m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, July 31, 2018

1 Syawal 2018: Selesai bermaafan

Bahagian 6 (Akhir)

Selepas adik-beradik bermaafan, kami pergi berjumpa Bibik pulak. Sabriena, Wanie, Yana dan isteriku pergi bersalaman dan berpelukan dengan Bibik pulak. Saling memohon maaf. Dah habis semua ni barulah kami ambil group photos. Tak sampai pun beberapa snaps ambil gambar beramai-ramai, tetiba kedengaran dari luar ada orang memberi salam. "Assalamualaikum!" Eh! Siapa ya. Kami siap suruh orang yang datang tu tunggu kat luar rumah sekejap sementara kami meneruskan aktiviti bergambar beramai-ramai. Tapi sangatlah tak wajar membiarkan tetamu menanti lama di luar rumah. Kami singkatkan sesi bergambar kami dan terus mengajak tetamu masuk ke rumah.

Tetapi, siapakah tetamu itu? Saksikanlah pada episod yang akan datang.

T A M A T

Sabriena minta maaf dari BFF-nya - Kakak Wanie.
Sabriena dan Wanie.
Sabriena mintak maaf dari teman gaduhnya pulak - Abang Amier.
"Baiklah. Abang Amier maafkan", kata Amier.
Sabriena happy pasal lepas mintak maaf, nanti boleh gaduh lagi!
Dua budak nilah yang buat riuh satu rumah. He he he...
Sabriena mintak maaf kat Bibik pulak.
Bibik peluk Sabriena.
Bibik dan Sabriena.
Sabriena cium tangan Bibik.
"Mintak maaf Bibik", kata Sabriena.
Wanie pulak mintak maaf dari Bibik.
Bibik dan Wanie.
Giliran Yana mintak maaf dari Bibik.
Bibik dan Yana.
Bermaaf-maafan di antara Bibik dan isteriku.
0 - 0 lah kita.
Gambar dengan Bibik.
Barulah boleh ambil group photo.
Aku aje belum masuk dalam frame.
Okay. Cukup set satu family.
"Kami mengucapkan Selamat Hari Raya!!!"

1 Syawal 2018: Bermaafan adik-beradik

Bahagian 5

Bersambung dari episod lepas, bermaafan bersama Mama dan Papa, kini lihatlah pula ragam kemaafan adik-beradik dan sepupu-sepapat - Syahmie, Wanie, Amier dan Sabriena serta sepupu-sepupu mereka Farid dan Yana. Bagaikan enam beradik yang sangat rapat dan telah membesar bersama di sebuah rumah di Ampang Jaya, dan usia rumah itu telah melebihi setengah abad.

Bersambung...

Farid dan Wanie.
"Chak!" kata Farid kepada Sabriena.
Sabriena malu nak mintak maaf dari Abang Farid.
Sabriena kena peluk dengan Abang Farid.
Geram dengan pipi tembam Sabriena.
Sabriena menghadap Kakak Yana pulak.
"Mintak maaf Kakak Yana," kata Sabriena.
Cium pipi Kakak Yana sikit.
Yana peluk Sabriena.
Wanie pulak bermaafan dengan Yana.
Cium tangan Yana sikit.
Yana dan Wanie.
Yana dan Syahmie.
Yana dan Amier.
Amier dan Yana.
Wanie mintak maaf dari abangnya.
Syahmie dan Wanie.
Empat beradik sedang berkonferensi.
Berbincang untuk beraya di mana pada tahun ini.
Yang sulung bertemu yang bongsu.
Cium tangan Abang Syahmie sikit.
Sabriena membuat pengakuan membuat projek dengan barang-barang milik abangnya.
"It's okay. We're good," kata Syahmie.
Amier pulak mencium tangan Abang Syahmie.
Syahmie dan Amier.
Amier dan Syahmie.
Amier minta maaf dari Kakak Wanie pulak.
"Mintak maaf Kakak Wanie".
Amier happy walaupun selalu kena buli dengan Kakak Wanie.
"Lepas bermaafan, I will bully you some more", bisik Wanie.