28 Februari 2015 - Mesyuarat PIBG SMK Agama Maahad Hamidiah berlangsung lagi. Inilah first time kami datang meeting. Tahun lepas kami tak dapat join. Kami sampai kat dewan sekolah agak terlewat sedikit. Nasib baik masih ada satu parking depan dewan. Seolah-olah macam dah di-reserve-kan untuk kami. Lepas parking, terus aje kami register kat meja depan. Para petugas merupakan pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.
|
Mendaftar di pintu masuk dewan untuk mengundi di Permatang Pauh. |
|
Mendaftar untuk mengundi di Rompin pulak. |
|
Dalam Dewan Al-Syafie, tampat mesyuarat PIBG diadakan. |
|
Masih banyak lagi tempat kosong, walaupun kami sampai agak lewat. |
|
Berebut-rebut nak jawab soalan matematik. |
|
"Saya tau jawapannya, cikgu!" |
|
"Siapa nak BRIM?" "Saya, saya, saya!!!" |
|
Bila soalan pasal perakaunan diajukan, wife aku terus angkat tangan untuk mencuba jawab. |
|
Ramai jugak para ibu bapa yang arif pasal soalan geografi dunia. |
|
Bila ditanya soalan pasal sejarah Nicaragua, semua tak dapat nak jawab. |
Kat dalam dewan, orang macam tak berapa ramai. Banyak lagi tempat duduk yang kosong. Sebenarnya banyak jugak ibu bapa yang datang lewat. Dah semakin lewat barulah kerusi mula penuh. Macam biasalah, kalau ada mesyuarat PIBG, mestilah ada pembubaran ahli jawatankuasa lama. Dan mestilah ada perlantikan ahli jawatan kuasa baru. Maka calon-calon pun dinamakanlah untuk dipilih oleh para hadirin hadirat, ibu bapa dan guru yang ada kat dalam dewan. Aku tak kenal walau seorang pun dari mereka. Namun kami main angkat tangan aje ketika pengiraan undi dibuat. Wife aku paksa aku untuk turut angkat tangan sebagai tanda participation. Walaupun kami langsung tak kenal calon-calon yang dinamakan itu. Tuan Haji Ir Jazlan kekal sebagai YDP PIBG.
|
Nama-nama calon yang telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa PIBG yang baru. |
|
Pencatit-pencatit mata undi. |
|
Amier dah mula kebosanan. |
|
Barisan ahli jawatankuasa PIBG yang baru. |
|
Mesyuarat sedang dilangsungkan. |
Selepas perlantikan, mesyuarat pun dimulakanlah. Bila sampai ke topik kewangan, memang ramai orang mengajukan soalan. Kira itu merupakan topik pilihan penontonlah. Untung rugi, semua orang bagaikan nak tau secara detail. Bila sampai katagori lain-lain hal, atau time nak mengutarakan idea-idea bernas dari pihak hadirin, macam agak tergesa-gesa tuan pengerusi nak menutup majlis. Memang time tu dah agak lewat. Memang ada ahli PIBG yang dah mula resah. Tapi buat mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa pun tak dapat merangkum satu keputusan secara yang lebih sempurna. Rupa-rupanya lepas mesyuarat ada satu acara lain yang perlu diselitkan. Acara itu adalah motivation talk kepada ibu bapa. Aku tak berapa tau dan ingat nama pakar motivasi tu. Point yang diberikan agak bernas. Cuma cara dan kaedah penyampaiannya tak sepenuhnya mendapat perhatianku. Mungkin sebab dah tengah hari kot.
|
Perunding motivasi sedang memberikan ceramah. |
|
Penuh konfiden. |
|
Amier makan dulu nasi berlauk yang dibekalkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa. |
|
Aku telah dipanggil ke hadapan oleh pakar motivasi. |
|
Tiga orang bapa akan jadi barang ujikaji sebentar lagi. |
Aku dan dua lagi orang bapa telah dipanggil ke depan untuk dibuat ujikaji. Ia berkenaan kekuatan fizikal dan kekuatan minda. Experiment yang dibuat beliau sangat jelas dan maksudnya sampai ke dalam kotak pemahaman para pendengar. Cuma aku rasa macam kena tipu aje oleh encik pakar motivasi tadi. Tak apalah. Yang penting pengajaran yang nak diberikan tu.
|
Pakar motivasi sedang memberikan arahan kepada kami. |
|
Kami menampilkan penumbuk yang paling mantop yang ada pada diri kami. |
|
Tolong senyap. Ujikaji sedang dijalankan! |
|
Semua orang 'kena main' dengan pakar motivasi ni. |
|
Muka tak puas hati sebab kena main. |
Para ibu bapa hadirin hadirat dibekalkan dengan air minuman dan nasi makan tengah hari. Amier yang sangat lapar telah makan kat dalam dewan, ketika mesyuarat dijalankan. Kami bawak bekal balik ke rumah. Selepas mesyuarat, kami bawak Wanie keluar makan kat medan selera berdekatan. Kami pekena nasi ayam. Lepas makan tengah hari, dan hantar Wanie balik ke asrama, kami pun pulanglah dalam keadaan agak penat. Penat badan dan penat minda.
|
Mesyuarat dah habis. Jom balik. |
|
Sementara menanti makanan tiba di medan selera. |
|
Amir mengira untung rugi business-nya pada hari itu. |
|
Amier happy pasal hari ini banyak untung. |
|
Macam biasa, Wanie memang suka kacau adik dia. |
|
Nasi ayam dah sampai. Jom makan. |
No comments:
Post a Comment