m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label lukut. Show all posts
Showing posts with label lukut. Show all posts

Tuesday, January 28, 2020

Kota Lukut: Sejarah dalam muzium

Bahagian 5 (Akhir)

Kami telah pun sampai di depan pintu masuk Muzium Kota Lukut. Kami sama-sama melangkah masuk. Satu. Dua. Tiga!!! Serentak kaki kanan melangkah ke hadapan. Masuk ke dalam muzium yang sederhana besarnya. Waaahhhh!!! Sejurus kami masuk, terasa bagai berada pada zaman Raja Bot Bin Raja Jumaat - zaman Lukut dalam suasana pergolakan. Di dinding muzium penuh tertulis kisah sejarah yang berlaku dari zaman dinosaur sehinggalah musnahnya Kota Lukut itu sendiri. Kami baca semua kisah sejarah yang terpampang. Ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan. Huruf demi huruf. Dekat seminggu jugaklah kami berkampung di situ untuk menyudahkan pembacaan kami. Barulah penghayatan yang mendalam dapat kami rasai.

Sedang menerangkan kepada anak-anak isi kandungan kenyataan ini.
Wanie di suatu sudut artifak.
Ada bedil kecil di belakang Wanie.
Khusyuknya membaca.
Amier memang sangat minat sejarah.
Melihat periuk kayu ini membuatkan Sabriena lapar nak makan nasi kandar.
Wanie dengan bedil kecil.
Ini kira macam senapang zaman dulu-dululah.
Syahmie bersama artifak sejarah lama.
Semua artifak terpelihara dengan baik.

Selain dari tulisan kisah sejarah yang panjang berjela, turut dipamerkan artifak purba yang berkaitan dengan Lukut. Semua terpelihara dengan baik. Terjaga rapi. "Nice to see, nice to hold. Once broken, considered sold!" Kami bergerak dari ruang ke ruang. Ada dua aras yang perlu kami terokai. Kebanyakan bahan pameran berada pada aras bawah. Di aras atas aku pun dah tak ingat ada apa. Pengunjung pada kala itu tidak begitu ramai. Jadi kami boleh bergerak bebas tanpa perlu berasak-asak.

Naik atas pula.
Nak tengok ada apa kat atas.
Wanie menemani adiknya.
Ada ruang serambi yang lapang.
Macam rumah kampung yang besar.
Di suatu sudut rumah.
Kita bergambar sajalah di atas ni.
Kalau makan ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis kat sini memang happening.
"I need two cones with ice cream."
Sabriena mungkin dah sedikit kebosanan.
Bila nak balik ni?

Setelah puas berjalan dan bergambar, kami pun memutuskan untuk meninggalkan lokasi itu dengan ilmu yang sarat di dada. Ilmu sejarah. Sejarah Kota Lukut yang masyhur. Amier sempat bergambar sakan sebelum meninggalkan Kota Lukut. Selamat tinggal wahai Si Kota Lukut yang sepi. Ada kesempatan lain, kami akan menjengah lagi.

T A M A T

Jom turun tangga.
Gambar kenangan sebelum meninggalkan pekarangan muzium.
Amier puas dapat menjelajah kota bersejarah.
Bakal tokoh sejarah.
Lambaian Kota Lukut.
Kota Lukut versi Titanic.
"Tempat ini memang best!" kata Amier.


Monday, January 27, 2020

Kota Lukut: Pergi melawat muzium

Bahagian 4

Setelah bertemu apa yang dicari di puncak bukit, kami sama-sama menuruni cerun untuk ke kaki bukit. Kami akan ke muzium untuk cuba memahami sejarah Kota Lukut dengan lebih mendalam. Di situlah barangkali ada tersimpannya artifak sejarah yang dapat mengisahkan peristiwa silam, dan memberi segala penjelasan kepada setiap persoalan yang bermain-main di fikiran kami.

Merenung jauh ke zaman silam.
Membaca keterangan di papan tanda.
Ambil gambar pemandangan dari atas bukit.
Berlatar belakangkan pekan yang duduk di bawah.
Selfie seketika.
Wanie puas meneroka bukit Kota Lukut.
Syahmie memimpin Sabriena menuruni tangga yang curam.
Sabriena sedikit kehairanan melihat barangan lama ini.
Ini kereta lembu.
Tapi di mana lembunya?

Di luar muzium ada dipamerkan barangan lama seperti kereta lembu dan lain-lain artifak yang sudah berusia. Masuk adalah percuma kalau tak silap aku. Cuma perlu membuat pendaftaran bagi merekodkan bilangan pelawat yang datang ke muzium itu. Pengawal keselamatan yang bertugas juga nampak gayanya sangat baik dan peramah dengan kami. Jom kita melangkah ke dalam. Kita lihat ada apa pula yang sedang menunggu kami.

Bersambung...

Melangkah pantas menuju muzium.
Masih jauh lagi.
Sudah semakin dekat.
Amier ingin mencuba membedil menggunakan meriam ini.
Pendaftaran di kaunter.
Tulis nama dulu. Tapi tak perlu bayar.
Jom kita masuk bersama-sama.


Sunday, January 26, 2020

Kota Lukut: Ada apa di puncak?

Bahagian 3

Setelah beberapa minggu mendaki bukit yang tingginya mencapai 33,000 meter, kami akhirnya berjaya tiba di puncaknya. Puncak bukit itu agak latar rupa bentuknya. Suhunya tidaklah begitu sejuk. Sekadar -27 darjah celsius sahaja. Kami terus berlegar-legar di situ. Mencari kesan-kesan kota sekiranya masih ada. Akhirnya kami temui tapak kota yang telah lama runtuh. Namun kesannya masih ada. Ianya terselindung di balik belukar tanpa diselenggara dengan sempurna. Harus satu hari nanti akan terlindung terus dalam belantara yang menebal. 

Sepanjang di puncak bukit, kami turut menemukan artifak-artifak kesan peninggalan penjajah British seperti kapal selam dan kapal terbang. Juga kesan peninggalan penjajah Jepun seperti pakaian Ultraman dan poket Doraemon. Dan yang paling menakjubkan adalah penemuan tulang-tulang dinosaur yang telah pupus sejak berjuta tahun dahulu. Kami berjaya menemukan tulang-tulang dinosaur jenis t-rex, spinosaurus, apatosaurus, velociraptor, triceratops dan stegosaurus. Sempat kami mengambil beberapa ketul tulang dinosaur yang sebesar batang kelapa untuk dijadikan kenangan.


Di belakang Amier adalah kesan tapak Kota Lukut.
Bergambar di Kota Lukut yang masih tersisa.
Along-alang dah bersusah-susah mendaki, biarlah bergambar banyak-banyak slikt.
Masih di puncak bukit.
Tapak kota sudah semakin menghilang.
Kami terus meneroka kawasan ini. Seperti tuan tanah lagaknya.
Tak banyak yang tinggal.
Ada pondok dan wakaf yang baru dibina.

Setelah selesai melawat di puncak bukit, kami akhirnya bergerak menuruni bukit untuk melawat muzium pula. Perjalanan menuruni bukit jauh lebih mudah dari pendakian. Dalam masa tak sampai beberapa minit, kami telah pun sampai di kaki bukit dan bersedia untuk lawatan yang seterusnya.

Bersambung...

Jom bergerak pergi.
Meredah semak sekali lagi.
Amier mengucapkan selamat tinggal buat Kota Lukut.
Menuruni cerun.
Di atas jambatan.
Kalau kami bawa joran, surah pasti kami akan memancing di parit ini.
Tumbuhan yang tinggi menjadikan kawasan ini lebih redup.
Nasib baik jambatan ini tak mengenakan tol.
Pemandangan yang luas bila berada di atas puncak.
Nampak cantik, kan?
Di balik bunga lalang.
Sembunyi.
Bergaya di puncak bukit.
Masa ni Amier baru darjah 5.
Bersemangat Amier ketika cuba memahami sejarah Kota Lukut.