7 Jun 2015 - Pergh! Macam dah berkurun lamanya aku tak menulis blog. Memang dah sangat lama pun. Al-maklumlah, sibuk sangat dengan benda-benda yang memeningkan kepala - benda kerja ofis! Kita biarkan dulu soal yang memeningkan kepala tu dulu. Sekarang aku nak kisahkan sikit pasal sambutan hari jadi anak saudaraku, Farid.
Nasi mandy Arab dipadankan dengan Greece salad memang sangat hebat! |
Wanie mainkan lagu Happy Birthday pakai keyboard. Amier pulak mainkan lagu Negaraku. |
Kek aiskerim Baskin Robbins yang sedap. |
Kalau tak silap aku, memang Farid ada menyatakan hasratnya untuk makan nasi Arab. Maka pada majlis hari lahirnya yang serba ringkas itu, aku pergilah membeli nasi Arab dari kedai restoran Arab Wadi Hadramawt di Jalan Ampang. Ibuku yang belanja makan pada malam tu. Aku sekadar jadi tukang beli aje.
Kami sampai rumah kira-kira waktu maghrib. Sebelum tu kami singgah di kedai Baskin Robbins Ampang Point untuk membeli kek aiskerim yang memang sangat sedap rasanya. Harganya pun boleh tahan jugak. Tapi pasal sedap punya pasal, kami beli jugak supaya semua orang happy dapat makan kek aiskerim yang enak.
Amier terus menghiburkan kami dengan lagu-lagu dari himpunan Anugerah Juara Lagu tahun-tahun lepas. |
Farid memperagakan giginya yang sangat putih bak Qu Putih. |
Farid meniup habuk yang melekat pada lilin. |
Family photo sebelum makan-makan. |
Potong kek beramai-ramai. |
Potong kek sebelum diagih-agihkan. |
Ibuku tak sabar nak menikmati nasi mandy Arab. |
Farid sedang memikirkan cara yang terbaik untuk memotong kek ini. |
Proses memotong kek diteruskan lagi. |
Birthday kali ni agak special sikit. Bukan sebab ada ramai tetamu, kerana tetamu memang tak ramai. Sekadar kami ahli keluarga sahaja. Yang speselnya ialah sebab Wanie siap bawak keyboard ke ruang tamu dan memainkan lagu Happy Birthday untuk nyanyian beramai-ramai. Dah jadi macam buskers-lah pulak. Lepas nyanyi, potong kek, makan-makan sampai kenyang. Semua orang enjoy makan nasi Arab kambing dan ayam. Itulah sahaja karangan saya pada kali ini. Saya mengucapkan terima kasih.
Ber-selfie seketika. |
Sabriena nak makan the cookie man. |
Farid sedang mengambil secebis hiasan pada kek. |
Dan merasanya. Mmmmm... sedap jugak! |
Operasi makan nasi pun bermulalah. |
Puas hati ibuku dapat makan nasi mandy Arab. |
Semua orang makan nasi mandy Arab dengan sangat berselera sekalli. |
Syahmie makan nasi di samping keyboard. |
Adikku jugak ada kat sana pada malam itu. |
Makan-makan di ruang tamu. |
Ayahku jugak enjoy makan nasi mandy Arab ini. |
Syahmie tambah nasi lagi. |
No comments:
Post a Comment