8 Ogos 2015 - Kira-kira sebulan sebelum ini, merupakan hari jadi Farid, kini hari jadi adiknya pulak, Yana. Tapi birthday Yana kami sambut terlewat sikit. Kira belated birthday-lah. Trend yang paling senang ialah dengan menempah ayam Nando's. Nanti orang Nando's tu buatlah delivery kat rumah. Semua ahli famili aku memang suka makan ayam Nando's. Selain mempunyai rasa yang enak, ianya jugak sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin C, B complex, K dan zat besi waja.
Kek birthday Yana berhias strawberi segar. |
Makanan untuk malam ini. |
Kek birthday setelah dipasangkan lilin. |
Menyanyikan lagu Happy Birthday. |
Selesai menyanyikan lagu Happy Birthday. |
Kami beli sebiji kek kecil sebagai syarat keraian ini. Macam biasa, di ruang tamu kami menyanyi lagu Happy Birthday. Yana tiup lilin. Potong kek. Makan ayam Nando's. Makan kek dan bergambar beramai-ramai. Walaupun sangat ringkas, nampaknya semua orang happy aje. Amier dan Sabriena pun turut gembira meraikan hari jadi tertunda kakak sepupu mereka ini.
Yana dan kek birthday. |
Api pada lilin ditiup. Fuh! |
Tiup sampai api padam. |
Yana memotong kek pulak. |
Memotong kek kepada hirisan-hirisan halus. |
Masih mengagih-agihkan kek. |
Ibuku turut meraikan hari jadi cucunya. |
Ibuku, isteriku dan Yana. |
Setelah puas makan, majlis pun bersurailah. Dan barulah segala kerusi meja dikemas, khemah dibukak, belon diturunkan, sampah sarap dibuang, lantai dibersihkan. Doa kami untuk anak saudaraku ini semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat sebagai insan yang tinggi taqwanya kepada Allah.
Yana menyuapkan sepotong kek ke dalam mulut neneknya. |
Ibuku memakan kek dengan gembiranya. |
Amier gembira dapat makan ayam Nando's. |
Kalau bagi satu ekor pun Amier bolah habiskan. |
Ibuku makan jagung bakar Nando's. |
Ayahku pun suka makan ayam Nando's jugak. |