m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 30, 2017

Pernikahan Abby dan Za: Selesai sudah akad nikah

Bahagian 7 (Akhir)

Seluruh prosedur akad nikah yang panjang dan beralun akhirnya telah selesai dengan sempurna. Abby sah sebagai suami. Dan Za sah sebagai isteri. Kami para hadirin dan hadirat sangat-sangat gembira dengan perjalanan majlis yang telah berlangsung dengan baik. Setelah menyerahkan mas kahwin kepadea Za, Abby meletakkan tangan kanannya ke atas ubun-ubun kepala Za sambil membaca doa. Semua ahli keluarga memerhatikan dengan penuh restu. Selanjutnya, menyarungkan cincin ke jari Abby. Ngam!

Try pegang kepala sikit.
Baca doa sikit.
Dan berselawat ke atas Nabi (s.a.w).
Za menyarungkan cincin ke jari manis tangan kanan Abby.
Cincin perak yang berkilat dan berkilau.
Bersalaman dengan Mak Usu.
Bila semua ini dah selesai, barulah kami berkumpul anak beranak, saudara-mara, sahabat handai, untuk bergambar dengan pengantin. Bersusun-susun kami di dewan solat masjid. Bergambar serba ringkas. Seluruh keluarga berkumpul beramai-ramai. Besar himpunannya. Dan gambar pun diambil satu per satu, sampai puas. Kami tak boleh terlalu lama di dewan solat. Hari ni hari Jumaat. Sekejap lagi jemaah masjid akan menderu sampai untuk menunaikan fardhu Jumaat. Dan kami juga perlu pulang ke homestay/hotel untuk bersiap-siap. Sebelum pergi meninggalkan pekarangan masjid, kami dibekalkan dengan nasi bungkus seorang satu. Kami capai bungkusan nasi itu, dan beredar.

Kepada Abby Solehin dan Zaleha, kami mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga hidup dengan penuh keberkatan, keharmonian dan kebahgiaan yang berpanjangan. Sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Sentiasa juga dalam ketaatan kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.). Ameen.

T A M A T.

Duduk bergambar.
Keluarga besar yang menjenguk sampai ke Kuantan.
"Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru!"
Soalan: Kenapa semua orang tak tengok kat kamera aku?
Jawapan: Sebab semua orang tengah tengok kat cameraman official di sebelah sana.
Siapa yang kentut busuk tadi? Semua orang menuding jari ke arah Abby. Abby menafikannya.
Abby dan Za bersama seluruh ahli keluarga.
Bersama Abah, Mama, abang, kakak, adik dan ipar.
Seronoknya Abby dan Za bila berdampingan.
Ini namanya gaya fotografi sendeng. (Ingat silat aje ke yang ada sendeng).
Pengantin bersama keluarga Elin dan Fai.
Ahli keluarga lelaki bergambar dengan pengantin.
Pakaian yang sama tema dengan dinding masjid. Pandai betul siapa yang pilih colour ni.
Amier gembira pasal dapat nasi bungkus.
Satu Amier punya. Satu lagi aku yang punya.


No comments:

Post a Comment