m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, April 2, 2015

Atika bertunang - Aqif aqiqah - Fateh birthday: Gementar menerima rombongan

Bahagian 1

21 Februari 2015 - Semalamnya kami ke rumah Kak Long untuk bersiap-siap membantu apa yang perlu sebelum tibanya hari pertunangan Ika. Ada di kalangan makcik dan pakcik Ika yang bermalam di rumah Kak Long untuk menyempurnakan kerja-kerja yang banyak demi menyambut tetamu istimewa - rombongan meminang Ika. Selain pertunangan Ika denga Rusydi Ramli, ada jugak acara lain yang bakal berlangsung. Antaranya termasuklah marhaban dan berendoi untuk Aqif, dan menyambut hari jadi Alfateh. Banyak acaranya. Maka jemputannya pun ramai jugaklah gamaknya.

Barang hantaran dalam proses pembikinan.
Gelas-gelas kosong yang akan diisi dengan air teh-o panas sebentar lagi.
Gula-gula perasa Frozen.
Kek tunang Ika hampir siap.
Pada kira-kira jam 10.30 pagi, rombongan marhaban lelaki tiba. Mereka berzanji dan kemudian acara berendoi, cukur jambul pun dilaksanakan jugak. Tapi masa tu kami sekeluarga tak sampai lagi di rumah Kak Long. Maka majlis pun dijalankan tanpa kehadiran kami. Kalau aku datang awal sikit, sudah pasti dapat aku ambil gambar-gambar Pak Haji yang datang. Dan mereka sudah pasti akan jadi popular dan viral di laman-laman sosial antarabangsa.

Rombongan marhaban dan majlis berendoi untuk Aqif.
Brader baju hijau sedang seronok berbual mesra denga Tok Janggut.
Tok Janggut sudah hampir masak nampak gayanya.
Amier dan Syahmie sedang mencari makanan di meja hidang.
Banyak sungguh lauk-pauk yang enak-enak yang dihidangkan.
Kami sampai di rumah Kak Long kira-kira jam 11.30 pagi rasanya. Setibanya kami di situ, aku terus disapa oleh Tok Janggut yang sedang sun bathing kat bawah pokok kelapa. "Mmmmmbbbeeekkk. Atok tanya apa khabar? Atok tanya apa khabar semua." Aku sekadar menjeling ke arah Tok Janggut tadi seraya menjawab salam yang diberi. "Waalaikumussalam. Tak panas ke berjemur bawah matahari dengan tak pakai baju macam tu?" Tok Janggut tak menjawab. Mungkin dia tertidur agaknya. Dan aku pun berlalu pergi mendapatkan makanan yang telah pun terhidang. Dan aku, Amier dan Syahmie memulakan makan.

Rundingan di antara pihak lelaki dan perempuan nampak gayanya berlangsung dengan sangat serius.
Beberapa keputusan besar terpaksa diputuskan secara berhati-hati.
Wakil pihak lelaki (berbaju batik hijau) sedang menyatakan hasrat kedatangan mereka pada hari itu.
Barulah pihak perempuan tahu maksud sebenar kedatangan mereka ini.
Suasana agak tegang seketika. Keringat jantan mencucur deras tak terhentikan.
Ayah Rusydi berbaju kemeja kuning.
Sewaktu tengah makan, tetiba rombongan meminang tiba di perkarangan rumah. Aku terpaksa memendekkan waktu makanku kepada dua inci. Setelah basuh tangan, aku terus mencapai kamera untuk bersedia mengambil gambar-gambar Ika dan bakal tunangnya. Aku terus masuk ke ruang tamu yang agak sesak dengan tetamu dan ahli keluarga. Orang ramai dari segenap pelusuk negara yang ingin masuk terpaksa kami halang kerana ruang terlalu sempit. Itu pun masih berpusu-pusu tetamu yang hadir, serta para wartawan dari Melodi, Astro, RTM dan CNN yang datang ingin membuat liputan terhadap majlis ini. Boleh dikatakan ianya layak digelar Majlis Engagement of the Year.

Kaum ibu yang duduk bersebelahan turut terasa ketegangan suasana pada pagi itu.
Masing-masing sedang memberikan sepenuh konsentrasi.
Tiba-tiba suasana jadi sunyi sepi seketika.
Ardy menyediakan rakaman video sebagai bukti lafaz perjanjian kedua-dua belah pihak.
Ibu Ika, Kak Esah turut menanti dengan penuh debaran.
Antara barang hantaran yang telah disediakan oleh rombongan pihak lelaki.
Para wartawan sedang membuat liputan secara langsung peristiwa ini.
Menantikan apakah kata putusnya.
Masih menunggu.
Masih membuat liputan.
Pihak lelaki diwakili oleh pakcik kepada Rusydi Ramli. Sedangkan bagi pihak Ika, Abang Zai lah yang menjadi jurucakapnya. Kedua-dua wakil saling berbalas pantun dan berdondang sayang. Masing-masing tak mau mengalah. Satu soal, satu lagi jawab. Bersilih ganti. Tanpa henti-henti. Panjang sungguh acara berbalas pantun tu. Dari pagi sampai dah nak masuk waktu isyak. Berpeluh-peluh para tetamu kesemuanya. Akhirnya pertandingan berbalas pantun itu berkesudahan dengan seri, walaupun setelah melalui proses mata deuce.

Bersambung...

Abang Zai meletakkan syarat. 7 dulang hati nyamuk aedes. 7 dulang hati kerengga. 7 tempayan air mata biawak komodor.
Abang Zai nampaknya sangat berpuas hati dengan syarat-syarat yang telah diletakkannya.
Bapa pengantin pun berasa puas hati jugak. Tapi alangkah lebih bagus jika dapat ditambah satu lagi syarat - 7 dulang gigi ulat gonggok.
.

No comments:

Post a Comment