m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label plantation. Show all posts
Showing posts with label plantation. Show all posts

Friday, July 23, 2021

Cameron Highlands: Teh BOH

Bahagian 14

26 Disember 2015 - Kami dah pun sampai di Pusat Teh BOH di Sungei Palas. Setelah puas berlegar-legar dan mempelajari sesuatu mengenai proses membuat Teh BOH, kami terus saja menghala ke bangunan Pusat Teh BOH yang terletak bersebelahan dengan kilang. Memang menarik bangunan ini. Dan ramai juga pengunjung yang datang pada waktu ini. Bersesak-sesak jugalah. Nasib baik masa ini pandemik covid-19 tak ada. Semua yang hadir memang tak mengamalkan langsung penjarakan fizikal. Tapi itu dulu, tahun 2015!

Wanie bersama Allahyarham datuknya.

Allahyarham Ayah duduk bersendirian di ruang rehat.

Buku pelawat di ruang hadapan.

Ini pula adalah pintu masuk ke alam misteri BOH!

Bersebelahan dengan pintu misteri.

Ada banyak soalan yang kami nak tanya, tapi petugas kaunter tak ada di sini pula. Oh! Rupanya ini bukan kaunter. Hehehe...

Wanie sedang timbang berat badan.

Menulis novel di buku pelawat yang disediakan.

Amier di samping satu peralatan yang paling canggih yang wujud di atas muka bumi ini.

Isteri aku pun nak bergambar di samping peralatan canggih ini.

Aku suka feature bangunan ini menggunakan potongan dahan pokok sebagai hiasan.

Laluan menghala ke bangunan utama.

Isteriku menunjukkan laluan ke arah bangunan utama.

Masih meneka-neka arah mana yang harus dituju.

Tengoklah sendiri betapa sesaknya kawasan ini.

Ini kafeteria tempat pengunjung makan dan minum.

Allahyarham Ayah lebih selesa duduk di ruang yang tak begitu sesak. Jadi kami teruskanlah perjalanan hingga ke hujung bangunan yang memang sesak dengan pengunjung yang datang dan pergi bertali-arus. Kami tidak fokus kepada sesak orang ramai, tetapi lebih menumpukan perhatian kepada suasana hijau ladang teh BOH yang sangat menyamankan. Yang sudah tentu sangat cantik dan menarik. Kami 'hang out' untuk seketika di sini sehingga kami berasa betul-betul puas. Kami mungkin nak ke tempat lain selepas ini. Jadi kami perlu beredar. Jom!

Bersambung...

Tiba-tiba ladang teh dihujani salji. Hehehehe...

Melihat suasana ladang teh yang agak terang benderang.

Memang cantik pemandangan ladang teh ini.

Eh! Ada juga gambar aku kat sini.

Aku nak ambil gambar daun teh yang hijau.

Amier buat muka pelik.

Amier sedang practice buat senyuman tebalik.

Okay, sekarang Amier buat senyuman normal pulak.

Inilah sebahagian ladang teh BOH.

Berbukit-bukit.

Bersama isteriku tersayang.

Satu famili ada di sini.

Allahyarham Ayah nak berehat di ruang hadapan katanya.

Kami masih bergambar di sini.

Sabriena di balik papan grafik kartun.

Sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Ladang teh di sebalik semak-samun.

Ladang teh di kejauhan.


Thursday, July 22, 2021

Cameron Highlands: Selamat datang ke Pusat Teh BOH

Bahagian 13

26 Disember 2015 - Setelah check out dari Hotel Copthorne, kami terus memandu ke Sungei Palas untuk ke Pusat Teh BOH. Tempat ini bolehlah dikatakan sebagai tempat yang wajib dilawati bila berada di Cameron Highlands. Teh BOH memang sangat sinonim dengan tanah tinggi ini. Di pusat BOH ini ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai proses pembuatan teh. Kebetulan pula bangunan Pusat BOH ini telah direkabentuk oleh salah seorang kawan aku dan mantan superior aku, Huat Lim. Maka lebih teruja lagilah aku untuk melihat sendiri bangunan itu secara dekat.

Bergambar di papan tanda dulu.

Wanie dan Amier peminat teh tarik BOH.

Bukan saja teh BOH yang sedap, signboard dia pun sedap jugak.

Wanie seperti tak nak berenggang dari papan tanda ini.

Sabriena dan Mama pula nak bergambar di sini.

Amier juga dapat merasakan keenakan papan tanda ini.

Walau sesedap mana pun, kita tak boleh selamanya berdiri di papan tanda ini. Hehehe...

Bergambar di luar kilang.

Inilah kilang memproses teh BOH yang legend dan epic.

Sebelum ke bangunan utama, kami melawat kilang memproses teh dahulu. Semerbak bau wangi teh yang telah diproses. Kilangnya taklah sebesar mana. Kami pun tak tahu sama ada ini adalah satu-satunya kilang memproses teh BOH, atau sekadar kilang kecil untuk dipertontonkan kepada pengunjung. Apa-apa pun sedikit pemahaman tentang pembuatan teh BOH memang kami perolehi dari sini. Rasa macam tak nak keluar dari sini kerana aroma teh BOH yang telah diproses sangat menyenangkan hidung kami. Harummm...

Bersambung...

Laluan masuk ke kilang untuk pengunjung melalui pintu ini.

Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam.

Kalau dah masuk takut tak nak keluar pula nanti.

Ini  bergambar di pintu keluar pula.

Sabriena mengangkat tangan tanda kemenangan.

Kami dah masuk ke dalam kilang.

Pengunjung dipisahkan dengan mesin memproses teh BOH dengan tembok batu dan dinding kaca.

Di satu sudut kilang.

Mesin memproses teh serta penerangannya.

Ini tempat membuat roti roll.

Penerangan proses membuat teh yang akan disoal dalam SPM.

Ini bahagian dapur.

Inilah daun teh yang berbau harum.

Sedang belajar cara-cara menghasilkan daun teh gred A.

Kami dah keuar dari kilang.

Lepas ini kami akan masuk ke bangunan Pusat Teh BOH pula.