m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label plants. Show all posts
Showing posts with label plants. Show all posts

Monday, July 5, 2021

Cameron Highlands: Penangan lebah dan bunga

Bahagian 8

25 Disember 2015 - Pengembaraan kami di Cameron Highlands memang agak terburu-buru. Kalau boleh nak melawat semua tempat dalam masa yang sangat singkat. Kekecewaan di ladang strawberi dan kegagalan untuk melawat Pusat Teh BOH di Sungei Palas tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi melawat tempat-tempat lain di tanah tinggi ini. Kami terus menuju ke Taman Lebah yang letaknya tidak jauh dari hotel kami. Sekali lagi, tempat ini sangat bercerun dan tidak mesra OKU. Allahyarham Ayah hanya dapat melihat-lihat di kawasan kedai menjual madu yang terletak tidak jauh dari tempat parkir kereta.

Di sini tak ada apa sangat yang hendak dilihat, melainkan produk dari madu lebah. Kami turun ke bawah bukit untuk melihat ladang penternakan lebah. Ada banyak rumah lebah didirikan. Tapi kebanyakan rumah ini tidak berpenghuni. Mungkin lebah-lebah sedang keluar mencari madu, atau sedang mencari-cari rumah lain yang lebih selesa, yang ada aircon, ada sofa, ada tv, dan lain-lain kelengkapan rumah yang lebih canggih.

Kami di Taman Lebah.

Bergambar dulu di ruang legar.

Amier nak jadi lebah sekejap.

Sabriena duduk di buaian berhias.

Kotak-kotak di taman di bawah ialah rumah-rumah lebah.

Macam nampak something di hujung sana.

Adakah sekumpulan lebah sedang menghala ke sini?

Bergambar bersama maskot lebah.

Tak dapat jumpa lebah betul, jumpa patung lebah pun jadilah.

Kami di bahagian luar.

Rasanya ini menghala ke taman bunga.

Di kejauhan terlihat gunung-ganang yang hijau.

Kami di atas bukit.

Sambil menaiki atau menuruni tangga.

Masing-masing pakai baju tebal.

Kami tidak lama di Taman Lebah. Dari Taman Lebah, kami terus ke Taman Orkid dan Ros yang berada bersebelahan dengan Taman Lebah (kalau tak silap aku). Di sini sudah tentulah kami ingin melihat bunga-bunga orkid dan ros yang menjadi kegilaan isteriku. Mungkin di sini juga kami dapat membeli bunga ros segar dengan harga yang murah. Itulah harapan kami. Memang ada banyak pokok bunga dan tanaman lain seperti kaktus, kekwa dan venus flytrap. Ada juga tumbuhan hiasan lain yang kami tidak dapat kenal pasti jenis dan spesisnya.

Bersambung...

Dah sampai Taman Orkid dan Ros.

Bunga ros memang menawan kalbu.

Pokok bunga ros untuk dijual.

Anak-anak pokok yang sihat.

Pilih saja nak spesis bunga warna apa.

"Tak nampak kera pun", kata Wanie di dalam hati ketika berdiri di sebelah pokok periuk kera.

Allahyarham Ayah juga seorang penggemar bunga-bungaan.

Mengagumi beberapa jenis pokok bunga pelbagai spesis.

Orang dah tulis jangan pegang, Wanie masih lagi nak pegang anak pokok venus flytrap ini.

Banyaknya pokok kaktus. Comel-comel belaka.

Memilih anak-anak pokok kaktus untuk dibeli buat hiasan meja.


Sunday, July 4, 2021

Cameron Highlands: Meninjau ladang teh

Bahagian 7

25 Disember 2015 - Kami telah menghabiskan masa yang agak lama di taman / ladang bunga - mengagumi kecantikan bunga pelbagai spesis dan warna. Sampai tengah hari kami di situ. Selepas minum di kedai berdekatan, barulah kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan. Sebelum itu sempat juga kami singgah di gerai yang menjual topi haiwan untuk kegunaan kami. Topi-topi haiwan itu memang nampak comel kalau dipakaikan ke atas anak-anak kami, khususnya Amier dan Sabriena yang agak bulat pada ketika itu. 

Setelah berehat seketika, baru aku perasan dah masuk waktu zuhur. Hari itu ialah hari Jumaat. Walaupun kami sedang bermusafir, namun aku fikir ada baiknya juga kalau kami ke masjid untuk berjemaah. Bukan selalu berpeluang ke Cameron Highlands, apa lagi untuk bersolat di masjidnya. Aku dan Syahmie pun terus berwudhu' dan memandu ke masjid berdekatan berpandukan kepada arahan yang diberikan oleh aplikasi Waze. Bila sampai di lokasi, cepat-cepat aku cari tempat parkir di tepi jalan. Terus berlari ke pekarangan masjid yang sesak. Dan terus mengangkat takbiratul ihram. Waktu itu solat telah pun dimulakan. Jadi kami perlu menambah rakaat setelah imam memberi salam.

Sabriena dan Amier seronok memakai topi haiwan.

Sabriena pakai topi burung atau ayam.

Amier pakai topi chipmunk.

Sambil menelaah peta dunia.

Sabriena buat gaya ayam.

Semua orang pakai topi haiwan, termasuk Syahmie. Hehehe...

Kami sedang kumpul tenaga untuk keluar lagi pada sebelah petangnya.

Sekejap lagi nak makan tengah hari pula.

Tiba-tiba ada sebiji buah strawberi bersandar di atas Sabriena.

Inilah sebuah masjid di Cameron Highlands - tempat kami solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, kami kembali ke hotel. Kami makan tengah hari, dan meneruskan pengembaraan di seluruh pelusuk Cameron Highlands. Tempat yang paling penting dan wajib pergi ialah ke ladang teh. Memang Cameron Highlands sangat terkenal dan sinonim dengan ladang tehnya - Ladang Teh Boh. Kami memandu ke arah Pusat Teh Boh melalui jalan yang sempit dan berliku, yang terletak di Sungai Palas. Sayangnya, bila sampai di sana, pagar besar telah ditutup. Mungkin sebab kami tiba sangat lewat - sudah melepasi jam 6.00 petang. Jadi kami cuma bergambar di ladang teh di bahagian luarnya sahaja. Esok siang, kalau ada peluang, kami akan ke sini lagi. Lebih awal lagi.

Bersambung...

Ladang teh yang menghijau dan sangat tersusun.

Tenang bila melihat suasana yang sebegini.

Pemandangan ladang teh dari jalan besar.

Terhidu aroma daun teh segar di sini.

Pokok teh di tanam di lereng-lereng bukit.

Bergambar dari dalam kereta.

Sambil memakai topi haiwan.

Bergambar di ladang teh BOH.

Kata orang, kadang-kadang ada ular di ladang teh ini. Syukur, kami tidak terserempak dengannya.

Khasiat daun teh ini juga sangat banyak.

Masih lagi di sini.

Kami beralih-alih tempat untuk melihat pemandangan yang berbeza-beza.

Tidak ada yang bekerja pada waktu ini.

Amier sedang menceritakan pengalaman menariknya ketika berada di ladang teh.

Siap dengan gayanya tersendiri.

Cuba mengingat kembali apa yag telah berlaku.

Mengenang masa silam.

Memetik sehelai daun teh.

Ingin menghidu keharumannya.

Pusat Teh BOH tutup jam 4.30 petang daaaa...