m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 25, 2019

Hari Olahraga MAHISS: Bermulanya larian terpantas

Bahagian 7

Setelah Pak Belang berlalu pergi, meninggalkan para hadirin dan hadirat dalam keadaan selamat dan tenteram, muncullah pula para olahragawan terhandal dari kumpulan rumah masing-masing di atas padang untuk menampilkan kehandalan masing-masing. Pelari-pelari paling pantas di sekolah MAHISS berkumpul dan berkobar-kobar untuk bersaing sesama mereka dan membuktikan merekalah yang terpantas. Bagaikan Flash dan Usin Bolt. 

Namun sebelum itu, pingat bagi pemenang-pemanang dalam acara olahraga yang lain telah disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat. Ini termasuklah acara lontar cakera, lontar lembing, lontar penukul, lontar peluru, lontar bom, lontar bom atom, lontar batu lesung, lontar anak gajah dan lontar kereta kebal. Turut diberikan hadiah dan pingat kepada pemenang-pemenang dalam acara lompat jauh, lompat dekat,  lompat tinggi, lompat kijang, lompat pelanduk, lompat arnab, dan lompat katak. 

Para penonton masih sabar duduk di kerusi menanti sehingga semua acara selesai.
Pingat diberikan untuk acara baling bulu ayam paling jauh.
Pemenang berasa bangga.
Balingan terjauh adalah 3 kaki 2 inci.
Ini kalau tak sliep aku bagi acara lontar cakera.
Balingannya sangatlah jauh sehinggakan orang ramai menyangkakan cakera itu adalah piring terbang alien.
Bakal olahragawan kebangsaan.
Ini pulak bagi acara lompat melompat agaknya. 
Seorang lagi pemenang berasa malu untuk tampil di khalayak ramai.
Mempamerkan keputusan cemerlang PT3 masing-masing.
Ini pulak adalah pemenang acara lompat jauh agaknya. Juaranya melompat sejauh mata memandang.
Kembali kita fokus di atas padang. Nampak gayanya para pelari telah bersedia. Bermula dengan acara lari 400 meter. Diikuti dengan acara 4 x 400 meter. Disusuli pula dengan acara 8 x 400 meter. Dan seterusnya 16 x 400 meter dan diakhiri dengan 100 x 400 meter. Sejurus mendengar hon dibunyikan, para pelari berlari sekuat hati. Bak cheetah. Bak springbok. Kelajuan yang berjaya dirakam telah mencecah kira-kira 265 km/jam. Dan ini merupakan satu rekod dunia yang baru!

Acara larian 400 meter pun bermula.
Larian mereka dikhabarkan sederas kilat di awan.
Sedang menuju ke garisan penamat.
Lagi acara larian. Kali ini sejauh 100 km. Garisan permulaan terletak di Port Dickson.
Ada juga yang mengambil kesempatan untuk ber-jogging di pagi hari di tengah padang, bersendirian.
Acara larian diteruskan juga.
Kumpulan Rumah Hijau banyak memenangai acara.
Bersaing hingga ke penghujungnya.
Dah 50 lap mereka berlari.
Laju. Meninggalkan teman-teman lain di belakang.
Para penonton telah memberikan sokongan yang padu kepada olahragawan pilihan masing-masing. Padang acara menjadi gamat dan riuh-rendah dengan laungan keras dari para penonton. Hingar dari sekolah dapat didengari oleh seluruh warga pekan Kajang. Cukup meriah. Dan cukup menghiburkan.

Bersambung...

Ini acara melarikan diri dari anjing.
Sangat laju bak F1.
Dah tak menoleh ke belakang lagi.
Padang lecah diredah jua.
Pesaing semakin menghampir.
Sikit lagi dah nak menang.


Thursday, May 16, 2019

Hari Olahraga MAHISS: Penampakan si belang

Bahagian 6

Setelah puas para hadirin dan hadirat dipertontonkan dengan aksi pesilat bersilat, berhempas pulas membuat demonstrasi gerak gaya akrobatik tangkas tapi bersusila, bak kesatria dan srikandi, mereka bagaikan ingin pula disajikan dengan sesuatu yang lebih mengujakan. Larian pantas para olahragawan. Lompatan jauh. Loncatan tinggi. Lontaran perkasa. Dan lain-lain acara olahraga.

Namun tiba-tiba, dengan tak semena-mena, semua yang hadir bagaikan terpaku, terkaku, membeku. Terpukau, risau, gundah dalam kehairanan. Masing-masing bagai tidak dapat mempercayai apa yang sedang disaksikan di depan mata. Penampakan si belang gergasi!

Harimau menjelma tiba-tiba.
Adakah ini harimau jadian?
Upacara mengibar bendera rumah sukan.
Tetamu kehormat berdiri di podium.
Sebelum aku meneruskan kisah kehadiran harimau gergasi di arena olahraga, aku nak kisahkan dulu acara menaikkan bendera sekolah yang penuh emosi. Setelah selesai urusan ucapan dan persembahan silat, empat orang olahragawan MAHISS pun bergeraklah ke arah tiang bendera dengan membawa selembar bendera sekolah yang menjadi kebanggaan warga MAHISS. Lantas lagu sekolah dinyanyikan. Dalam bahasa ARAB! Aku macam tak percaya. Tapi bila para pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu ini secara beramai-ramai, aku turut terasa auranya. Menyusup sampai ke jiwa. Amier masih belum hafaz keseluruhan lagu. Kalau Wanie ada, sudah pasti dia boleh ikut menyanyi bersama.

Bendera dinaikkan perlahan-lahan sambil lagu sekolah terus dinyanyikan dengan penuh bersemangat. Sejurus bendera berada di puncak tiang, berkibarlah ia apabila ditiup angin, tanda temasya pada kali ini telah berlangsung dengan rasminya.

Bendera diikat di tali.
Para olahragawan MAHISS sedang berusaha untuk menaikkan bendera sekolah.
Bendera pun dinaikkan.
Perlahan-lahan.
Berhati-hati.
Penuh kebanggaan.
Semakin tinggi.
Bendera kebanggaan warga MAHISS.
Semakin ke puncak.
Para olahragawan beraksi.
Penuh bersemangat.
Para pelajar berdiri tegak menyanyikan lagu sekolah bahasa Arab.
Amier tidak terkecuali.
Bendera kini di puncak.
Kita kembali ke kisah pak belang nusantara. Sewaktu lagu sekolah dinyanyikan, bendera dinaiikan, sang harimau turut mengikut rentak dengan berdiri tegak tanda hormat. Sejurus lagu selesai dikumandangkan, sang harimau mula mencari-cari mangsa - rusa, kijang, lembu, kambing, atau apa-apa saja binatang yang melata yang hadir di situ. Malangnya pemburuan sang harimau tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Sang harimau berasa hampa. Lalu seorang wanita yang baik hati telah menghampiri harimau itu, memujuk dan membawa sang harimau untuk beredar dari situ. Makanan dan minuman diberikan di suatu sudut terpencil. Harimau makan dan minumlah sepuas-puasnya. Harimau happy sebab perut telah penuh terisi. Hadirin hadirat juga happy, kerana tidak berasa terancam lagi. Harimau kini sudah kenyang!

Bersambung...

Pak Belang memunculkan dirinya lagi.
Pak Belang memburu mangsa.
Seorang wanita menegurnya.
Mengajak Pak Belang beredar dari situ.
"Jom kita pergi ngeteh".
"Mengopi pun boleh jugak".
Pak Belang memberikan lambaian mesra.