin, barulah kami memohon untuk mengundur diri. Dan oleh kerana Radzi dah bagi kebenaran untuk kami mengundur diri, maka kami pun anak-beranak jalan mengundurlah dari dewan majlis sampailah ke tempat letak kereta. Fuuuhhh! Letih jalan reverse macam ni!

Sebelum pulang, sempat jugak kami ambil gambar bangunan Menara TM, atas permintaan Amier. Dan di rumah Kak Long, Amier cukup bangga menunjukkan gambar Menara TM yang kami ambil tadi. Amier dah pernah datang ke sini. Hooreeyyy!!!

Bersama Radzi dan isteri.
Bersama ayah dan ibu pengantin.
Pemandangan TM Tower.
Amier yang meminta gambar ini diambil.

No comments:

Post a Comment