m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label wanie. Show all posts
Showing posts with label wanie. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Memancing di tasik UiTM Dengkil

23 Februari 2020 - Dah lama aku berangan-angan nak memancing di salah satu tasik yang ada di sekeliling UiTM Dengkil. Sejak anak sulung kami, Syahmie belajar di situ lagi pada kira-kira dua tahun yang lalu. Kini Wanie pula yang menuntut ilmu di sana. Jalan pintas ke pintu masuk utama juga nampak gayanya telah dibuka. Salah satu tasik yang ada di kawasan itu terletak betul-betul di sebelah jalan besar. Semakin geram aku melihat tasik luas yang cantik itu tersergam tanpa diganggu. Berkobar-kobar semangatku untuk menduga ikan-ikan di air yang bermukim di situ.

Luas sungguh tasik ini. Ada beberapa tasik yang seumpama ini di kawasan UiTM Dengkil.

Aku rasa ikan-kan besar berselindung di sebalik ranting-ranting di dalam tasik.

Pancingan telah dimulakan.

Suatu petang, isteriku telah mencadangkan kepadaku untuk kami mencuba nasib di tasik Dengkil itu. Kami memang dah bercadang nak melawat Wanie pada petang itu. Bolehlah singgah sebentar di tepi tasik. Kebetulan pula, cacing tanah yang kubeli minggu lalu masih ada lagi berbaki. Tanpa banyak soal, aku menyetujui cadangan itu.


Ikan pertamaku. Satu-satunya ikan yang berjaya dinaikkan.

Isteriku turut memancing.

Menanti ikan memakan umpan.

Kami jumpa Wanie dulu di asrama. Ajak dia pergi ke tasik sekali. Sesampainya di tasik, Wanie dan Sabriena duduk dalam kereta. Aku dan isteriku pergi ke tepi tasik untuk memancing. Dalam perjalanan kami ke sana, kami terserempak dengan seorang pemancing yang baru selesai memancing menggunakan umpan soft plastik. Aku tanya, "Dapat ikan tak?" Jawabnya, "Tak dapat." Banyak ke ikan di sini? Ikan jenis apa ada kat sini?" tanya kami lagi. "Ish ish ish... Kat sini dulu ada macam-macam jenis ikan. Ada toman, haruan, jenahak, kerapu, tongkol, senangin, kurau dan GT. Kalau nasib baik, kadang-kadang boleh dapat blue marlin!" Mendengar itu, aku semakin bersemangat. Kata pemancing itu juga, tilapia memang banyak di situ. 

Kami terus memulakan pancingan menggunakan umpan cacing dan roti. Tak lama menanti, umpan cacingku dirembat seekor ikan tilapia sebesar tiga jari. Lalu aku lepaskan kembali ke tasik setelah kuambil gambarnya. Getuan-getuan kecil memang terasa. Tetapi tiada yang kasar nampak gayanya. Olak-olak air yang besar juga sangat kurang. Mungkin salah port kot? Tetapi aku yakin, tasik yang sebesar ini takkanlah tak ada ikan bersaiz gadang? Aku berazam untuk kembali ke sini dan menyiapkan diriku bagi memburu ikan marlin yang menjadi legenda di sini!

Joran teleskopik light weight yang sangat berguna.

Isteriku casting pakai cacing.

Walaupun tak dapat menaikkan ikan, hati tetap terhibur.

Sebelum ke UiTM, kami singgah bertemu teman kepada Syahmie - Zukri (bakal doktor).

Thursday, March 21, 2019

Wanie dan keputusan SPM: Selamat tinggal Maahad Hamidiah

Bahagian 4 Akhir)

Kesempatan dapat berkumpul dan berjumpa kembali dengan teman-teman dan guru-guru, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Wanie dan pelajar-pelajar SPM 2018 yang lain. Semua saling bertegur sapa, bersalaman, bertanya khabar, berpeluk mesra. Aku yang menjadi pemerhati turut terasa keakraban yang terjalin di antara mereka. Lantas merakamnya melalui lensa kameraku. Klik! Klik! Klik!

Wanie bersama Miss Mahani (guru mata pelajaran English).
"Give me a big hug!" kata Miss Mahani.
Wanie buat Miss Mahani bangga sebab score dalam mata pelajaran English.
"How are you, Maisarah?" tanya Miss Mahani.
Bergambar dengan Ustaz Jamal (guru Quran Sunnah).
Di sebelah Ustaz Jamal ialah ayah kepada Irfan, pelajar terbaik SPM 2018. 
Ini ustaz kegemaran ramai, Ustaz Saudi yang mengajar subjek Bahasa Arab.
Ustaz yang bersuara lunak dan selalu menjadi pengacara majlis.
Wanie bersama adik-adiknya - Ataillah dan Irdina Fatihah (Form 2).
Seorang lagi pelajar junior datang memeluk Wanie. 
Wanie bersama Fatin (Form 5).
Bersama adik-adik junior. Antaranya Nur Fatinisya dan Hana (Form 4).
Wanie bersama Cikgu Salwa (Modern Math).
Mereka nampak happy bersama.
Bergambar Kelas 5 Ibnu Sina.
Teman sekelas.
Bersama Cikgu Zurakintan.
Ramai yang mendapat 10A dan 11A.
Pelajar-pelajar hebat dari 5 Ibnu Sina.
Masih kelas yang sama.
Ya. Belum tukar kelas lagi.
Masih kat atas pentas.
Formasi yang lain pulak.
Formasi "V" - kelas 5 Ibnu Sina.
Selamat tinggal Maahad Hamidiah.
Wanie bersama Aneez (Form 4).
Aneez mengucapkan tahniah buat Wanie.
Mereka sangat akrab suatu ketika dulu.
Okay. Kita jumpa lagi lain masa.
Sebelum beredar, kami menyuruh Wanie bergambar di Pavillion a.k.a. Persada Hamidiah (ruang perhimpunan berbumbung) yang terletak di sebelah kantin. Turut bergambar di hadapan bangunan pejabat. Dan di hadapan blok asrama puteri. Dan turut bergambar bersama Puan Hasnah, pegawai keselamatan yang bertugas di situ. Namun demikian, legasi Wanie tidak habis di sini saja,  kerana aku baru saja mendaftarkan adiknya, Amier di sekolah yang sama.

T A M A T

Wanie di Pavillion.
A.k.a. Persada Hamidiah.
A.k.a. dataran perhimpunan berbumbung.
Wanie di hadapan bangunan pejabat.
Masih di lokasi yang sama.
Wanie di luar bangunan asrama puteri.
Masih di lokasi yang serupa.
Dah bertahun-tahun Wanie berada di sini.
Wanie bergambar dengan Puan Hasnah.
Isteriku memang sangat rapat dengan Puan Hasnah.


Tuesday, March 19, 2019

Wanie dan keputusan SPM: Bersama teman dan guru

Bahagian 3

Ayahanda Pengetua Cikgu Md Yusof telah menyampaikan sijil dan penghargaan kepada para pelajar yang mendapat 10A dan 11A. Kesemua pelajar cemerlang itu diminta tunggu di atas pentas untuk diambil gambar mereka secara beramai-ramai. Terserlah wajah kegembiraan pada wajah pelajar-pelajar, malah guru-guru juga. Tahniah buat semua!

Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 10A dan 11A dalam SPM 2018.
Tahniah semua!
Syabas semua!
Syarikat Bekalan Air Selangor semua?
Anak-anak yang pintar hasil didikan guru-guru yang berdedikasi.
Dipimpin pula oleh Ayahanda Pengetua yang mempunyai visi yang jauh dan tinggi.
Sesudah bergambar beramai-ramai, Wanie turun dari atas pentas dan berinteraksi pula dengan teman-teman sebaya, dengan guru-guru dan adik-adik yang pernah mengenalinya selama Wanie berada di Maahad Hamidiah. Dan bergambar dengan mereka semua sebagai kenangan. Dah agak lama jugak mereka tak bersua muka. Peluang sebeginilah yang diperlukan untuk mereka berbual mesra dan bertanya khabar.

Bersambung...

Wanie bersama Mama.
Mama sangat bangga dengan Wanie.
Bergambar dengan Papa pulak.
Bergambar dengan Papa dan Mama.
Terima kasih Wanie kerana menghadiahkan Papa dan Mama kecemerlangan yang sebegini.
Tahniah Wanie!
Syabas Wanie!
Wanie makes Papa proud.
Dari kiri: Imran, Amirul, Ustaz Saudi, Ameerul, Arif dan Cikgu Arul (mata pelajaran Kesenian).
Tahniah buat semua.
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah.
Wanie bersama Haziqah dan Maryam.
Tiga sahabat akrab.
Pelajar terbaik SPM 2018 - Irfan sedang ditemuramah oleh wartawan sedunia.
Ini merangkumi CNN, BBC News, dan Al-Jazeera.
"Saya berterima kasih kepada penyokong-penyiokong saya, dan Fan Club saya The Irfanners!!"
Mentor dan mentee - Hannah.
Bersama Haziqah.
Masih dengan Haziqah.
Wanie bersama mentee-nya - tingkatan 2.
Wanie bersama Cikgu Maryam (Sejarah) dan Cikgu Noraida (Add Math).
Wanie bersama Cikgu Zurakintan (BM & Kelas Ibnu Sina).
Cikgu menyorok belakang Wanie.
Pelajar terbaik Thailand turut ditemuramah.
Yasmeen in action.