m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 2, 2017

Hidayah Dewa Kencana: Penyerahan skrip

Bahagian 2

Memang sah bahawa grup teater Hidayah akan membuat pementasan Bangsawan Dewa Kencana pada 15, 16 dan 17 September 2017 nanti. Kepercayaan telah diberikan oleh pihak JKKN untuk Hidayah mengetengahkan keunggulannya dalam melahirkan teater-teater yang sangat terzahir budaya Melayunya. Pada malam ini, team produksi mengumumkan calon-calon yang terpilih untuk membintangi Bangsawan Dewa Kencana. Antara nama-nama besar yang akan ditampilkan termasuklah Datuk Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Lan Zailan, Rosli Rahman dan lain-lain lagi. 

Nazri mengumumkan nama-nama team produksi dan pelakon.
Azlansham sebagai Penolong Penerbit dan Pengurus Produksi.
Yusry sebagai Penyelaras Produksi.
Nazri sebagai Penyelia Tugas-tugas Khas dan pelakon.
Nohman sebagai Pengurus Pentas.
Anisa sebagai Penolong Pengurus Pentas.
Pak Malit sebagai Pereka Set.
Watie Khahar sebagai Pereka Kostum.
Rosman Mohamad Noor sebagai Pengarah Muzik.
Yatie Khalid - pelakon.
Dean Sitara - pelakon.
Marup Mustapha - pelakon.
Bro - pelakon.
Rosli Rahman Adam - pelakon.
Rubi Wahid - pelakon.
Zack Kool - pelakon.
Difahamkan bahawa banyak lagi watak yang masih belum ditentukan pelakonnya. Tapi watak-watak yang kurang dialoglah. Yang tak ada dialog pun ada. Kira macam watak extra-lah. Watak pemegang tombak, orang kampung, orang jahat, dayang-dayang, mayat, tukang ampu, tukang bangkang, dan yang paling ramai sekali yang diperlukan ialah watak penonton! 

Dalam banyak-banyak nama yang dipanggil untuk menerima skrip, nama isteriku juga turut tersenarai. Punyalah teruja bila mendengar namanya dipanggil. Dan sangat tak disangka-sangka. Maklumlah, dah berzaman tak berlakon, walaupun watak kecil. Abang Kamarul AR melihat, sesiapa yang hadir pada malam itu sebagai mereka yang ada komitmen untuk persembahan ini. Harap-harapnya begitulah. Lihatlah sebahagian dari line-ups pelakon dan krew produksi.

Bersambung...

Mubarak Majid - pelakon.
Lan Zailan - Tauke Panggung.
Brader dan gengnya dibawakan khas untuk adegan-adegan persilatan yang ohsem.
Yun - pelakon dan stand in. He he he...
Brader 1 - pelakon.
Brader 2 - pelakon.
Abang Haji Dollah - pelakon.
Isteri aku pun pelakon jugak.

No comments:

Post a Comment