m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 5, 2015

Atika bertunang - Aqif aqiqah - Fateh birthday: Tunangan orang

Bahagian 2

Acara berbual bicara di antara wakil-wakil rombongan lelaki dan perempuan telah pun berlangsung dengan jayanya. Kedua-dua pihak sangat-sangat bersetuju dengan syarat-syarat yang telah dikenakan  oleh baik pihak lelaki mahu pun pihak perempuan. Antara dialog yang sempat aku ingat pada pagi yang bersejarah itu adalah seperti ini:

"Apakah tuan hamba bersetuju dengan syarat-syarat tadi?"
"Saya setuju".
"Setuju sangat".
"Terbaek cadangan tu".
"Tak ada cadangan yang lebih baik dari itu".
"Saya cadangkan cadangan ditutup".
"Saya bersetuju dengan cadangan itu".
"Saya pun".

Pakcik kepada Rusydi sedang memperlihatkan rupa bentuk cincin tunang untuk Ika.
Abang Zai meneliti cincin tunang dengan berhati-hati dan berwaspada.
Abang Azman selaku ayah kepada pengantin perempuan turut membuat penelitian yang rapi bagaikan CSI.
Kemuncak dari acara bual bicara wakil-wakil itu adalah apabila cincin tunang untuk Ika ditayangkan kepada umum. Cantik sungguh cincin itu. Berkilat, pekat, mengerlip, cantik. Manakan tidak, Syafiq dengan pembantu-pembantunya telah membuat cucian snow wash dan waxing sebelum cincin itu dimasukkan ke dalam bekas. Sejurus para tetamu melihat cincin itu, bagaikan serentak mereka bersuara, "Waaaaaaaaaaaaahhhhhhhh......"

Kak Esah menanti saat-saat cincin akan disarungkan ke jari Ika.
Ika tampil buat pertama kalinya di hadapan orang ramai yang telah lama menunggu sejak awal subuh lagi.
Ika duduk dengan tenang di atas pelamin kecil sambil menyimpul senyuman.
Tiba-tiba Ika teringat tugasan kat tempat kerja yang masih belum disudahkan. Fikirannya mula runsing.
Acara menyarungkan cincin ke jari Ika oleh ibu kepada Rusydi.
Memastikan cincin yang bakal disarungkan ini adalah cincin yang betul.
Dan cincin pun disarungkanlah.
Dengan penuh berhati-hati.
Cincin telah pun tersarung kemas. Ika kelihatan sangat gembira.
Ika tidak dapat mengalihkan pandangannya ke arah cincin tunangannya itu.
Ika masih berasa teruja.
Mencium tangan bakal ibu mentua.
Masih mencium tangan tanda kegembiraan dan berterima kasih.
Dan masih lagi mencium tangan bagi mengambil hati bakal ibu mentua.
Menerima satu kucupan sayang dari bakal ibu mentua.
Tetiba Ika agak hiba bila mengenangkan kemalangan helikopter terhempas di Semenyih baru-baru ini.
Eida terkenang zaman ia dipinang oleh Kois suatu ketika dahulu.
Ika kembali gembira bila mengenangkan dia kini menjadi tunangan orang, dan orang itu adalah Rusydi Ramli.
Di pelamin yang cantik - hasil tangan pakcik-pakcik Ika.
Menyusun barang hantaran di ruang tamu.
Kemuncak dari majlis pertunangan ini adalah apabila 'pengantinnya' - Ika tampil ke hadapan, bersua muka dengan para tetamu. Bagaikan seorang menteri di Kementerian Kecantikan dan Pendandanan Awam, Ika melangkah konfiden ke ruang tamu sambil tangannya melambai-lambai kepada rakyat jelata yang telah sekian lama menanti penampilannya di khalayak. Kali ini penampilan Ika tak seperti selalu. Tidak berbaju t-shirt besar yang lusuh dan berseluar hitam pekat. Ika telah mengenakan busana pengantin serta di-makeup-kan dengan segala macam alat solekan sehingga nampak berseri-seri wajahnya. Para hadirin agak terkagum dengan kelainan ini. "Waaaaaahhhhhh....", teriak tetamu hampir serentak. "Ini mesti krim muka Safi ni", kata seorang tetamu dari jauh. "Tak lah. Ini Qu-Putih laaaaa..." kata seorang tetamu lain di suatu sudut.

Barang-barang hantaran pihak pengantin perempuan dibawa keluar.
Kesemua barang hantaran yang berjaya dihasilkan.
Kesemua barang-barang ini kelihatan sangat cantik.
Memastikan barang-barang yang dihantar ini mengikut senarai yang telah tertulis di dalam invoice.
Dan sejurus selepas itu, barang-barang hantaran pun turut dibawa keluar mengiringi Ika. Segala macam barang hantaran yang telah dihias indah diperlihatkan kepada tetamu. Sekali lagi para tetamu tergamam seraya berteriak, "Waaaaaaaaaahhhh. Cantiknyaaaaaa......" "Hah, yang ini memang sure penangan Qu-Putih ni!" jerit tetamu tadi. Semua barang hantaran telah dikumpulkan di hadapan pelamin kecil. Rombongan pihak perempuan mengenakan tema biru, sebagai lambang langit yang luas. Atau lautan yang luas jugak.

Bersambung...

Ika bersendirian bersama barang-barang hantaran.
Ika memerhatikan dengan kagum akan kecantikan barang-barang hantaran ini.



No comments:

Post a Comment