m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 8, 2015

Atika bertunang - Aqif aqiqah - Fateh birthday: Jariku berhias cincin

Bahagian 4

Selepas Ika dan Rusydi bersanding dengan ayah dan ibu mereka, kini tibalah giliran para ahli keluarga yang lain untuk bergambar bersama pengantin di pelamin. Alang-alang Ika dah bersolek macam pengantin, maka semua ahli keluarga pun mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan Ika. Dah macam selebritilah pulak. Kalau masa kahwin nanti mungkin lebih hebat lagi agaknya.

Bergambar bersama mama dan aunties. Dan Sabriena jugak.
Di pentas pelaminan.
Masih group yang sama.
Last shot of group members yang sama.
Sabriena dengan teacher kesayangannya.
Bergambar dengan sepupu-sepupu. Dan seorang auntie.
Posing ceria.
Posing super ceria.
Posing super duper ceria.
Dan tambahan tanduk rusa dua set.
Bergambar keluarga beramai-ramai.
Lebih ramai lebih meriah.
Bersama majikan, dan jugak makcik.
Ika dengan Mak Teh.
Merenung ke luar jendela...
Bersilih ganti para ahli keluarga mengambil gambar dengan Pengantin Ika. Dari mak-mak saudara, ke adik-beradik, sepupu-sepapat, dua tiga pupu, jiran-jiran, kawan-kawan rapat, kawan-kawan tak rapat, tauke-tauke kedai kat Kepong, penduduk-penduduk di taman perumahan sebelah, penduduk-penduduk negeri lain, dan rakyat-rakyat negara lain serta makhluk asing dari planet-planet lain jugak. Boleh dikatakan meriah sunguhlah pelamin kecil tu digunakan sepenuhnya oleh semua orang pasal semata-mata nak bergambar dengan Pengantin Ika.

Bersama saudara cilik.
Masih berdua.
Bersama kakak sepupu dan anak saudara.
Sofia, Aniza dan Ika.
Masih bertiga.
Dan terus bertiga lagi.
Dengan kakak sepupu yang lain pulak, serta anak saudara yang lain pulak.
Zila, Fateh dan Ika.
Ika dengan empat orang ibu, dan enam orang baby.
Sabriena kira baby besarlah.
Empat ibu, empat baby dan seorang Ika.
Kesudahan dari acara bergambar beramai-ramai ni ialah apabila Ika menayangkan secara jelas dan terperinci akan cincin tunang yang diperolehinya. Cincin tu ada sebiji berlian yang berkilat dan bersinar. Dan Ika nampak gayanya sangatlah berpuas hati dengan pemberian ini. Lantas memberikan satu tanda 'good' tanda puas hati!

Bersambung...

Cincin tunang di jari manis Ika.
Dengan batu permata yang original. South Africa mari.
Tanda 'good' - maknanya puas hati sangat.

No comments:

Post a Comment