m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label taekwondo. Show all posts
Showing posts with label taekwondo. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Taekwondo: Cabaran hijau!

4 Disember 2016 - Setelah berjaya melepasi cabaran tali pinggang kuning dua, Amier terus melangkah ke cabaran  yang selanjutnya - tali pinggang Hijau! Cabaran kali ini sangatlah luar biasa. Dan aku tahu, Amier sendiri sangat kurang berlatih untuk ujian kali ini. Malah masa yang diluangkan untuk membuat latih tubi juga sangat terbatas. Tiada pertapaan di gua atau gunung. Tiada latihan di gymnasium. Tiada sparring dengan teman-teman seperjuangan. Tiada makanan tonik kuat badan. Tiada ini. Tiada itu. Tiada segalanya. Tetapi Amier cekal. Terus cekal bergerak maju ke medan laga.

Para pelatih beratur untuk mendapatkan subsidi minuman susu segar dari pihak sekolah.
Duduk menanti giliran untuk beraksi.
Amier dengan wajah ganasnya telah bersiap siaga.
Nama Amier masiih belum dipanggil lagi.
Pelatih tali pinggang merah sedang cuba mematahkan kayu jati dengan menggunakan gigi.
Seorang master sedang memerhatikan para murid-murid pelatih.
Operasi mematahkan kayu jati masih lagi diteruskan.
Amier masih menanti.
Dan terus menanti.
Acara grading taekwondo diadakan di Sekolah Jalan Gurney. Memang di sinilah tempat kerabat taekwondo bersidang dan beradu kuat. Berduyun-duyun pelatih taekwondo dan para ahli keluarga hadir. Bahang acara sangat dirasakan oleh setiap yang hadir. Suasana tegang sentiasa menyelubungi gelanggang. Para jurulatih berteriak bertempek. Anak-anak berlari memekik. Ibu bapa penuh gusar dilingkungi udara yang tepu dengan keresahan. Dan acara akan dimulakan seketika saja lagi.

Ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak.
Giliran Amier semakin hampir.
Tetapi masih belum dipanggil nama Amier.
Teacher Alice (guru taekwondo Amier) sedang memeriksa nama murid-murid.
Sebahagian dari instructor yang pernah mengajar Amier.
Para murid-murid pelatih dipanggil nama mereka. Satu per satu.
Amier menanti dengan sabar. Akhirnya namanya dipanggil juga. Amier bingkas bangun. Tiada sebarang ragu atau gentar. Gagah kaki menampungi tubuh gempal sasa Amier. Dan jurulatih memberi arahan. Tegas.

"Front upper punch!"
"Lower section block!"
"Double side kick!"
"Triple flying kick!"
"Turning kick!"

Tang turning kick tu Amier macam tak berapa konfiden pulak. Amier punya turning kick macam orang tendang bola aje. Tak macam taekwondo langsung. Tapi juri yang melihat tetap memberi markah kepada Amier. Tinggi pulak markah yang diberi oleh Master. Kaji punya kaji, rupanya tendangan side kick Amier tu sebijik macam tendangan lencong Mohd Faiz Subri yang baru dapat award Puskas Fifa baru-baru ni. Okay-lah. Tak kisahlah tu. Yang penting Amier dapat markah yang memuaskan. 

Dan setelah beberapa minggu sesudah grading, akhirnya Amier dianugerahi tali pingggang hijau kerana lulus dalam sessi grading-nya. Aku sangat berbangga dengan pencapaian Amier. Kini level Amier dah sama dengan kakaknya, Wanie. Aku terus memberi galakan agar Amier terus mendapat tali pinggang merah pada hujung tahun berada di SK Ampang. Amin.

Amier sedang beraksi.
Seluruh warga pelatih sedang mempersembahkan aksi hebat mereka.
Left hand punch. Tapi ada jugak  yang buat right hand punch.
Master sedang memberi markah kepada para pelatih.
Amier dan rakan-rakan masih lagi beraksi.
Master masih lagi memberi tumpuan kepada pemarkahan.
Ibu bapa semakin cemas.
Memberi sokongan moral kepada anak-anak.
Setelah habis grading.
Amier berasa lega.
Sangat lega. Walaupun botak.
Tiga minggu kemudian.
Amier memperolehi tali pinggang hijau. Syabas anakku!

Tuesday, December 27, 2016

Taekwondo kuning dua

10 September 2016 - Setelah melepasi tahap tali pinggang kuning pertama, kini Amier berdepan pulak dengan satu lagi ujian getir - grading untuk tahap tali pinggang kuning kedua. Lokasi yang sama di sekolah Gurney. Amier nampak tenang dan cukup bersedia. Latihan bertali arus dan latih tubi yang bertubi-tubi serta pertapaan di Gua Niah selama satu purnama tempoh hari bakal membuahkan hasil. Aku dan Syahmie yang menemani Amier turut berasa yakin dengan kemampuan Amier.

Menanti nama dipanggil untuk grading.
Ramai jugak pelajar-pelajar yang bakal diuji tahap kemahiran mereka dalam seni taekwondo.
Mengambil tempat masing-masing.
Amier sedang beraksi.
Apabila nama Amier dipanggil untuk memperagakan aksi jurus taekwondo-nya, maka Amier pun maralah ke hadapan. Tiada rasa gentar. Tiada ragu. Penuh yakin diri. Antara ujian yang perlu dilepasi Amier termasuklah mematahkan balak kayu cengal dengan diameter 1 meter. Kemudian memecahkan dinding batu konkrit setebal satu kaki. Dan akhir sekali ialah membuat turning dan flying kick berserta dengan somersault sambil menjawab soalan matematik tahap PT3. Sekali pandang nampak macam okay aje performance Amier. Dan setelah seminggu kemudian, memang jelas Amier telah berjaya melepasi halangan ini. Tahniah Amier!

Grading selanjutnya ialah tahap tali pinggang hijau. Dan kali ini ujiannya lebih mencabar fizikal dan minda.

Setelah selesai menjalani ujian yang getir.

Friday, June 17, 2016

Amier dapat Tali Pinggang Diraja Taekwondo

21 Mei 2016 - Ingat lagi tak kisah Amier dengan jurus taekwondo nya? Akhirnya pada hari ini, di tarikh ini, ada grading yang pertama buat Amier untuk memperolehi Tali Pinggang Diraja - Tali Pinggang Kuning. Pendaftaran dan bayaran RM50 telah dibuat seminggu lebih awal. Nama Amier telah dicatat sebagai salah seorang calon yang akan menduduki grading Tali Pinggang Kuning.


Amier dengan tumbukan Naruto Shippuden-nya.
Lower section outer block.
Penumbuk Muhammad Ali (Al Fatehah).
Bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.
Memasang kuda-kuda sebelum membuat tumbukan padu.
Seminggu sebelum grading, Amier telah berlatih dengan penuh gigih aksi-aksi taekwondo versi Korea Selatan, Korea Utara, Jepun dan China. Instructor Amier telah mencurahkan segala ilmu taekwondo yang wujud di atas muka bumi ini kepada Amier. Tetapi mendapati tendangan Amier masih pada tahap yang kurang bagus untuk dinilai. Maka instructor suruh Amier berguru dengan master-master dan sifu-sifu yang lain untuk mendalami ilmu taekwondo yang ultimate. Maka aku dengan susah payah telah membawa Amier berjumpa dengan Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Jet Li. Mereka telah mengajar teknik tendangan yang paling dahsyat yang kemudiannya telah diterapkan dalam seni bela diri taekwondo.

Ketika menanti instructor menyampaikan keputusan grading.
Nama Amier dipanggil. Keputusan dinyatakan.
Pada hari grading sebenar yang telah diadakan di Dewan SK Ampang, aku duduk di luar memerhatikan aksi Amier menurut arahan instructor. Nampak gayanya pergerakan tumbukan Amier agak kemas. Kemudian instructor suruh buat aksi tendangan pulak. Tendangan Amier semakin baik. Malah salah satu tendangan yang dibuat Amier sangatlah hebat, sampai pecah siling dewan dibuatnya. Wah! Dahsyat tu!! Aku sangat konfiden, yang kali ini sudah pasti Amier dapat melepasi tahap ini dan beroleh tali pinggang kuning.

Dua minggu setelah grading, instructor mengumumkan keputusan grading. Satu-satu nama dipanggil. Setelah lama menanti, akhirnya nama Amier pula yang dipanggil. Amier menyahut, "Yes Sir!" Lantas Amier berdiri. Instructor berkata, "Lulus." Kawan-kawan bertepuk tangan. Boleh dikatakan, kesemua yang hadir grading lulus ke tahap yang selanjutnya. Tahniah kepada semua. Dan tahniah khusus kepada Amier. Semoga ini akan boost Amier punya morale untuk turut cemerlang dalam lain-lain hal juga, termaksuklah pelajaran di sekolahnya.

Yargkhhh!!!

Instructor memanggil nama pelatih dan memberi tahu keputusan grading.
Amier bangga dengan tali pinggang Diraja-nya.
Aksi seorang juara.
Berwajah macho dan menggerunkan pihak lawan.
Wajah bengis bak singa lapar di padang pasir Afrika.
Amier - the yellow belter.

Saturday, May 21, 2016

Master Syamier beraksi

30 Januari 2016 - Yes! Memang dah lama betul aku tak menulis blog. Satu entry pun aku tak masukkan pada bulan April lepas. Sibuk bukan kepalang. Dan banyak jugak urusan kekeluargaan yang perlu aku uruskan. Tak apalah. Ini ada sedikit masa terluang, aku cubalah menulis semula apa-apa cerita yang patut.

Pada suatu hari, Amier datang kepadaku lantas menyerahkan satu borang. Borang taekwondo dari SK Ampang. Aku tanya Amier, "Amier nak masuk taekwondo ke?" Amier mengangguk. Okay-lah. Kakaknya, Wanie dulu pun masuk taekwondo jugak. Sampai tali pinggang hijau aje. Malah Sabriena pun masuk taekwondo kat sekolah tadika Kidz Cabin-nya. Aku pun pernah masuk taekwondo jugak. Aku cuma dapat tali pinggang kulit aje. He he he. Borang tadi aku isi dan sertakan wang sebagai yuran keahlian. Latihannya cuma sekali seminggu sahaja di pekarangan sekolah pada hari Sabtu.

First session kelas taekwondo.
Instructor membetulkan tumbukan Amier.
Amier gunakan belakang budak tu sebagai punching bag. Dush! Dush!
Inilah tumbukan padu ala-ala Naruto.
Amier perasan gerak lakunya dirakamkan aku.
Kali pertama Amier masuk kelas taekwondo, memang banyak langkah sumbang. Bukan Amier sorang aje, kebanyakan budak-budak memang pasang langkah sumbang. Hentam sajalah Labuuuu... Lama-kelamaan barulah makin improve. Sedikit demi sedikit. Tapi banyak kali jugak Amier terpaksa ponteng latihan pasal bila Sabtu petang aje, kami selalu ada aktiviti yang pelbagai. Hantar orang bertunanglah, kenduri kahwinlah, pergi sana, pergi sini, dan macam-macam hal lagilah. Kalau tak sempat, boleh pergi kelas ganti kat centre dia di Bandar Baru Ampang. Nama persatuan taekwondo ini ialah KORYO.

Baru sekejap tadi, hari ni, Amier ada first grading dia untuk tali pinggang kuning. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Amier. Nampak gayanya Amier telah beraksi cemerlang masa grading tadi. Tendangan Amier semaikin hebat, jauh lebih baik dari sebelum ini. Huh hah hoh!!! Yellow belt, I'm ready for you!

Amier dengan uniform yang baru diperolehinya setelah seminggu berlatih.
This is Master Amier.