5 April 2015 - Sekali lagi kelab rekreasi tenis
TTC mengadakan perlawanan persahabatan dengan Bank HSBC Headquarters. Aku dengan Aril datang awal. Kalau tak ada apa-apa kekangan, memanglah aku akan datang awal. Kekadang aku datang ke court, sangat-sangat-sangatlah awal. Sebelum imsak aku dan berkhemah kat gelanggang. Punyalah semangat. Dan yang paling awal sekali, aku datang time orang tengah tahajjud, jam 2 pagi. Semata-mata nak dapatkan tempat yang selesa di atas court bila permainan bermula jam 8 pagi nanti.
|
Aril datang awal pagi ni bagi menyemarakkan semangat perlawanan tenis persahabatan ini. |
|
Abang Mohd Nor dan Amy dengan lawan mereka dari HSBC yang merupakan juara female double di HSBC. |
|
Perlawanan yang agak berat sebelah. |
Dalam perlawanan persahabatan ini, cuma ada 4 official games aje. Kesemuanya doubles. Coordinator pada kali ini ialah Encik Eddy Ezuan. Beliaulah yang mengaturkan perlawanan di antara Team TTC dan Team HSBC. Ala-ala macam bookie-lah jugak. Perlawanan pertama menyaksikan Abang Mohd Nor dipadankan dengan Amy menentang team wanita utama dari HSBC. Abang Mohd Nor dan Amy pun sebenarnya tak menjangka akan berlawan dengan pasangan wanita. Di atas kertas, macam tak balance aje game ni. Tapi kita tengok dulu apa kesudahannya apabila di gelanggang nanti.
Team wanita HSBC sebenarnya agak power jugak. Tapi ketangkasan Amy dan tipu muslihat Abang Mohd Nor telah berjaya memperdaya kehebatan pemain-pemain wanita HSBC. Itu tak termasuk kata-kata manis dan pujuk rayu yang dilemparkan oleh Abang Mohd Nor dan Amy bagi mengaburi permainan pihak lawan. Pihak lawan terus cair dan bagaikan tak mampu untuk menandingi ketangkasan pemain-pemain TTC. Namun demikian, Abang Mohd Nor dan Amy, sebagai dua orang gentlemen telah menghadiahkan sebutir point untuk dibawa pulang oleh pihak lawan. Perlawanan ini akhirnya telah dimenangi oleh TTC dengan kiraan 8-1.
|
Gabungan Azizul dan Faiz menentang lawan mereka dari HSBC. |
|
Wakil TTC muka tak ganas. Tapi bila bermain, merekalah yang lebih ganas. |
|
Sayang, game yang ini aku tak berkesempatan menyaksikan. |
Perlawanan kedua menyaksikan gandingan juara TTC Novice sebanyak 83 kali, iaitu Faiz berganding dengan Azizul menentang pemain yang lebih mencabar dari HSBC. Masa game ni berlangsung, aku dah pergi ke court seberang padang untuk bermain dengan kengkawan TTC yang lain. Jadi aku tak nengok sangat aksi-aksi hebat yang dipamerkan oleh keempat-empat pemain. Tapi dengar khabarnya Faiz dan Azizul tak menghadapi sebarang kesukaran untuk menyandang kemenangan menentang lawan mereka dari HSBC.
|
Zul Aidi dan Qimie menentang Syed Azrul dan pasangannya dari HSBC. |
|
Syed Azrul (baju oren) pun datang awal jugak pada pagi ni. |
Satu lagi perlawanan yang agak sengit adalah gandingan Zul Aidi dan Qimie menentang lawan mereka yang lebih berpengalaman. Game yang ini aku nengok sikit. Pada dasarnya, keempat-empat pemain mempamerkan kehandalan mereka masing-masing ketika memukul bola, membuat servis, berlari mengejar bola, mengutip bola, mengesat peluh, dan meminum air. Semuanya penuh dengan kehebatan yang tak terjangka. Namun demikian, siapa yang lebih banyak membuat kesilapan, dialah yang akan menerima akibat kekalahan. Dan dalam match ini, wakil TTC telah kecundang dengan kiraan mata KO sebanyak 3-8. Tahniah kepada Team HSBC.
Game yang tak kurang menariknya ialah geng Ampang Boys - Atok Baktiar dan Eddy Ezuan telah berganding menentang wakil HSBC. Dari penceritaan Atok, katanya mereka telah mendahului 7-0. Tetapi masih gagal untuk menutup perlawanan ini dengan kemenangan awal. Pihak lawan telah berjaya mengejar mereka dari kejauhan. Merapatkan mata sehingga menjadi 7-3. Tetapi wakil TTC akhirnya telah tersedar dari lamunan. Atau dalam perkataan lain, lamunan terhenti. Mereka lantas mengemaskan diri dengan memakai minyak wangi dan tali leher, lantas membuat pukulan-pukulan yang super hebat sehingga berjaya menundukkan pihak lawan dengan mata kemenangan 8-3. Tahniah buat wakil TTC - Atok dan Eddy.
Biasanya kalau ada friendly match macam ni, team lawan akan lawan banyak-banyak kali dengan kami sampai mereka letih. Jadi dapatlah member-member TTC yang lain turut merasa berlawan dengan team lain. Tapi nampak gayanya pada kali ini, mereka terus pulang dan mengucapkan terima kasih kerana menerima mereka sebagai tetamu perlawanan tenis. Kepada para pemenang, diucapkan tahniah. Yang gagal, jangan putus asa. Yang lebih penting, jaringan komuniti tenis di Lembah Kelang ini wajar diperluaskan demi persahabatan sejagat.
|
Ampang Boys dari Team TTC menang mudah ke atas lawan mereka dari HSBC - 8-3. |
No comments:
Post a Comment