m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label ukay heights. Show all posts
Showing posts with label ukay heights. Show all posts

Thursday, November 30, 2017

Teachers of Kidz Cabin

25 November 2017 - You guys still remember Kidz Cabin? It is a kindergarten where our youngest daughter, Sabriena learns her ABC. Well, not just ABC actually. DEFG HIJK LMNO PQRS TUVW XYZ and many other stuffs as well. One of the teachers and partners is planning to leave, move from Kuala Lumpur. So, the school plans to give her some sort of gift or present. The Principal contacted me and asked me to draw some caricatures of the teachers. I agreed to do it. Took me a while to complete the drawings because of my tight schedule (kononnya lah kannn). But eventually I managed to get it done. And here is the outcome.




Present teachers and former teachers.

Thursday, December 8, 2016

Rusydi + Atika: Penutup malam pengantin

Bahagian 13 (Akhir)

Tuan puan yang saya muliakan sekelian. Walau sepanjang mana pun satu-satu kisah tele novela itu, walau beribu episod pun banyaknya, tetap akan sampai ke penghujungnya. Maka inilah episod akhir yang dinanti-nantikan oleh segenap pembaca dari seantero dunia. Perlu dipastikan kisah kali ini diikuti dengan sepenuh perhatian dan fokus. Di sinilah segala permasalahan terungkai. Segala konflik terlerai. Segala persoalan terjawab. Anda ingin tahu mengapa Ika mengenakan pakaian merah? Nak tahu mengapa Rusydi memilih lagu Ratuku? Nak tahu mengapa Arab-arab Al Yamani berjoget lambak? Nak tahu mengapa Mak Long merenjis secara bersungguh-sungguh? Nak tahu bagaimana dayang-dayang pengiring dipilih? Nak tahu apa yang tersirat di fikiran Syakirah ketika menjadi pengiring Ika? Dan macam-macam lagi persoalan yang akan dijelaskan dalam kisah pada kali ini. Lapangkan minda. Dan bacalah dengan penuh konsentrasi!

Ika dan Aniza.
Pian dan Aniza mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan pengantin.
Seluruh keluarga Pian-Aniza bergambar dengan pengantin.
Anak-anak turut happy dapat bergambar dengan Makcik Ika mereka.
Giliran kami pulak untuk bergambar dengan pengantin.
Kami masih bersama pengantin.
Kami sedang pujuk pengantin untuk bagi peluang kat kami pulak memonopoli pelamin.
Ya, Ika masih berpakaian merah saga. Dan Rusydi masih lagi memakai pakaian bernikah tadi. Tak tukar-tukar. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan pengantin. Kami sekeluarga berada di pelamin bersama pengantin. Setelah berjaya memujuk pengantin untuk beredar dari pelamin, kami pulaklah yang memonopoli ruang pelamin. Aku bersanding dengan isteriku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-19 pada ketika itu. Lama jugak kami berpasak di ruang terhias itu. Dan posing macam pengantin jugak. Tetapi versi pengantin senior-lah. Setelah kami selesai, keluarga Kak Long pulak yang mendominasi. Dan Ika dan Rusydi terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan sebagai raja dan permaisuri sehari.

Yes! Kami dah dapat conquer pelamin.
Aku cuba cover janggut beruban kat dagu.
Nak jugak buat logo LOVE. Masa kami bersanding dulu tak ada trend macam ni.
Logo LOVE yang mantop!
Sabriena nak enter frame.
Keluarga Kak Long pulak take over.
Bersama cucu-cucu.
Okay, ambil lagi gambar sampai puas.
One more shot, please.
Setelah kesemua ahli keluarga puas bergambar di pelamin. Maka kami pun bersurailah. Sekian terima kasih.

Errr... Eh korang nak tau ke segala persoalan yang aku cakapkan pada awal tadi? Sebenarnya aku dah bincang dengan penulis skrip, pengarah dan penerbit. Mereka kata biarkan ending cerita ni tergantung. Barulah para pembaca akan berfikir tentang kesudahannya. Bukankah sekarang ni sistem pembelajaran kita nak menggalakkan pemikiran aras tinggi? Jadi korang fikir sendiri ya ending kisah ni macam mana? Tapi jangan lupa. Ada lagi kisah Rusydi dan Ika. Di Cheras. Selamat berfikir dan selamat menunggu.

TAMAT.

"Saya sebagai pemegang mohor diraja mengisytiharkan tamatnya kisah ini. K-Bye!!!"

Tuesday, December 6, 2016

Rusydi + Atika: Lady in Red

Bahagian 12 

Jangan sangka kisah pengantin berbaju merah telah selesai. Belum lagi. Masih ada lagi lanjutan kisahnya. Mari kita nengok sambungannya.

Di pelamin, Rusydi telah melamar Ika, "Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya?" Ika yang terkejut badak dengan lamaran itu, telah menjawab dalam ketidak percayaan, "Saya sudi. Saya sudi." Para makcik tiba-tiba telah menyampuk. "Eh! Korang bukan memang dah jadi suami isteri ke?" Barulah kedua pengantin itu tersedar. Rupanya dah tak payah nak lamar-melamar dah. Itu semua dah lepas. Proses tu semua dah berlalu. Sekarang masa untuk bermesra-mesra. Sebagai pasangan suami dan isteri.

"Would you marry me?" tanya Rusydi kepada Ika.
Ika tak terus menjawab. Bagi Rusydi suspen sikit.
Ika sekadar merenung wajah Rusydi penuh makna.
Ika berfikir sejenak.
"Okay. I will marry you", jawab Ika.
Ika seronok. Rusydi bagai tak percaya.
Rusydi masih tak percaya. Dia bagai bermimpi.
Okay. Sekarang Rusydi dah percaya. Tapi Ika pulak yang rasa bagai bermimpi.
Setelah kedua-duanya tersedar dari mimpi, mereka membuat isyarat LOVE pakai tangan.
Memastikan logo hati itu dibentuk mengikut acuan yang betul.
Okay. Perfect shape!
Kini Ika kembali memegang jambakan bunga.
Mencium bau bunga yang sangat harum.
Bunga ini bukan saja wangi. Tetapi juga sangat cantik.
Setelah cerekarama di pelamin selesai, kini tibalah pula para tetamu yang masih bujangan, berbaris di hadapan pelamin untuk menyambut jambak bunga yang dilemparkan pengantin. Selain ahli keluarga Rusydi, turut berbaris dua orang Arab Al Yamani. Lalu Ika melemparkan jambak bunga ke angkasa. Tinggi. Jauh ke langit. Menerjah bulan. Dan tatkala jambakan bunga mula menjatuh ke permukaan bumi, para penyambut bunga telah bersedia dengan tangan mendepa ke atas. Dan dalam perebutan itu, akhirnya Mohamad Khasheb Al Yamani telah berjaya merampas bunga dari tiga jejaka yang lainnya. Mohamad Khasheb Al Yamani telah menggunakan kepakaran menangkap bola ketika menjadi penjaga gol bagi kelab-kelab bola sepak ternama dunia seperti AC Milan, Barcelona, Ajax Amsterdam, Manchester City dan Flamingo. Jambak bunga tadi telah ditangkap kemas. Tak mungkin terlepaskan.

Jejaka-jejaka bujangan sedang berbaris untuk merebut jambakan bunga.
Perebutan pun bermulalah.
Mohamad Khasheb Al Yamani membelek hasil tangkapannya.
Ika bergambar dengan ipar-duainya.
Girls only this time.
Masih lagi bertiga.
Sebagai mengakhiri agenda pada malam itu, Rusydi telah mendendangkan sebuah lagu untuk isteri tersayangnya, Ika. Rusydi menyanyikan lagu Ratuku, yang telah dipopularkan oleh Awie Wings. Oleh kerana Rusydi seorang yang sentimental, maka lagu itu jugak telah dinyanyikan secara sentimental. Sedap jugak alunan suara Rusydi. Dan Ika terus cair mendengar nyanyian itu. Membawa mereka ke alam rumah tangga yang sangat mengasyikkan.

Bersambung...

Rusydi sedang bersiap-siap untuk mendendangkan lagu.
Menyanyikan lagi Ratuku untuk isteri tersayang.
"Bisikan yang pertama..."
Dah habis menyanyi, Rusydi menjual pantun pulak kat Ika.
"Satu pantun murah aje. Lima ringgit seposen."
Selesailah sessi menjual pantun.
DJ: "Okay. Ya, para hadirin sekelian. Tamatlah sudah acara kita, ya. Bye".

Sunday, December 4, 2016

Rusydi + Atika: Pengantin berbaju merah

Bahagian 11

Eh! Belum habis lagi rupanya kisah pengantin Rusydi dan Atika ni. Memang belum habis. Kisahnya memang sangatlah panjang. Banyak episodnya. Boleh buat telenovela atau sinetron. Kat mana kita dulu ya? Oh, episod dulu kita berkisah tentang tingkah pengantin di pelamin. Kisah pelamin masih belum settle lagi. Kali ni kita bagi sedikit suntikan filem Hindustan.

Tiba-tiba Ika masuk ke dalam. Dan dalam sekelip mata, tatkala Ika keluar dari persembunyiannya, Ika telah bertukar pakaian. Kali ini gaun warna merah menyala. Semua tetamu bersorak dan bertepuk tangan. Sangat gemuruh. Ika yang tersipu malu terus mengatur langkah catwalk-nya. Satu per satu. Hati-hati. 

Ika dengan gaun merahnya.
Mak Teh dan Brader Muhamad Khasheb Al Yamani menjadi pengiring pengantin.
Seronok menjadi permaisuri sehari.
Seronok menjadi maharani sehari.
Seronok menjadi sultanah sehari.
Seronok menjadi ratu sehari.
Seronok menjadi puteri sehari.
Sambil Ika memperagakan pakaian ala Lady In Red nya, Mak Usu menggapai mikrofon dan mendendangkan satu lagu. Lagu tema majlis perkahwinan - Kasih yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang. Sesudah itu, kamera terus kembali memberi fokus kepada pengantin. Dan kelihatannya pengantin masih lagi bergurau senda suami isteri di pentas pelamin. Dan ketika lagu Maher Zain Barakallah dialunkan, para tetamu turut bernyanyi bersama sambil bertepuk tangan. Pengantin diraikan sepanjang malam. Sepanjang bintang berkelip. Sepanjang bulan mengambang.

Bersambung...

Mak Usu mendendangkan lagu tema perkahwinan.
Sabriena nak teman mamanya menyanyi.
Sabriena jadi penyanyi latar.
Berkipas suami isteri.
I kipas you, you kipas I. We kipas each other.
Rusydi buat lawak jenaka paling kelakar di planet ini. Ika ketawa pecah perut.
Rusydi suka tengok Ika ketawa.
Hana nak menyelit di antara makciknya.
Hana: "When I grow up, I want to get married too."
Ahli keluarga melayan lagu Barakallah.
Sebahagian ahli keluarga Rusydi.
Sri, Kak Timah dan isteriku turut bertepuk tangan.
Berdendang bersama.
Sebahagian ahli keluarga Ika.