m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label stadium. Show all posts
Showing posts with label stadium. Show all posts

Friday, May 26, 2017

4 Syawal 2016: Toi-toi yang bersidang

9 Julai 2016 - Apa khabar pembaca semua? Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga kita semua lulus dalam ibadah kali ini. Bulan depan dah nak raya lagi kan? Tapi aku masih ada lagi kisah raya tahun lalu yang masih belum aku kisahkan. Jadi aku nak jugak bagi cerita sikit kat sekelian pembaca yang budiman. Walaupu aku tahu, cerita pasal raya ni ada kalanya agak membosankan. Apa kata aku bagi fiksyen sikit untuk menambah selera pembaca. Nak-nak tengah lapar di pagi Ramadhan ni, kan??? Okay. Begini ceirtanya...

Pada hari ke-4 Syawal tahun lepas, kami sekeluarga bergi bersiar-siar di Kuala Selangor. Kami masuk satu shopping kompleks yang sangat besar dan baru aje siap dibina dan dirasmikan. Shopping kompleks tu tersangatlah besar. Lagi besar dai Pavilion. Lagi besar dari Suria-KLCC. Lagi besar dari Mid-Valley. Tapi kecil sedikit dari kedai 7-Eleven kat pekan Ampang. Sedang kami berjalan-jalan tu, kami ternampaklah sebuah kedai mainan. Sabriena menjerit-jerit kerana teruja, "Toy! Toy! Toy!" Bila aku terdengar jeritan Sabriena itu - Toy, terus aku teringat pasal keluarga Allahyarham Datuk aku yang merupakan dari keturunan yang kami gelar TOI. Lalu kami singgahlah ke Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk menghadiri sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Keluarga TOISU.

Baru sampai di hadapan Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Di samping Dr Seri Suniza, doktor pakar yang menyambut kelahiran Sabriena di Prince Court.
Masih dengan Dr Seri.
Ibu dan adikku sedang berbicara dengan seorang saudara.
Masih bersembang.
Tema baju untuk perjumpaan itu adalah berpakaian warna hijau. Untuk menghormati majlis, kami pun carilah daun-daun dari pepohonan di sekitar stadium, dan menampalkan ke pakaian kami agar kelihatan hijau dan natural. Kami sampai agak lewat sebenarnya. Masa tu pinggan mangkuk semua dan dibasuh. Makanan lebih telah pun dibagi kepada ayam dan itik. Tapi kami tak kisah. Kami tangkap ayam dan itik yang makan nasi lebihan tadi, kami sembelih, dan goreng buat dijadikan lauk.

Tiga orang sepupuku - Anis, Fazura dan Hakim.
Masih bertiga.
Bergambar anak-beranak.
Pakcik Jamil sentiasa ceria walaupun ada kalanya beliau kurang sihat.
Sempatlah jugak kami bertemu dengan orang kuat yang mengendalikan majlis ini - Wak Yan. Berbual-bual ringkas dengan saudara-mara yang masih belum pulang. Bergambar kenangan. Segala ucapan dari pelbagai pihak telah berlangsung sebelum kami tiba. Kebanyakan aturcara telah pun selesai sebenarnya. Sesudah bersua muka dengan saudara-mara dari keturunan Toi, kami pun minta dirilah untuk beredar. Lepas ni nak beraya di rumah saudara-mara yang lain pulak, yang terletak di Kuala Selangor. 

Sekian, terima kasih. Itulah fiksyen aku pada kali ini.

Wak Yan - orang kuat perhimpunan ini.
Amier - setelah menjamu selera.
Bergambar bersama Wak Yan.
Amier dan idolanya.
Banner majlis open house.
Ibuku mendapat sedikit sumbangan dari sepupunya.

Friday, January 17, 2014

Sambut majlis hari jadi di stadium

28 Disember 2013 - Selepas zuhur, kami menghadiri satu jemputan majlis hari jadi yang diadakan di Kompleks TNB Bangsar. Anak Abang Anjang, Mai dan suaminya Syed yang menjemput kami datang. Mulanya aku ingat majlis tu dibuat di kuarters TNB ke, di mana-mana sudut bangunan ke. Rupanya dibuat di stadium bola yang boleh menempatkan ribuan penonton dan orang ramai.

Sabriena tengah sedap minum air pasal kehausan.
Sedapnya Wanie makan kuih. Ada tepung pelita, karipap dan popiah.
Tempatnya memanglah best. Kelab Kilat TNB tu dulu memang popular, especially untuk perlawanan bolasepak pada tahun 70an dan 80an. Masa kami sampai, majlis dah pun bermula. Kek pun telah dipotong. Puluhan tetamu membanjiri stadium. Ada juga para tetamu yang tak dapat tiket untuk masuk ke dalam stadium, dan terpaksa menunggu di luar. Perjalanan majlis memanglah sangat meriah dengan adanya badut yang tolong buatkan benda-benda menarik daripada belon panjang. Badut tu punyalah handal. Daripada belon yang bentuknya lonjong dan simple, dia boleh buat pedang, bunga, anjing poodle, lolipop, dan macam-macam lagi. Tetapi yang paling aku kagum sekali, badut tu boleh buat kereta Proton Preve, siap dengan pemandu dan penumpang. Dan lampu dia siap boleh menyala. Boleh pasang high beam pulak lagi tu. Dan dia punya ekzos siap boleh keluar asap. Pergh! Memang itulah badut yang paling handal di dunia. Setiap tetamu diberi sebuah ciptaan daripada belon. Bayangkanlah, kalau dah puluhan ribu tetamu, tentulah banyak sungguh belon yang diperlukan untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan itu. Dan badutnya cuma sorang aje pulak tu!

Berborak dengan Kak Leha - nenek pengantin.
Kak Nopie pun datang jugak.
Ini Kak Ani dari Johor, turut memberi sokongan.
Abang Anjang - datuk kepada pengantin antara orang yang sangat sibuk pada hari tu.
Mai - mak pengantin.
Badut ni sedang membuat kapal selam Russia.
.....Tapi jadi kapal selam Perancis pulak.
Yang paling aku suka ialah sebab ada padang besar kat sebelah tempat majlis diadakan. Jadi bebudak bolehlah berlari-lari sesuka hati di atas padang yang jauh lebih selamat dari permukaan yang keras seperti jalan tar atau simen. Oleh kerana padang tu sangatlah luas, maka ada anak-anak yang berlari-lari hingga terlalu jauh sangat. Kira-kira tiga minggu masa yang perlu diambil untuk pergi dan balik dari tempat majlis ke sudut padang yang paling jauh.

Bapak pengantin, Syed (kanan).
Badut membuat tanjak Melayu kesultanan Melaka..
Abang Naim beratur  pasal teringin jugak nak dapatkan patung belon. Maklumlah, masa kecil-kecil dulu tak pernah merasa.
Permintaan anak kecil ini untuk mendapatkan patung belon berbentuk Naruto tak dapat dipenuhi si badut, pasal belon dah habis.
Makanan yang disajikan juga adalah pelbagai. Aku sampai rambang mata tak tau nak makan apa. Termenung lama aku di depan meja makan pasal tak dapat nak buat keputusan nak ambil makanan yang mana satu dulu. Aku berdiri tercegat depan meja tu hampir lima hari sebelum akhirnya aku putuskan untuk minum air mineral dulu sebelum menjamah makanan yang lain seperti kuih-muih, nasi lemak, bihun goreng, roti jala, roti jaring dan roti pukat tunda.

Memilih kuih idaman.
Syahmie dah pening kepala tak tau nak makan apa.
Bergambar bersama.
Badut sibuk melayan anak-anak.
Salah sorang kembar empat.
Sabriena dengan belon pintal. Macam roti. Sabriena gigit sampai pecah.
Berehat di atas padang bola.
Sabriena pakai tali pinggang belon.
Tali pinggang spesel milik Sabriena.
Belon merah tu dah pecah.
Sabriena kena tangkap.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah majlis hari jadi untuk anak Mai dan Syed yang kembar empat. Betul! Memang aku tak salah tulis. Kembar empat!! (Yang ini aku tak kelentong, okay). Tiga lelaki dan sorang perempuan. Aku tak pasti pulak ini hari ulangtahun umur mereka yang ke berapa. Masa isteri aku nak kumpulkan mereka untuk bergambar, punyalah susah. Last-last kami mintak khidmat nenek mereka untuk memanggil empat orang cucu kembar ini. Barulah kami dapat bergambar dengan mereka. Puas hati kami.

Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mai dan suami, serta Abang Anjang dan Kak Leha serta kaum keluarga yang lain yang telah menjemput kami untuk menghadiri majlis hari jadi yang sangat hebat ini. Kalau buat majlis yang macam ni lagi, jangan lupa menjemput kami ya?

Bersiar-siar bersama teman baru.
Menuju ke hujung padang.
Para pahlawan sedang bertarung.
Sabriena cukup happy dapat round-round satu padang.
Bebas macam burung.
Errr.... dah sesat ke?
Yang ini kembar jugak ke?
Main sorang-sorang atas padang.
Bergambar dengan Mai dan Kak Leha.
Padang ini aku yang punya.
Berangin jugak di sini.
Mama pun nak join jugak.
Amier pulak enter frame.
Akhirnya si kembar empat berjaya disatukan oleh nenek mereka.
Bergambar dengan si kembar empat.
Happy birthday si kembar empat.
Bersama emak dan nenek pengantin.