m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, September 28, 2018

1 Syawal 2018 rumah Kak Long: Sesi bergambar paling meriah

Bahagian 2

Malam Syawal pertama tu kami semua berkumpul di rumah Kak Long. Itulah yang telah disepakati oleh seluruh adik-beradik. Dan memang itu pun yang menjadi amalan kami dari setahun ke setahun, sebab Kak Long yang sulung. Selain makan dan minum, berborak dan bersembang, menonton tv, dan main bunga api, kami turut berhibur dan berdendang. Kami bernyanyi-nyanyi lagu Hari Raya beramai-ramai dan merakamkannya dalam video. Aku main gitar. Abang Leman main keyboard. Yang lain semua menyumbangkan suara. Semua sporting. Hebat dan meriah!

Taufik dan Along Fahmi dah dekat tiga abad tak bersua muka.
Akid dan Faiisal baru lepas pekena air power special.
Akid, Faiisal dan Kak Timah.
Akid, Faiisal dan Kak Timah, dan Zila pun tiba-tiba ada jugak.
Bila dah habis semua tu, barulah kami bergambar beramai-ramai. Banyak gambar yang diambil. Maklumlah, keluarga kami besar. Gambar kena ambil banyak-banyak sikit. Perlu dipastikan semua orang ada masuk dalam frame. Masa ambil gambar tu pun terpaksa bahagi dua. Mula-mula gambar ahli keluarga yang lelaki. Lepas tu barulah ambil gambar ahli keluarga yang perempuan pulak. Kalau ambil semua sekali gus takut tak muat masuk frame gambar. Kena ada kamera yang super canggih baru boleh dapatkan hasil yang hebat. 

Tengoklah gambar-gambar di bawah ini. Pelbagai aksi yang sepontan.

Bersambung...

Ahli keluarga lelaki mula berkumpul.
Sedang mencari ruang.
Mengambil tempat masing-masing.
Hampir ready.
Okay! Siap!!
Gaya bebas yang penuh dengan kebebasan.
Gaya bebas bak helang di awan.
Secara tak semena-mena, Pak Long Abang Zai telah dituduh menghabiskan kuih dalam balang.
Ahli keluarga perempuan pulak bergambar.
Lebih santun dan tertib.
Gaya bebas pun macam tak berapa nak bebas.
Masih mengekalkan kesantunan.
Kak Long dan ibu kepada Abang Hasni duduk di tengah.
Sabriena buat muka pelik.
Anak-anak saudara di bahagian belakang.
Era 70'an menjelma kembali bila lagu Sanisah Huri didendangkan.
Di suatu sudut lain.
Okay, ini barulah free style yang sebenar.
Kembali formal.
Gaya love pulak. Let's spread the love through out the world.
Tengah cari idea nak buat gaya apa pulak.
Gaya sedang berfikir.
Sesi bergambar telah selesai.
Masing-masing ambil gambar pakai hand phone pulak.
Wefie satu kali!!!

Monday, September 17, 2018

1 Syawal 2018 rumah Kak Long: Berkumpul ahli keluarga

Bahagian 1

15 Jun 2018 - Ada kalanya barang yang dah basi sedap juga untuk dijamah. Contohnya, yogurt, tempoyak, tapai, dan budu. Begitu jugaklah dengan kisah kali ini. Kisah raya hari pertama. Ketika kami berkumpul di rumah Kak Long di Kepong. Waktu malam. Hampir seluruh ahli keluarga berhimpun di sini. Kami tiba pun malam. Tak salah aku dah masuk waktu isyak pun. Kami bertolak setelah beraya di rumah Kak Timah. Selepas waktu Maghrib.

Menonton perlawanan bola sepak Brazil menentang pilihan Selangor.
Safiq Rahim hampir menjaringkan gol. Namun sempat di tepis olah Chhristiano Ronnaldo.
Kak Ita dan Abang Leman.
Isteriku bersama Sabriena, Yaya dan Shafiah.
Ali, Amin dan Akid peminat team Amerika, Algeria, Argentina, Afrika, Arab dan Albania.
Saleh dan Amier menonton perlawanan bola sepak tanpa emosi.
Sekumpulan sepupu dengan hal masing-masing.
Tetamu sudah ramai berkumpul di ruang tamu. Sambil menonton tv. Sebahagian yang lain masih di meja makan, sedang menjamu selera. Perut aku masih penuh lagi. Kenyang dari rumah Kak Timah masih tak hilang lagi. Masih terasa. Jadi aku duduk dulu menonton tv. Entah cerita apa, aku pun dah tak ingat. Tapi yang pasti, bukan siaran Malaysia, dan bukan cerita pasal raya.

Angah Nabiha happy sebab dia plan nak curi lemang dari pinggan Faiisal.
Ayah mentua dan anak menantu.
Tiga  sepupu - Wanie, Intan dan Nurin.
Intan dan Nurin baru selesai makan.
Keluarga Abang Hasni baru menjamu selera.
Enak sungguh juadah pada malam bersejarah ini.
Setelah seketika duduk senyap di ruang tamu, Kak Long dan Abang Zai mengajak lagi kami makan. Kali ini aku tak tolak. Aku bingkas bangun dan menghala ke meja makan. Sesampainya di meja makan, alangkah terkejut besarnya aku, melihat juadah yang sebegitu banyak dibawa oleh setiap ahli keluarga! Ketupat dan rendang jangan cakaplah. Ada jugak lontong dan lodeh. Kambing golek. Rusa panggang. Landak barbecue. Lamb chop. Ikan paus biru bersalut tepung. Singa laut Alaska masak asam pedas. Rendang t-rex. Dan tak ketinggalan, masakan sayur campur dari tumbuh-tumbuhan dari hutan khatulistiwa dan Amazon. Hebat! Sangat hebat! Dan aku mencapai makanan kegemaranku sepanjang zaman, capati dicicah dengan kari kepala gajah!!!

Menikmati masakan raya yang terhidang.
Is dan isteri.
Mendapatkan segelas air minuman.
Berbincang soal business import export.
Sesudu sambal pencetus selera.
Kak Esah dan Yaya. Senang hati bila dah makan.
Mukamil nak habiskan makanan dalam balang ini.
Sambil orang dewasa masih sibuk bersembang, bergebang dan membawang sambil makan-makan, anak-anak kecil sudah mula berkumpul di luar rumah. Masing-masing dah tak sabar-sabar nak main bunga api. Yang masih kecil cuma layan bunga api tangkai yang tidak berbahaya. Yang lebih remaja dan dewasa, membakar bunga api KLCC, bunga api KL Tower, bunga api Burj Khalifa dan bunga api Shangai Tower. Dan yang paling extreme, membakar mercun roket yang boleh sampai ke bulan. Faridz nak bakar mercun nuklear. Tapi aku kata jangan. Takut kacau jiran-jiran sedang tidur. Jadi Faridz pun membatalkan niatnya itu. Faridz sekadar membakar mercun atomic bomb yang effect-nya taklah seteruk pengboman Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Taufiq datang disambut penuh hormat oleh warga kampung.
Bagaikan tuanku mencemar duli menemui rakyat.
Bersedia untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Sabriena sungguh tidak sabar.
Sabriena bersedia untuk menutup telinganya apabila mercun dinyalakan nanti.
Dalam pada anak-anak bermain mercun dan bunga api, aku terperasan, ada pula dua tiga orang, termasuk Amier sedang sibuk mengasah langkah silat masing-masing. Amier, Saleh dan Mukamil bagaikan sedang mempamerkan bakat masing-masing dalam seni mempertahankan diri, khususnya seni persilatan. Mahaguru Rusydi kebetulan tak pulak ada di situ. Kalau tidak, tentu saja beliau boleh memberikan satu dua tips pergerakan jurus, agar gerak silat mereka kelihatan lebih indah dan cantik.

Bersambung...

Persembahan seni silat fusion oleh Amier dan Saleh.
Amier bersedia untuk beraksi.
Saleh-jurus tomoi. Amier-jurus pulut hitam. Mukamil-jurus telapak tangan.
Sabriena dan Chinta.
Tiga sekawan menunjukkan tahi bintang yang melintas di langit.