m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 11, 2015

Atika bertunang - Aqif aqiqah - Fateh birthday: Setelah penat membuat majlis

Bahagian 7 (Akhir)

Bertunang sudah, birthday pun sudah. Tetamu yang hadir telah sedikit demi sedikit pulang meninggalkan ruang majlis. Maka yang tinggal adalah saudara-mara serta kengkawan yang rapat. Masa ni lah kami nak rehat-rehat, lepak-lepak sambil makan-makan untuk round ke-2, 3, 4, 5, dan seterusnya. Anak-anak pulak semakin seronok bermain dengan belon. Kejar mengejar sampai peluh membasahi pakaian masing-masing.

Amin sedang hantar whatsapp kepada seseorang, "Cepatlah datang. Boleh kita bersanding kat sini. Pelamin tengah kosong ni".
Amin terkejut dengan kehadiranku.
Terpaksa membuat senyuman tawar untuk cover line.
Menyedari senyuman tawarnya itu tak dapat menutup apa yang terselindung, Amin lantas tertawa kecil.
Anak-anak sedang main kahwin-kahwin.
Faiisal dan Taufiq sedang makan sejenis nasi beriyani yang digelar "Nasi Beriyani Kelakar".
Faridz dan Acap berasa lucu dengan lawak yang dibuat oleh Mukamil pasal GST.
Amin dan Ali mengambil kesempatan terluang untuk baring dan tidur di ruang tamu sambil mimpi cerita hantu.
Yang terlalu penat mengambil kesempatan untuk baring-baring di atas lantai berbantalkan lengan. Dan masa ni jugaklah barang-barang hantaran dibuka dan diagih-agihkan kepada ahli keluarga agar sama-sama dapat merasa keenakan makanan yang dihias cantik sebelum ini.

Amier sedang geram dengan buah-buahan yang nampak sangat lazat dan berkhasiat.
Amier nak ambil buah oren dan anggur. Tapi aku menegahnya.
Amier beralih aktiviti kepada meniup belon pulak.
Tapi Sabriena pun nak main belon jugak.
Koas sedang berehat sambil makan aiskerim. Sambil Saleh sedang membuat experiment berkaitan lampu dan tenaga elektrik.
Saleh nak tiup belon.
Amin sedang cuba untuk menyelamatkan belon yang tersangkut di kipas siling.
Belon itu gayat nak turun sebab tinggi sangat.
Dengan kepakaran Matematik dan Geografi, Amin telah berjaya menyelamatkan belon yang malang itu.
Anak-anak bermain FB.
Di khemah masih ramai lagi tetamu yang berbual mesra.
Bila aku jenguk ke khemah, rupanya masih ramai lagi para tetamu yang kebanyakannya terdiri dari ahli keluarga. Masa inilah borak sembang dipanjangkan. Apa saja subjek boleh dibualkan, asal saja tak menyentuh hal-hal yang sensitif. Tetamu jugak mengambil kesempatan bergambar di sudut-sudut yang menarik. Khemah memang telah dihias sangat cantik dengan tema biru meriah. Semua tetamu dan tuan rumah nampaknya sangat puas hati. Dan sungguh berbaloi curahan tenaga dan idea pada hari-hari sebelumnya untuk menjayakan majlis ini.

Akhir kata, aku ucapkan tahniah dan selamat bertunang kepada Ika dan Rusydi. Aku ucapkan tahniah dan happy birthday kepada Fateh. Aku ucapkan tahniah dan selamat aqiqah kepada Aqif Danish. Dan aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar semua!

TAMAT.

Kois sebagai Floor Manager memastikan semua berjalan lancar.
Berbual adik-beradik pasal GST.
Berbual pasal ABC. Bagi mereka topik GST sudah agak basi.
Para sepupu sedang berkumpul untuk membuat satu pakatan.
Ika dan kawan-kawan.
Kawan-kawan dengan Ika.
Ani dan Mai turut hadir memeriahkan majlis ini.
Pian dah penat. Masa untuk berehat.
Suraya, Ika dan Fateh.
Ibuku turut hadir walaupun bersama kerusi rodanya.
Ika bersama Pak Uda.
Fateh dengan ibu dan ayah dan kakak-kakak sepupunya.

No comments:

Post a Comment