4 April 2015 - Agak kerap jugak kami mendapat jemputan ke majlis perkahwinan. Kalau bukan dari saudara-mara, jemputan tu datang dari kawan-kawan. Yang kami sempat pergi, kami akan pergi. Yang mana tak sempat, kami mohon maaf ajelah pasal tak dapat memenuhi jemputan. Dan diharap si penjemput taklah berkecil hati.
|
Menjamu selera. Enjoy sungguh kami makan. |
|
Sabriena suka kuih tepung pelita. Habis dimakannya satu takung. |
|
Ayam goreng panas sangat enak. |
Pada tarikh ini, kami menghadiri satu jemputan perkahwinan dari dua pupu aku - Kak Lina dan suaminya. Majlis diadakan di sebuah dewan di bangunan Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam. First time kami menghadiri majlis di sini. First time jugak kami pergi ke bangunan ini. Bila aku masuk ke dalam bangunan muzium ini, aku agak terkeliru. Betul ke ada dewan majlis di sini? Berlegar-legar aku di sekitar muzium sambil melihat barang-barang pameran yang bagi aku sangat menarik. Konsep masuk dan lawat muzium dulu baru pergi ke majlis bagi aku sangat unik dan mengujakan. Secara tak langsung, muzium yang selalunya lengang dari kehadiran pengunjung, telah dimeriahkan dengan tetamu-tetamu majlis.
|
Isteriku berbual dengan dua pupuku - Ain. |
|
Bapa pengantin dengan ayahku. |
|
Mengucapkan terima kasih kerana hadir meraikan majlis ini. |
|
Mintak diri. Kami berangkat pulang dulu. |
|
Pasangan pengantin baru. |
|
Yang laki-laki tu ialah anak Kak Lina. |
Kami sampai ke dewan majlis sangat lewat sebenarnya. Tapi makanan masih ada. Ayam goreng pun masih panas kerana baru digoreng. Kami makan dengan sangat berselera. Tetamu pun dah tak ramai. Tinggal ahli keluarga terdekat saja. Selepas selesai makan, kami terserempak dengan Ain - salah seorang dua pupu kami, yang juga merupakan sepupu kepada ibu pengantin. Isteriku menyapa Ain. Dan berbual lama dengan Ain. Apa yang dibualkan mereka berdua, aku pun tak tau. Tapi agak lama jugaklah. Dan isteriku menampakkan riak wajah yang serius ketika bersama Ain. Bila kami meninggalkan majlis, isteriku mula bercerita. Ayah Ain, Paman Ja'i rupanya sedang sakit tenat. Isteriku mengajak kami semua menziarahi beliau di Batu Belah, Kelang. Dan lalu kereta kupandu ke arah rumah Paman Ja'i.
|
Amier suruh aku ambil gambar masjid besar Shah Alam yang boleh kelihatan dari tingkap dewan majlis. |
|
Sebelum pulang, bergambar dulu di Muzium Sultan Alam Shah. |
|
Amier jadi pendekar Melayu. |
|
Inilah dia pendekar Amier. |
|
Di lobi muzium. |
|
Bergambar dengan rangka buaya Selangor. |
Di rumah Paman Ja'i dan Bibik Saodah (sepupu ayahku), kami berbual panjang. Tapi tak sekali pun Paman Ja'i menceritakan mengenai betapa kroniknya penyakit sedang beliau hadapi. Dan dari luarannya, Paman Ja'i memang tak nampak terlalu sakit. Cuma beliau sekali-sekala berasa demam. Setelah solat asar, kami minta diri untuk berangkat pulang. Pada petang tu jugak, kami perlu menghantar Wanie pulang ke asrama di Maahad Hamidiah, Kajang.
|
Background menampakkan replika stesen keretapi lama. |
Berita yang sangat mengejutkan yang kami terima kira-kira dua minggu lalu, ialah berita mengenai kembalinya Allahyarham Paman Ja'i ke Rahmatullah. Kami berasa sedih bila mendengar berita ini, kerana tak berkesempatan menziarahi jenazahnya. Kami cuma dapat tahu setelah kira-kira dua hari Allahyarham meninggal. Doa kami kepada Allah agar mencurahkan sepenuh rahmat kepada Allahyarham serta menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang mendapat sepenuh redha Allah. Amin.
Al-Fatehah.
|
Shot teralhir sebelum berangkat ke Batu Belah, Kelang. |
No comments:
Post a Comment