m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Tuesday, June 8, 2021

Durian Kalumpang: Mandi dan makan dalam terang

 Bahagian 4 (Akhir)

6 Julai 2019 - Malam dah memancing, siang pun dah memancing. Okay. Kita stop dulu cerita pasal memancing. Masa untuk bersarapan bersama keluarga, teman anak-anak mandi-manda di swimming pool, dan kemudian bersiap sedia untuk berkemas pulang.

Dari kolam ikan, aku terus ke sebelah swimming pool untuk sarapan. Ahli keluarga yang lain dah selesai makan pagi pun. Cuma aku aje yang baru terhegeh-hegeh nak cari pinggan dan makanan. Lepas memancing barulah perut berasa lapar. Pagi itu kami makan nasi goreng spesel. Banyak jugak aku makan.

Masing-masing baru selesai sarapan.

Brgitu juga dengan Abang Wahab dan Kak Sapiah.

Perut dah kenyang.

Amier makan nasi goreng berulamkan petai kertas.

Sodapp betuuulll!!!

Azirah dan Umminya.

Ardy meihat anak-anak bermain air.

Anak-anak kecil terus salin baju mandi dan terus terjun ke dalam swimming pool yang airnya sangat sejuk dan dingin. Seronok betul mereka bermain dan berenang di dalam air. Kami juga seronok melihat anak-anak seronok bermain air. Splash splish splush! Antara ramai-ramai yang berenang di situ, aku tengok Zarith lah yang paling daring dan berani. Terjun dalam air sangat konfiden. Tak takut air langsung!

Anak-anak  bermandi-manda di kolam renang.

Kolam renang ini adalah tarikan terbaru di sini.

Terjunan papan anjal.

Zarith paling berani sekali.

Tak cukup dengan sarapan nasi goreng dan berenang di kolam renang, kami dijamu pula dengan durian Kalumpang yang sangat hebat. Inilah acara kemuncak dalam sesi percutian pada kali ini. Tak taulah berapa biji durian yang dipersembahkan kepada kami. Satu-satu buah durian dikopek kulitnya. Ada isi putih. Ada isi kuning. Ada isi oren. Tak kisalah warna apa sekali pun, semuanya enak-enak belaka, dan cukup power. Kami pun melayan tekak kami berterusan sehingga habis semua durian kami kerjakan. Ada beberapa biji durian yang kami bawa balik untuk dibagi kepada Ibu di rumah merasanya.

Durian sudah mari!!!

Hafez sedang memilih baka durian yang paling power di Kalumpang.

Masa untuk menikmati keenakan buah durian.

Isteriku memegang durian yang paling terbaik di Kalumpang.

Inilah durian-durian terpilih - terbaik di antara yang terbaik.

Sabriena seronok dapat makan durian yang enak.

Nyomp nyomp nyomp.

Sama-sama makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.

"Jom kita bedal semua durian kat atas meja ni".

Abang Wahab masih tekun makan durian.

Memilih durian dengan isi yang paling tebal dan lemak.

Anak-beranak penggemar durian.

Akhirnya tengah hari pun menjelang. Waktu tu kami semua dah siap berkemas untuk pulang. Kami dijemput untuk makan tengah hari dulu sebelum pulang. Jadi kami pun makanlah juadah masakan melayu kampung yang sangat enak. Lauknya ialah ikan-ikan yang kami pancing malam semalam. Ikan-ikan itu semua digoreng garing, cukup asam garam dan kunyitnya. Memang sangat sedap. Tak terasa hanyir langsung. Ikan segar yang digoreng memang laris pada tengah hari itu. Enak bukan kepalang!

Selesai makan, kami minta diri untuk pulang. Bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga. Kami juga secara khusus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Hasni dan Kak Ogie kerana telah melayan kami dengan baik, dan menghidangkan kami dengan makanan dan buah-buahan segar dari pohonnya. Insya Allah kalau tiada aral, kami akan berkunjung lagi ke sini. Tunggulah sehingga tamat musim PKP dan sehingga kita berjaya memerangi dan menangani pandemik covid-19 ini.

T A M A T

Masa untuk makan tengah hari.

Lauk ikan segar yang digoreng memang power.

Adik-beradik makan apa tu?

Berselera sungguh Zarith makan.

Makan ayam ke tu?

Kak Enon dan anak-anak makan tengah hari di satu sudut ruang.

Makan sambil menikmati bunyi air.

Pucuk ubi rebus pembuka selera.

Masakan ala kampung pedalaman.

Kenikmatan makan tengah hari yang tidak terungkap.

Kak Ogie, Ienah, Kak Uda, Abang Hasni dan Abang Zahid makan bersama semeja.

Saksikanlah betapa menyelerakan sekali ikan goreng ini. 

Gulai ikan yang tak kurang hebat dan enak.


Sunday, June 14, 2020

Lexis Hibiscus PD: Makan, memanah dan memancing

Bahagian 3


17 September 2016 - Mandi kolam ni sebenarnya memenatkan. Dan menjadikan perut lapar. Bila sampai aje waktu tengah hari, kami pun berpakatlah untuk bergerak ke Teluk Kemang mencari makan. Di Teluk Kemang memang banyak tempat makan. Boleh pilih yang mana satu. Teluk Kemang memang merupakan tempat tumpuan ramai. Aktiviti-aktiviti seperti mandi-manda, naik banana boat, berkuda, dan macam-macam lagi memang ada di Teluk Kemang. Kawasan itu sedikit sibuk. Tetapi meriah dan menyeronokkan. Kami akhirnya singgah di satu gerai makan nasi campur yang ada di situ. Lauk-pauknya punyalah banyak piihannya. Sampai rambang mata dan rambang tekak nak memilih yang mana satu hendak ditelan. Harganya juga berpatutan. Waktu tepi pantai tengah panas macam ini, pekena air kelapa muda dingin memang menyegarkan. Kalau nak 'up' lagi, cuba pekena coconut shake. Pergh! Lagilah power. Boleh pengsan!

Kami naik buggy dari bilik untuk ke lobi.
Naik buggy memang seronok sebab ada angin laut.
Menjamu selera tengah hari di Teluk Kemang.
Banyak pilihan masakan kampung yang enak-enak.
Ikan keli masak lemak cili api dan coconut shake. Memang kaw!!
Dah selesai makan. Semua orang happy.
Dah pun sampai di Lexis Hibiscus.
Sempat kami memetik sekuntum bunga raya (hibiscus) yang banyak tumbuh di sepanjang jalan masuk ke resort.
Sesudah makan tengah hari di Teluk Kemang, kami singgah mencari umpan udang di supermarket atau pasar. Sesudah itu barulah kami pulang ke Lexis Hibiscus. Kami tidak terus duduk berehat di bilik. Kami cuba aktiviti memanah pula. Setelah register nama, kami bergilir-gilir mencuba kepakaran kami dalam sukan yang digalakkan oleh Rasulullah (s.a.w.) ini - sukan memanah. Aku memang kurang handal dalam sukan ini. Tapi kalau sekadar nak memanah rusa, seladang, harimau bintang dan singa, tak menjadi masalah. Hehehe...

Sesudah memanah barulah kami pulang ke bilik untuk berehat. Sewaktu di lobi, kami menyaksikan satu persembahan dari pihak resort - tarian selamat datang bagi mereka yang baru sampai. Tarian selamat datang ni ala-ala tarian cowboy dan red indian. Tetapi ditarikan oleh orang-orang tempatan. Selepas ini barulah kami naik buggy untuk ke tempat penginapan kami, untuk berehat. Dan aku pula sudah pasti ingin memulakan pancingan laut dalam yang terunggul di abad ini.


Daftar nama untuk memanah kategori profesional.
Bagaikan Robin Hood.
Membidik dengan tepat.
Satu anak panah hinggap di empat target bulls eye.
Wanie pun tak mahu kalah juga.
Bagaikan serikandi purbawala.

Syahmie meneruskan panahan. Masih banyak lagi musuh yang perlu ditewaskan.
Panahannya tepat ke arah ketua panglima perang pihak musuh.
Farid datang membantu.
Menggunakan anak panah beracun yang mampu menumbangkan gajah dan naga.
Memadankan anak panah pada busarnya.
Sekali lagi Farid membidik ke sasaran.
Sekali panah, sebuah jet pejuang Rusia jatuh terhempas.
Sabriena terlalu kecil untuk memanah.
Jadi Sabriena membeirkan sokongan moral kepada semua yang memanah.
Seronok menyaksikan kakak dan abangnya memanah.
Tiba-tiba ada tarian cowboy di ruang lobi.
Rupanya ini tarian selamat datang.
Pihak resort mengalu-alukan tetamu yang baru sampai.
Ditarikan oleh staf resort yang merupakan anak tempatan.
Kami tekun menyaksikan persembahan tarian itu.
Juga terhibur.
Siap ambil gambar dan video lagi.
Semua yang menonton berasa terhibur.
Persembahan sudah habis. Jom balik bilik!

Sampai saja di bilik, aku terus siapkan pancingku. Dua batang joran teleskopik kupertaruhkan untuk menduga ikan-ikan gred A yang menghuni laut dalam di Selat Melaka. Kalau aku bawa kereta yang lebih besar, sudah pasti aku akan membawa joran dengan lebih banyak. Tetapi buat masa ini, pakai ajelah dua batang joran teleskopik ini. Setelah melemparkan mata kail bersulamkan umpan udang ke air, aku pun menantilah getuan ikan dengan tabah. Anak-anak menemaniku sambil memberikan perangsang. Lama juga aku menunggu. Sehinggalah tiba-tiba...

Bersambung di minggu hadapan. (Bagi suspen sikit).

Hujung joran aku tiba-tiba melendut sedikit. Aku bagai kehairanan. Tetapi sangat teruja. Maknanya ada ikan yang dah makan umpan. Dan kemungkinan juga telah terkena mata kail yang sangat tajam bak pedang itu. Tanpa berlengah lagi, aku pun terus melompat dari kerusi, membuat somersault tiga kali, lantas berteriak "Fish on!!!" Terus aku mencapai joran dan  mengarau kekili dengan pantas seperti road runner. Bila ikan naik saja ke darat, aku berteriak lagi, "Kurau! Kurau! Ikan kurau!!!" Jeritanku sangat kuat, sehingga seluruh warga Port Dickson terkejut dan kehairanan, tak tahu apa yang sedang terjadi. Punyalah aku gembira dapat menaikkan ikan yang rare ini. Walaupun saiznya tidak sebesar mana. Malam nanti akan kami goreng ikan ini dan memakannya ketika ia masih fresh. Dan itulah yang kami lakukan pada malam harinya.

Bersambung...

Di bilik, aku terus memancing.
Oh! Dah pun dapat seekor ikan kurau.
Seronok hatiku bukan kepalang.
Tak tahulah nak masak kari atau tiga rasa.