m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label high school. Show all posts
Showing posts with label high school. Show all posts

Tuesday, May 25, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Jumpa lagi setelah PKP!

 Bahagian 17 (Akhir)

27 April 2019Olahragawan dan olahragawati MAHISS telah pun mutlak pemilikannya, kini tinggal sisa acara lagi yang perlu disempurnakan sebelum menamatkan keraian pada siang itu. Juara keseluruhan milik Team Rumah Hijau sekali lagi. Pencabar terhampir sudah pastilah Team Rumah Kuning. Yang indahnya ketika sesi pemberian hadiah kepada para pemenang ialah, atlet dari rumah-rumah lain turut memberikan sokongan dan sorakan serta ucapan tahniah walaupun ketika di gelanggang mereka ini saling saing-menyaingi.

Berpanas seketika di tengah padang ketika upacara penyampaian pingat.

Team Rumah Hijau menjadi juara.

Team Rumah Merah mengucapkan tahniah.

Seperti telah dijangka, Team Rumah Hijau akan merangkul kejuaraan sekali lagi.

Ayahanda Pengetua berbesar hati untuk bergambar bersama sang juara.

Si Bujang Senang dan Naga Tasik Cini turut dijulang pengikut-pengikutnya.

Puas setelah berhempas pulas berjuang di arena olahraga.

Sebagai penutup acara, bendera MAHISS diturunkan oleh empat orang atlet terpilih yang diketuai oleh olahragawan MAHISS, Aizaac Ezzham Putra. Bendera MAHISS kemudiannya dilipat molek dan diserahkan kepada Ayahanda Pengetua untuk disimpan - simbolik tamatnya temasya sukan olahraga pada kali ini. Bendera ini akan dikibarkan semula pada tahun hadapan, ketika temasya olahraga yang akan datang.

(Tetapi siapa menyangka, ini tidak berlaku kerana dunia dilanda pandemik Covid-19. Tiada acara sukan pada tahun 2020. Tiada acara sukan pada tahun 2021 juga. Bila temasya ini akan diadakan lagi? Wallahu a'lam...)

T A M A T

Empat atlet bersedia untuk menurunkan bendera MAHISS.

Aizaac memulakan tugasnya.

Memberikan sepenuh tumpuan kepada acara penutup ini.

Bendera sudah mula semakin rendah.

Teman-teman telah bersedia untuk menyambutnya.

Tertulis "MAJLIS SUKAN SEKOLAH" pada bendera ini.

Meleraikan ikatan.

Setiap bucu bendera dipegang kemas oleh empat orang atlet.

Bendera mula dilipat.

Memastikan lipatannya kemas dan rapi.

Dengan cara yang betul.

Melipat dengan penuh rasa hormat.

Tugasan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Aizaac menyerahkan bendera yang telah dilipat kepada Ayahanda Pengetua.

Bendera ini akan disimpan dengan selamat.

Keempat-empat atlet tadi bersalaman dengan Ayahanda Pengetua.

Hingga berjumpa lagi..... Entah bila pula?


Monday, May 24, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Meraikan para olahragawan

Bahagian 16

27 April 2019 - Ketika para olahragawan diraikan dengan pemberian pingat dan hadiah, pelajar-pelajar lain dan tetamu hadirin hadirat berhimpun di bawah bumbung teduhan atau di tepi padang untuk menyaksikan segala acara yang berlangsung. Amier dengan kawan-kawannya mencari lokasi santai di tepi longkang yang mengalir air jernih. Aku masih lagi berlegar-legar di sana sini mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar-gambar menarik sepanjang upacara berlangsung.

Anakku Amier bersama teman-temannya memilih lokasi di lereng bukit pinggir sungai untuk bersantai.

Ada kalanya masa dirasakan terlalu panjang.

Aku dan Amier - Team Rumah Biru.

Menyampaikan pingat dan sijil kepada pelajar-pelajar perempuan pula.

Ini acara larian berganti-ganti.

Lagi pelajar perempuan yang memperolehi pingat dan sijil.

Serikandi MAHISS di atas pentas.

Sijil PT3 baru keluar tadi.

Pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mesyuarat tergempar ad-hoc di tengah padang.

Semakin ramai pelajar yang menerima pingat. Tokoh olahragawan dan olahragawati juga telah dipilih dan dipakaikan jaket kuning berceloreng belang harimau melambangkan kejaguhan dan keunggulan jaguh terpilih dalam arena olehraga MAHISS. Tahniah kepada semua yang telah berjaya merangkul kemenangan.

Bersambung...

Tokoh olahrawati MAHISS.

Ayahanda Pengetua dan Puan Mazita bersama tokoh olahragawati.

Ayahanda Pengetua memakaikan jaket harimau ke tubuh tokoh olahragawan.

Memastikan jaket dipakai kemas.

Tokoh olahragawan jatuh kepada Aizaac Ezzham Putra.

Aizaac membuka jaket harimaunya.

Tugas selanjutnya ialah untuk menaikkan bendera MAHISS.


Saturday, May 22, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Bujang Senang terus mengganazzz!

Bahagian 15

27 April 2019Pingat terus diberi tak henti-henti. Kepada pemenang. Tak putus-putus. Tak jemu-jemu. Berterusan. Oleh Ayahanda Pengetua. Tanpa rasa letih. Tanpa lelah. Penuh keceriaan. Penuh kebanggaan. Meraikan anak-anak MAHISS yang disayangi. 

Di satu penjuru kelihatan Si Bujang Senang dibawa berarak oleh pengikut-pengikut setianya ke sana dan ke sini. Ke hulu dan ke hilir. Ke utara dan ke selatan. Ke merata-rata tempat dan ceruk rantau. Seronok aku tengok Si Bujang Senang dapat berjalan-jalan, bersiar-siar di sekeliling sekolah dan keliling daerah tanpa perlu mengeluarkan sedikit tenaga pun. Ada kalanya aku ingat Si Bujang Senang hendak dikorbankan. Tapi ternyata tanggapanku  salah. Pengikut-pengikut setia masih terlalu menyayangi Si Bujang Senang. Itu hakikatnya.

Bujang Senang dibawa berarak.

Pengikut-pengikut Bujang Senang memang ramai.

Bujang Senang berjemur di atas podium.

Sambil Ayahanda Pengetua mengalungkan pingat.

Team Rumah Hijau adalah juara mutlak pada tahun ini.

Ramai yang dapat pingat.

Seorang pun tak terlepas.

Menerima pingat dengan penuh kesyukuran.

Bergegas untuk bergambar.

Bergambar sebagai juara.

Megah berdiri.

Selain daripada mengalungkan pingat ke leher para pemenang, turut diadakan acara menaikkan bendera, menyanyikan lagu sekolah, dan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh sukan secara individu. Lelaki dan perempuan. Tingkatan bawah dan atas. Mereka yang bakal memberikan saingan hebat dan sengit di arena olahraga negara nanti. Kepada mereka ini semua, diucapkan selamat maju jaya.

Bersambung...

Bendera sekolah di pasang dan dikibarkan.

Penghormatan buat panji-panji terulung.

Team Bujang Senang mengamuk lagi.

Menang lagi entah kategori apa pula.

Guru-guru penasihat yang medukung kemenangan ini.

Team Rumah Kuning juga meraikan kemenangan mereka.

Kemenangan yang telah dijangka.

Ayahanda Pengetua berbesar hati bergambar dengan Team Rumah Kuning pula.

Bendera Rumah Kuning dikibarkan penuh bangga.

Keceriaan terpancar pada setiap wajah.

Anugerah kepada tokoh olahraga individu lelaki.

Tokoh olahraga wanita.

Seorang lagi tokoh olahraga lelaki menerima hadiah.